Friday, May 15, 2009

Wajah-Wajah Alam Semesta - Betapa Manusia Terlalu Kerdil Disebalik Alam Semesta Yang Terlalu Luas



"Wajah-wajah alam semesta yang dirakam oleh The Hubble Heritage Project . Tanda kebesaran Illahi akan kewujudanNya"

Thursday, May 14, 2009

Tiang Membangunkan Keluarga Sakinah - Rumah Ku Syurga Ku

Petua menjaga hati isteri
  1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
  2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah
  3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan daripada suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
  4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
  5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
  6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
  7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
  8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
  9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
  10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
  11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
  12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Petua mencurahkan jalinan kasih
  1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
  2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
  3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
  4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
  5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:-
  1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.
  2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
  3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
  4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.
  5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.
  6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.
  7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
  8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
  9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
  10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
  11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
  12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.
Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.

Lelaki pilihan wanita

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Hakikat Pertengkaran

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi Pertengkaran
  1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.
  2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama Kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana..
  3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
  4. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
  5. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
  6. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
  7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.
Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.
  1. Wanita yang solehah
  2. Wanita yang boleh melahirkan anak
  3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
  4. Wanita yang berakal.

Wednesday, May 13, 2009

SURIA TERBENAM JUA - Ajaran "Pandang Ke Timur"

Bagaimana Jepun Membangun?

Apabila Jepun mula maju ke arah permodenan semasa Pemulihan Meiji 1868, peringkat pendapatanya hampir sama dengan india dalam tahun 1960. Jepun adalah sebuah negara yang tidak pernah dijajah tetapi ia adalah negara yang menjajah. Di Jepun, kelas samurai yang berpendidikan sedia menerima pembaharuan dan berusaha melaksanakan permodenan ekonomi. Prinsip takdir yang mengikat menjadi ikatan antara pekerja dan majikan menyebabkan mereka saling bantu membantu untuk mencapai kemajuan syarikat.

Zaman Shogon Tokugawa membawa Jepun ke era budaya ilmu, pada zaman tersebut penyelidikan sains dan teknologi digalakkan, kelas feudal dihapuskan, meritokrasi dicambahkan dan diamalkan di semua peringkat masyarakat. Melalui peranan kerajaan yang luas, Jepun meningkatkan pengeluaran dan menyertai industri-industri pertumbuhan tinggi dan mengelakkan pelaburan yang bertindih. Pada hari ini, selepas 140 tahun daripada Pemulihan Meiji, Jepun telah menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia.

Tuesday, May 12, 2009

Etika Usahawan Muslim - Kenapa Tidak Releven Untuk Diamalkan?

Saya bertemu dengan seorang sahabat yang telah melibatkan diri dengan dunia perniagaan hampir 20 tahun, bermula daripada kecil-kecilan sehinggalah beliau memiliki pejabat besar yang beroperasi di Matahari, Sunway. Beliau adalah kontraktor Elektrik dan banyak terlibat dengan projek Tenaga Nasional Berhad. Kami berbual dan bertukar-tukar fikiran tentang kehidupan, agama dan seluk beluk perniagaan.

Saya adalah pegawai kerajaan dan sememangnya saya tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan, tapi saya pernah belajar teori perniagaan dan tahu serba sedikit tentang etika usahawan muslim melalui pembacaan. Diantara ciri-ciri usahawan muslim ialah amanah sehingga dipercayai, berkredibiliti, jujur, komitmen 100 peratus, melaksanakan penambahbaikan berterusan sehingga kesempurnaan, kreatif dan Inovatif, tidak takut persaingan, membangkitkan potensi terbaik dalam diri, mencari karunia Allah sebanyak-banyaknya dan berzakat bila beroleh keuntungan.

Jadi saya mencadangkan kepada sahabat saya ini untuk mengamalkan dan menerapkan ciri-ciri usahawan muslim supaya perniagaannya lebih maju. Sahabat saya menjawab "itu sekadar teori sahaja, ia tidak sesuai dipraktikan dalam perniagaan sebenar, dalam konteks di Malaysia" saya bertanya kenapa begitu, jawab beliau "dalam perniagaan, kita tidak boleh jujur sangat, kalau kita jujur, perniagaan kita akan lingkup sebab semua rahsia perniagaan kita diketahui oleh pesaing". tambah beliau lagi "kalau kita hendak mendapatkan kontrak, kita kena layan semua kehendak S.O (site officer), kehendaknya pula pelbagai ragam dan bermacam-macam, kadang-kadang terpaksa melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak agama, namun kita tetap kena layan jika kita hendak kontrak".

Kesimpulannya kata beliau, etika usahawan muslim tidak releven untuk dilaksanakan di Malaysia jika mahu berjaya terutamanya menjadi kontraktor seperti beliau. Sebabnya budaya kontraktor di Malaysia sememangnya begitu. Berbeza jika perniagaan kita itu jenis yang melibatkan pengguna secara terus seperti kedai runcit, trading dan sebagainya.

(bersambung)

Monday, May 11, 2009

Komen Allahyarham Ahmed Deedat Tentang Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam, Selangor.


Pada 29 Februari 1992 di Auditorium MPSA (sekarang MBSA) Allahyarham Shaikh Ahmed Deedat, seorang pendakwah daripada Afrika Selatan telah menyampaikan sebuah ceramah bertajuk "Islam:The Way,The Truth and The Life". Shaikh Ahmed Deedat terkenal dengan kepetahan beliau berdebat dan kebolehan beliau menghafal bible, malahan beliau pernah berdebat dengan pemikir yahudi dan kristian tentang kebenaran Islam. Beliau adalah pakar dalam bidang perbandingan agama.

Semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau berkongsi pengalaman tentang umat Islam di Afrika Selatan, menurut beliau terdapat kira-kira setengah juta umat Islam di Afrika Selatan dan 250,000 daripadanya ialah orang melayu(pada tahun 1992 sekarang mungkin lebih besar jumlahnya). Mereka adalah muslim yang cekal, kuat semangat dan berjiwa besar. Orang melayu dikategorikan sebagai orang kulit berwarna. Justeru itu, di Afrika Selatan orang islam disana berhadapan dengan pelbagai tekanan dan mereka tidak dibenar menggunakan kemudahan awam seperti Dewan Awam kerajaan tempatan untuk tujuan menjalankan aktiviti berunsur agama. Oleh yang demikian mereka (orang islam) terpaksa melakukan semua aktiviti keagamaan di dalam masjid Juma di Dublin, Cape Town.

Di masjid Juma di Dublin, Cape Town, Afrika Selatan untuk tujuan menarik minat orang bukan islam memahami islam, mereka membenarkan pelawat bukan islam datang melawat dan masuk ke dalam masjid tersebut, pelawat tersebut akan diterangkan tentang azan,ditunjukan cara-cara berwuduk, falsafah berwuduk, cara menunaikan solat, falsafah bersolat, diterangkan tentang rukun iman, rukun islam, keesaan Tuhan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan yang dilaksanakan di dalam masjid. Dengan cara tersebut, secara tidak langsung orang bukan islam akan didedahkan tentang islam.

Berbeza di Masjid SAAS, Shah Alam, Selangor, Malaysia dimana orang bukan islam tidak dibenarkan berada didalam masjid, malahan mengistiharkan bahawa orang alim yang membuat fatwa tersebut (tidak membenarkan orang bukan islam daripada memasuki masjid) telah melaksanakan hipokritsi peringkat tertinggi kerana membenarkan Queen Elizabet masuk ke dalam masjid tersebut pada tahun 1989 semasa lawatan beliau ke Malaysia tetapi sebaliknya tidak membenar orang cina dan india (bukan islam) masuk ke dalam masjid tersebut. "Ini soal prinsip" jelas beliau, kenapa Queen Elizabet boleh? dan kenapa orang cina atau india (bukan islam) tidak dibenarkan?

Sunday, May 10, 2009

Persediaan Mental Ketika Menghadapi Masalah atau Krisis

Semua orang pasti akan melalui dan menghadapi masalah dalam kehidupannya, contohnya masalah kewangan, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah pelajaran, masalah perkerjaan dan sebagainya. Sikap kita dalam menghadapi suatu masalah yang sama selalunya berbeza-beza, bergantung kepada individu tersebut, ada orang yang dukacita, kecewa, tertekan dan sebaliknya ada orang tenang dan sabar dalam menghadapi masalah itu. Persoalannya disini ialah bukan masalah yang menjadi isu, tetapi sikap kita untuk menghadapi masalah tersebut yang lebih penting.

Dalam hidup ini, kita banyak bertemu dengan perkara-perkara yang kita suka dan yang kita benci. Jadi mental kita perlu bersedia menerima sesuatu yang kita suka dan yang kita benci. Mental kita perlu bersedia menerima realiti samada baik atau buruk dengan perhitungan iman kerana mungkin sesuatu yang kita suka itu dibenci oleh Tuhan dan sebaliknya. Sediakan payong sebelum hujan, itu menyebabkan samada hari itu hujan atau tidak, kita dapat hadapi cuaca pada hari itu dengan sikap yang baik, kita perlu menyempurnakan niat dan menyempurnakan ikthiar. Hasil selepas itu, kita tawakal kepada Tuhan. Biar Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita.

Jika masalah itu telah terjadi dan masalah itu amat mengecewakan kita, maka kita perlu redha dan menerima kenyataan dengan hati yang terbuka sebab redha adalah nikmat hidup yang paling berharga. Orang yang tidak redha dengan masalah yang berlaku padanya akan menjadikan dia lebih kecewa dan tertekan. Terima kenyataan dengan seadanya. Jangan persulitkan diri sendiri. Hakikatnya pemikiran kitalah yang menentukan tahap kesusahan kita sendiri. Jadi redhalah dengan masalah yang telah berlaku. Kemudian kita perlu membuat pembetulan pada diri sendiri, sebab apa yang berlaku adalah akibat pantulan daripada tindakan kita. Disebalik kesulitan ada kemudahan. Jadi bertafakurlah untuk menilai kelemahan diri dan berazam untuk memperbaiki diri.

ESQ Model: ESQ Training


ESQ Model

The ESQ Leadership Training consists of :

1 Value - How to feel God consciousness. The modules are:

  • Inner Journey
  • Outer Journey
  • Zero Mind Process
6 Principles - How to internalise core values. The modules are:
  • Star Principle
  • Angel Principle
  • Leadership Principle
  • Learning Principle
  • Vision Principle
  • Well-Organised Principle

5 Actions - How to sustain the principles and core values. The modules are:

  • Mission Statement
  • Character Building
  • Self-Controlling
  • Strategic Collaboration
  • Total Action

Saturday, May 9, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 1)

"Kepunyaan Allah nama-nama yang indah"
- (Al-A'raf 7:180).

Nama-nama itu disifatkan indah kerana ia berupa sifat-sifat ketinggian, keagungan dan keluhuran yang dimiliki oleh Allah S.W.T. , 99 nama-nama itu mencerminkan 99 sifatNya Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung dan Yang Maha Sempurna. Kita sebagai hambaNya yang dikurniakan oleh Nya akal, boleh membaca, mengira, menulis, boleh memahami dan boleh menghayati erti 99 nama tersebut sewajarnya menerapkan 99 sifat-sifat tersebut ke dalam diri kita ketahap yang terbaik dan sesempurna mungkin di atas kapasiti kita sebagai hamba. Dengan demikian, barulah sempurna pengabdian dan penghambaan kita itu kepada Nya.

Sesiapa yang menyebut satu nama daripada nama-namaNya, serta memuja dan memuji dengan satu sifat daripada sifat-sifatNya (berzikir), maka sebutan itu pun menuntutnya supaya menumbuhkan sifat ke dalam diri nya sesuai dengan apa yang disebutnya dalam zikir tersebut. Contohnya, Al-Rahman adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Maha Pemurah kepada segala makhluk-Nya dimana kemakmuran yang diperolehi daripada sifat Al-RahmanNya itu kepada kita itu tidak terhitung lagi, samada kepada orang muslim ataupun non muslim, binatang liar atau tumbuh-tumbuhan di dalam hutan khatulistiwa. Semua makhlukNya merasai, menikmati dan mendapat kemakmuran kerana sifatNya Yang Maha Pemurah.

Contohnya, udara yang mengandungi oksigen untuk kita bernafas, air dari gunung ganang dan mata air untuk kita minum, lautan sebagai media pengangkutan, hujan yang menyirami tanaman, tanah untuk kita bercucuk tanam, api yang kita gunakan untuk memasak dan sebagainya. Allah S.W.T melalui sifat RahmanNya mengurniakan udara, air, api dan tanah kepada semua makhlukNya samada yang baik atau yang jahat, yang mentaatiNya atau yang memungkiriNya. Semuanya mendapat faedah daripada sifat RahmanNya. Itulah maksud Allah S.W.T Yang Maha Pemurah.

Sifat Al-Rahman itu sewajarnya kita serapkan kedalam diri, jiwa dan pemikiran kita sehingga hati kita menjadi subur dengan sifat Al-Rahman. Bila sifat Al-Rahman itu menyubur dalam jiwa kita , maka, jika kita melihat Sami Vellu yang beragama Hindu di dalam kesusahan kita hulurkan tangan untuk membantu, jika kita bertemu, Ong Ka Ting yang beragama Buddha di dalam kepayahan, kita hulurkan tangan untuk menolong dan begitulah seterusnya. Jika kita melihat kucing dalam kelaparan, kita berikan makanan untuk kucing itu makan, jika kita melihat tanaman kekeringan, kita serami air supaya ia segar dan begitulah seterusnya.

Sesiapa yang telah mengenali nama Tuhannya, maka dia akan merasai kenikmatan jiwa yang tenang, menyenangiNya dan meningkatkan martabatnya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang membesarkan nilai penghargaannya kepada Allah maka Allah akan juga akan membesarkan nilai diri hambanya itu.

Pengurusan Hati - Kearah Pembinaan Peradaban Bangsa Melayu

Tubuh (body), pemikiran (mind) dan jiwa (soul) adalah unsur penting dalam diri seorang manusia. Jika 3 unsur ini dapat dipengaruhi, maka dapatlah individu itu dikuasai. Pada hari ini, dalam kacamata global, tubuh, pemikiran dan jiwa bangsa kita amat dipengaruhi oleh pemikiran barat. Malahan ramai dikalangan kita termasuklah saya sendiri terpengaruh tanpa disedari. Contohnya dengan menganggap bahawa solat, puasa, zakat, menunaikan haji dan lain-lain ibadah hanyalah aktiviti RITUAL dalam agama islam. Hakikatnya bukan demikian, ia menjangkau lebih jauh daripada itu.

Dalam konteks orang melayu, dari segi tubuh badan, kebanyakan kita tidak begitu menghiraukan kesihatan tubuh badan, terutamanya orang-orang melayu diluar bandar, selagi badan boleh berfungsi selagi itulah ia digunakan tanpa memikiran tentang penyelenggaraan tubuh. Bila darah tinggi, kencing manis datang menyerang dan saluran darah telah tersumbat oleh kolestrol maka pada ketika itu baru lah kita baru menyelenggara badan kita dengan bertemu doktor. Hakikatnya pemakanan dan minuman amat mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

Dari segi pemikiran bangsa melayu, bagi bangsa melayu kelas bawahan, kita hanya berfikir sekadar cukup makan, sekadar boleh hidup, manakala bagi orang melayu kelas menengah dan kelas atasan pula hanya memikirkan soal survival mereka sahaja tanpa memikirkan untuk membantu orang melayu kelas bawahan. Konsep tolong menolong antara satu sama lain, bantu membantu, sharing and caring tidak diamalkan diantara kita. Hasilnya jadilah kita sebagaimana keadaan sekarang, tewas dengan bangsa lain dari segi ekonomi dan perniagaan.

Dari segi jiwa bangsa melayu mempunyai kekuatan dan nilai-nilai yang baik, diantara kekuatan jiwa bangsa melayu ialah kita senang menerima tetamu terutama daripada bangsa lain, kita tidak memakan khinzir, jiwa bangsa kita lembut dan seni sifatnya, bangsa melayu jarang membunuh diri kerana kekecewaan atau masalah, tidak mengemari pertumpahan darah dan amat sabar. Mempercayai Tuhan dan memegang Islam sebagai agamanya. Hasilnya, semasa zaman penjajahan British, mereka berusaha keras untuk menukarkan agama kita kepada agama kristian melalui pendidikan dan mubaligh mereka tetapi mereka gagal melaksanakan agenda tersebut kerana kekuatan jiwa bangsa melayu.

Kesimpulannya, tubuh (body), pemikiran (mind) dan jiwa (soul) bangsa melayu memerlukan satu transformasi dan reformasi baru. Asasnya ialah agama, iaitu islam. Islam dalam erti kata sebenar, bukan islam yang memisah-misahkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Hanya melalui cara ini bangsa melayu akan dapat membina tamadun bangsa Malaysia. Bangsa yang fizikalnya sihat, pemikirannya positif dan jiwanya merdeka daripada belenggu sesama makhluk. Tamadun baru yang bangsanya mengagungkan Allah S.W.T dalam pemikiran, tindakan dan perbuatan.

Friday, May 8, 2009

Bahaya Penyakit Hati - Hasad Dengki

Umumnya bangsa melayu sering dikaitkan dengan penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Hakikatnya bukan bangsa melayu sahaja yang memiliki sifat tersebut, semua bangsa di dunia juga mempunyai sifat tersebut. Hasad dengki kalau ia hanya sekadar lintasan hati, ia adalah perkara biasa. Tetapi kalau ia melibatkan tindakan terhadap yang didengki maka itu sesuatu yang mendukacitakan.

Kayu pengukur untuk menilai samada sifat hasad dengki itu tebal atau tidak dalam hati kita mudah. Cuba kita tanya diri sendiri sejauhmanakah tingkat kegembiraan kita apabila melihat orang lain susah dan sejauhmanakan tingkat kekecewaan kita apabila melihat orang lain senang? Kalau jawabannya tahap kegembiraan kita tinggi apabila melihat orang lain susah dan tahap kekecewaan tinggi jika kita melihat orang lain senang, maka, itu tandanya sifat hasad dengki itu telah menyelaputi hati kita. Ciri-ciri seseorang itu memiliki sifat hasad dengki kronik adalah seperti berikut:-
  1. Raup wajah seseorang pendengki sentiasa masam bila mendengar orang memuji orang yang didengkinya.
  2. Tutur kata seseorang pendengki lebih banyak mencela, memburukan dan menghina orang lain.
  3. Tindakan seseorang pendengki sentiasa ingin menjatuhkan orang lain.
  4. Hati pendengki sentiasa susah apabila melihat orang lain berjaya.
  5. Pendengki adalah orang yang takabur.
Pendengki sentiasa menggunakan masanya yang terluang untuk menjatuhkan orang yang didengkinya, selalunya hasad dengki ini menyelumbungi orang-orang yang satu derajat, contohnya pelajar dengan pelajar, lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita, dekan dengan dekan, ketua jabatan dengan ketua jabatan dan begitulah selalunya. Pendengki adalah orang yang tidak bersedia untuk bersaing.

Semoga kita bebas daripada penyakit hati ini kerana jika ia telah bersarang dalam hati kita maka ia umpama api yang memakan daun-daun kering terhadap amalan-amalan kebaikan kita. segala amalan kebajikan kita menjadi sia-sia jika kita memiliki sifat ini, umpama hangus dimakan api. Bukan itu sahaja, wajah kita juga cepat menjadi tua dan hilang sinarnya jika hati kita disaluti oleh sifat ini. Kita perlu yakin bahawa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi, kedengkian tidak boleh mengubah rezeki orang yang kita dengki!

Thursday, May 7, 2009

Kalam Ilahi

Kalam yang menulis hukum alam semesta
Kalam yang melukis garisan orbit cakerawala
Kalam yang mengira seluruh perjalanan masa
Kalam yang boleh dibaca oleh minda manusia

Kalam yang boleh difahami oleh hati manusia
Kalam yang boleh dirasai oleh jiwa manusia
Kalam yang boleh dihayati oleh akal manusia
Kalam yang tertulis pada kitabNya

Tuesday, May 5, 2009

Harga Buang Air Kecil Lebih Mahal Daripada Harga Segelas Air Sejuk

Harga yang perlu anda bayar untuk membuang air kecil disekyen 2 Shah Alam, Selangor ialah 30 sen manakala kos untuk anda meminum segelas air sejuk ialah 20 sen. Maknanya, bayaran membuang air kecil lebih mahal daripada meminum segelas air sejuk atau air suam. Kos input lebih mahal daripada kos output, dalam production, sesuatu kilang terpaksa ditutup jika ini berlaku. Pada saya ada kepincangan dalam sistem ekonomi kita pada hari ini.

Sunday, May 3, 2009

Daripada Tuhan Kita Datang KepadaNya Jua Kita Kembali....

Saya berada di Cheras ketika mengemaskini post ini, baru selesai daripada menguruskan jenazah seorang mahasiswa Fakulti Mekanikal yang menginap di Apartment Danau Emas, Seksyen 7, Shah Alam. Allahyarham Ezrin Reda selamat di kebumikan di Kawasan Perkuburan Islam Bukit Gambir, Muar, Johor. Semuanya berjalan lancar. Bermula daripada wad ICU ditingkat 5, Jabatan Forensik, perjalanan membawa jenazah sehinggalah jenazah Allahyarham selamat dikebumikan.

Semasa di Jabatan Forensik, saya bangga dengan sikap, sifat dan perbuatan sekumpulan mahasiswa UiTM yang datang melawat jenazah Allahyarham Ezrin, saya kira kumpulan itu melebihi 50 orang. Mereka membaca yasin secara berkumpulan dalam satu bulatan di atas padang yang terletak berhadapanan dengan Pintu Masuk Utama Jabatan Forensik. Mereka juga menjadi makmum solat jenazah. Bagi pihak universiti, saya mengucapkan tahziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Wednesday, April 29, 2009

Kaizen - Budaya Kualiti Orang Jepun

Kaizen adalah falsafah orang Jepun yang dipegang teguh sehingga menjadi budaya mereka. Ia adalah sebuah proses penyerpurnaan terus menerus dan tiada noktahnya. Kaizen telah mengubah wajah jepun menjadi sebuah negara yang memiliki peradaban yang sangat maju, serta mempunyai teknologi yang mampu mengalahkan barat. Pengaruh Jepun dalam dunia perdagangan tidak dapat diperhitungkan. Malahan mereka menjadi bangsa yang berpengaruh. Kaizen tidak akan berjalan tanpa landasan oleh dorongan untuk berfikir dan belajar terus-menerus secara berdisplin, menuju ke arah kesempurnaan. Inilah rahsia kejayaan mereka. Belajar sepanjang hayat dan melaksanakan penambahbaikan berterusan sepanjang hayat.

Pada awal 80an semasa zaman Tun Mahatdir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ini adalah untuk mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan negara kita Malaysia. Ini bermakna negara-negara timur yang maju dengan cepat diambil sebagai contoh dalam usaha membangunkan negara. Jepun adalah diantara negara timur yang menjadi model ikutan Malaysia.

Pelbagai program usahasama antara Jepun dan Malaysia dilaksanakan merangkumi kegiatan ekonomi, perdagangan dan modal insan . Pada masa itu ramailah kakitangan kerajaan dan swasta terutamanya dalam bidang teknikal dihantar ke Jepun untuk belajar budaya kerja masyarakat Jepun. Harapan kerajaan mereka akan menjadi mentor untuk mementikan budaya kerja Jepun apabila pulang ke Malaysia kelak kepada kakitangan lain yang tidak menyertai program pertukaran tersebut. Tun Mahadir mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia yang mendewa-dewakan barat. Beliau ingin membuktikan orang timur juga boleh membina peradaban global. Rakyat Malaysia boleh maju sebagaimana orang Jepun jika mengamalkan budaya kerja yang baik seperti kerajinan, berdisplin, kesetiaan kepada negara dan taat kepada majikan.

Pada hari ini setelah hampir berdekad-dekad dasar tersebut dilaksanakan, orang Malaysia masih lagi berkerja mengikut cara Malaysia. Budaya Bushido , sifat samurai dan watak bunga sakura yang ada pada orang Jepun tidak dapat diserapkan, difahami dan dihayati sepenuhnya kepada orang Malaysia. Akhirnya ia hanya menjadi slogan-sloganan dan akhirnya dilupakan oleh peredaran zaman.

Mencari Jejak

"Saya melihat anak-anak kita sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan. Anak-anak bumiputera yang berkumpul di UiTM adalah pewaris utama bagi menerajui kepimpinan politik mahupun ekonomi negara. Mereka sepatutnya mengerti tentang survival bangsa, keperluan melihat pendidikan sebagai alat penting untuk membangun agama, bangsa dan negara. Lebih daripada itu, mereka harus mengenang budi,tahu untuk melihat ke belakang, mengesani jejak-jejak yang pernah mereka lalui. Kemudian pandanglah anak-anak mereka sendiri dan fikirkan tentang masa depan mereka. Dan fahamilah bagaimana UiTM ada dan patut kekal untuk mereka dan anak-anak mereka"

- Ungkapan Kata-Kata Profesor Dato' Seri Dr. Ibrahim Abu Shah

Tuesday, April 28, 2009

Ibrahim Abu Shah - Menyingkap Pengurusan Universiti

Mengurus sebuah universiti yang besar seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukanlah suatu tugas yang mudah. UiTM adalah Institut Pengajian Tinggi (IPTA) terbesar di Malaysia. Jadi masalahnya juga besar dan cabarannya juga besar.

Dimana wujud satu negeri maka disitu akan ada UiTM. Malah sesetengah negeri mempunyai 3 kampus. Lebih daripada itu, UiTM bukan hanya sebuah universiti semata-mata. Di dalamnya, UiTM mempunyai seribu watak, beribu wajah dan beribu liku. Kesah survival bangsa, pengimbang keharmonian negara, politik, budaya kecil dan pelbagai yang menjadi intipan masyarakat.

Profesor Dato' Seri Ibrahim Abu Shah adalah hasilan pertama UiTM yang dilantik menjadi Naib Canselor pada 1 Januari 2001. Tarikh perlantikan itu sendiri berlangsung ketika dunia baru sahaja melangkah ke alaf baru. Tentu sekali cabaran yang harus dipikul oleh Dr. Ibrahim bukan kepalang besarnya. Perlantikan ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada peranan UiTM dalam proses pembangunan negara. Ia perlu dirakam sebaik mungkin kerana disebalik perlantikan tersebut terdapat pelbagai cerita menarik yang menyentuh keperitan, kesusahan, keriangan dan cabaran.

Untuk mengetahui cerita sepenuhnya anda boleh baca buku bertajuk Ibrahim Shah - Menyingkap Pengurusan Universiti oleh Muhd Kamil Ibrahim dan Nasrudin Mohammed.

Apa Itu Training ESQ 165?

Oleh Diyanah Anuar (email: diyanah@bharian.com.my)

Pakar latihan sumber manusia yang juga pengasas model latihan kepimpinan terkenal, ESQ 165, Dr Ary Ginanjar Agustian berkata, dalam situasi global sekarang, pengurusan syarikat harus memberi tumpuan kepada soal emosional dan spiritual pekerja.

Bagi Dr Ary, inilah aspek utama yang mempengaruhi motivasi pekerja. Beliau berkata, pendekatan tidak mengenepikan aspek emosional dan spiritual sepatutnya diamalkan mana-mana organisasi, bukan hanya mengutamakan aspek intelektual seperti yang lazim ddiamalkan oleh organisasi.

Disebabkan terlalu mementingkan kecerdasan intelektual dalam semua perkara, inilah yang berlaku kepada kebanyakan organisasi gah terpaksa menghentikan operasi mereka. Rata-rata organisasi terbabit sebelum ini cuma mementingkan intelektual dan mengabai nilai emosional dan spiritual. Sedangkan elemen ini adalah ruang paling utama bagi manusia, katanya dalam pertemuan bersama Tanya Pakar.

Gabungan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual inilah menjadi teras model latihan ESQ 165 yang diperkenalkan Dr Ary sebagai latihan kepimpinan dan pembangunan manusia sejak beberapa tahun lalu. ESQ diibarat pembuka hubungan rahsia dalam dunia perniagaan, profesionalisme dan pengurusan moden. Semua aspek ini ada hubung kait dengan dasar Islam iaitu nilai keislaman, rukun islam dan rukun iman.

Kajian dan pemahaman terhadap semua elemen ini mencetuskan idea yang dinamakan ESQ (Emotional Spiritual Quotient atau Kecerdasan Emosional dan Spiritual). Idea yang diperkenalkan Dr Ary ini menjadi paradigma dalam bidang sumber manusia yang menggabungkan sains, sufisme, psikologi dan pengurusan.

Baru-baru ini, ketika menghadiri Majlis Wacana Ilmu : ESQ Dalam Bidang Pengurusan anjuran bersama UEM Academy serta Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka dengan kerjasama Pusat Kepimpinan ESQ Malaysia, Dr Ary sempat meluangkan sedikit masa ditemubual Tanya Pakar mengenai keperluan ESQ dalam pengurusan dan pembangunan manusia.

Ikuti soal jawab Tanya Pakar dengan Dr Ary.

Apa sebenarnya yang dikatakan latihan kepimpinan ESQ?

ESQ adalah latihan yang diadakan selama dua hingga tiga hari yang menggunakan modul pembangunan karakter, ESQ 165. Modul ini menyepadukan rasionalisasi dalam dunia perniagaan dengan spiritual. Latihan ini juga membimbing individu dalam membina karakter dan prinsip hidup.

Siapa kelompok individu yang memerlukan latihan seperti ini? Apakah ia khusus untuk golongan tertentu saja?

ESQ tidak khusus untuk sesuatu golongan saja tapi untuk semua. Modul ini disediakan dalam beberapa jenis berlainan untuk eksekutif, profesional, individu biasa, penuntut universiti, remaja dan kanak-kanak.

Apa yang dapat diperoleh daripada latihan ini?

Program ini bertujuan menyingkap nilai dalaman seseorang seperti kejujuran, tanggungjawab, kerjasama, disiplin, keadilan, wawasan dan keprihatinan. Semua nilai ini dimiliki setiap manusia tidak kira bangsa, pekerjaan mahupun pangkat seseorang. Dalam latihan yang mengambil masa dua ke tiga hari ini, sebahagian besar maklum balas yang diterima adalah perubahan positif peserta dalam hubungan dan tanggungjawab mereka kepada keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara.

Mengapa perlunya latihan yang menerapkan unsur kecerdasan spiritual untuk individu, organisasi dan juga masyarakat secara keseluruhannya?

Selama ini, kebanyakan pengurusan dan pembangunan sumber manusia lebih menekankan kecerdasan intelektual saja. Untuk menghadapi cabaran dunia masa kini, kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi.

Kita perlu mantapkan kecerdasan emosi yang banyak berteras persoalan what do I feel (apa yang saya rasakan). Penekanan terhadap kecerdasan emosi mampu melahirkan individu yang hebat tapi apabila mereka berdepan dengan masalah besar, kebanyakannya kecundang.

Dari situ, pengkaji menemukan sebuah lagi kecerdasan yang diperlukan untuk mengatasi kekurangan ini. Ini ialah tumpuan kepada satu lagi kecerdasan fungsi otak ketiga, di mana manusia terus mencari makna kehidupan, untuk apa mereka hidup dan untuk apa mereka bekerja. Ini yang disebut kecerdasan spiritual. Inilah yang melengkapkan keupayaan fizikal, intelektual dan emosional.

Mengapa anda katakan kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi?

Kajian mendapati, pengaruh kecerdasan intelektual (IQ) tidak lebih daripada 20 peratus daripada kejayaan seseorang. Selebihnya dipengaruhi kecerdasan lain. Kebanyakan individu yang sudah berada di tahap berjaya dari segi material berasa diri mereka terbelenggu dan masih tidak mendapat makna sebenar kehidupan mereka.

Mentaliti yang membelenggu manusia selama ini, di mana cuma mengutamakan kecerdasan intelektual, membuatkan dunia ini seolah-olah terbahagi kepada dua. Sebagai contoh, sebahagian manusia yang hidupnya berorientasikan material saja dan tidak mengambil berat hal akhirat manakala sebahagian lagi cuma berfokus kepada ketuhanan saja tapi tidak berjaya dalam soal keduniaan.

Tumpuan yang diberi kepada keperluan kecerdasan intelektual saja membuatkan wujudnya jenayah, penyelewengan dan rasuah kerana manusia begini mudah dipengaruhi unsur lain dan menyalahguna kebijaksanaan yang dimiliki.

Mereka yang berorientasikan kecerdasan intelektual semata-mata selalunya tidak tahu bagaimana hendak memanfaatkan kelebihan mereka itu. Perkara ini yang ingin diajar menerusi model ESQ 165 ini.

Bagaimana untuk menggabungkan ketiga-tiga kecerdasan ini?

Intelektual, emosional dan spiritual - ketiga-tiganya tidak dapat dipisahkan. Semua ini perlu digabungkan dan saling menyokong antara satu sama lain dalam memacu seseorang mencapai kejayaan.

Kadangkala motivasi yang diperoleh daripada sesebuah program latihan hanya bertahan untuk sesuatu tempoh saja. Kemudian, seseorang individu akan kembali kepada tabiat lama mereka. Bagaimana hendak mengekalkan motivasi yang diperoleh?

Latihan ESQ adalah latihan yang berterusan. Apa yang diperoleh dalam latihan ESQ biasanya akan menjadi (ritual) amalan peserta. Elemen yang diterapkan dalam modul ini banyak berhubung dengan unsur ketuhanan seperti Asmaul husna dan sebagainya.

Jadi, jiwa kita akan lebih tenang dan semakin hari diri kita akan bertambah baik. Apa yang menyebabkan sesetengah daripada kita tidak dapat mengekalkan motivasi yang diperoleh adalah kerana elemen ritual ini diasingkan daripada motivasi untuk mencapai kejayaan.

Bimbingan untuk mencapai kejayaan dunia dan kejayaan akhirat diasingkan. Tapi, dalam ESQ, kedua-dua bimbingan ini digabungkan untuk melahirkan manusia hebat.

Selain itu, program yang disediakan untuk alumni ESQ (mereka yang pernah menghadiri latihan ESQ) juga diadakan sebagai cara memperbaharui (recharge) motivasi yang ada.

Apakah kegiatan yang disediakan untuk Alumni ESQ selepas latihan yang mereka sertai?

Kegiatan yang disediakan untuk Alumni ada pelbagai. Alumni boleh menyertai aktiviti berbentuk forum, perjumpaan, ataupun aktiviti lain yang dianjurkan dikalangan mereka sendiri.

Sejauh mana perlunya aplikasi latihan seperti ESQ ini bagi organisasi menghadapi kemelut kesuraman ekonomi seperti yang dihadapi dunia hari ini?

Bila bercakap mengenai pengurusan organisasi, dua perkara yang berkaitan adalah manusia dan kaedah. Dari segi manusia, jika selama ini mereka hanya berteraskan pemikiran intelektual, rata-ratanya tidak bersedia berdepan dengan krisis.

Pihak pengurusan pula tidak mampu menguruskan sumber manusia dengan baik apabila berdepan dengan krisis. Contoh yang boleh menggambarkan perkara ini adalah organisasi perniagaan yang dari negara kuasa besar, lumpuh begitu saja apabila berlakunya krisis ekonomi.

Perkara ini berlaku mungkin kerana kecerdasan emosional tidak pernah dititik beratkan baik di sekolah ataupun universiti yang mana kebanyakannya lebih mementingkan kecerdasan intelektual. Selepas menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang ini, barulah dunia mula membuka mata bahawa kecerdasan intelektual semata-mata tidak mencukupi.

Bagaimana kecerdasan emosional dan spiritual dapat membantu seseorang individu atau organisasi?

Mereka yang memiliki kecerdasan emosional mampu mengawal emosi mereka ketika berdepan dengan cabaran kehidupan, kerjaya dan ekonomi. Mereka yang memiliki kecerdasan spiritual pula mampu menemukan makna sebenar pekerjaan mereka.

Banyak tekanan dihadapi rata-rata pekerja masa kini adalah kerana dunia pekerjaan mereka mempraktikkan ilmu pengurusan yang lebih banyak mengutamakan sasaran syarikat, berbanding sasaran diri mereka.

Pendekatan pengurusan sedia ada secara tidak langsung mewujudkan jurang antara pihak pengurusan dan juga pekerja. Kaedah pengurusan untuk dunia dan kaedah pengurusan akhirat juga dipisahkan.

Kita harus sedar, manusia bukan hanya tubuh fizikal, tapi juga spiritual. Oleh itu, kita memerlukan model yang menggabungkan pengurusan menerusi spiritual, emosional dan intelektual. Kecerdasan emosional yang dimaksudkan ini adalah kemampuan untuk merasai perasaan orang lain dan kemudian menjadikan pengetahuan itu sebagai maklumat penting untuk mengambil tindakan. Ini yang boleh dipraktikkan pengurusan sesebuah organisasi.

Adakah wujud sebarang cabaran dalam menyampaikan latihan ESQ kepada peserta yang mengikutinya?

Dalam memberi bimbingan dan latihan ESQ ini, antara cabaran utama yang dihadapi adalah cara pemikiran peserta yang mengikuti latihan. Rata-ratanya sudah diterapkan dengan pemikiran yang membezakan soal agama dan dunia.

Mana tidaknya, selama ini kita sudah dipupuk dengan konsep merujuk kepada Barat dalam kebanyakan perkara dalam kehidupan termasuk soal ekonomi dan sebagainya. Cukup mencabar untuk membuatkan peserta menukar cara pemikiran mereka dan menggabungkan kedua-dua soal dunia dan agama kepada satu.

Monday, April 27, 2009

Journal of Knowledge Nusantara - Bandung #3

5S amalan muslim
  1. Senyum Selalu - senyum 2cm kanan dan 2cm kiri. Senyuman simitri.
  2. Salam - Memberikan salam bila bertemu tetamu dan rakan taulan.
  3. Sopan
  4. Sapa dengan ramah
  5. Santun sentiasa.

Journal of Knowledge Nusantara - Bandung #2

Etika Usahawan Muslim - Pemerhatian di PDT.
  1. Amanah sehingga dipercayai dan lahir kredibiliti
  2. Jujur
  3. Komitmen 100 peratus.
  4. Penambahanbaikan berterusan sehingga kesempurnaan
  5. Kreatif dan Inovatif
  6. Tidak takut saingan
  7. Bangkitkan potensi terbaik dalam diri melalui pengurusan kalbu.
  8. Mencari karunia Allah sebanyak-banyaknya.
  9. Berzakat bila beroleh keuntungan

Journal of Knowledge Nusantara - Bandung #1

Pengurusan Qalbu - oleh K.H.Aagym

Semasa saya bertemu Pak Aagym semasa melawat Pesantren Daarut Tauhiid, Bandung, tahun lalu, saya bertanya kepada beliau "apakah tanda-tanda amalan kita diterima oleh Allah?" Jawab beliau "Jiwa jadi tenang, hati tidak gundah gulana". Semasa kami berbual-bual semasa beliau memberikan taklimat tentang bank darul tauhid, beliau menceritakan tentang management by heart dan manejemen kalbu.

Kesimpulan daripada diskusi kami ialah hati yang bersih, jernih dan bersinar adalah pengerak utama yang menjadi pendorong motivasi untuk mengharungi kejayaan dunia dan akhirat. Hati bersih membawa ketenangan manakala hati kotor membawa kepada kekalutan. Potensi manusia setelah sampai kepada kebeningan hati dan kebersihan jiwa amat menakjubkan. Ada satu kekuatan yang luar biasa kekuatannya.

Bening Hati Yang Jernih

Bila hati semakin bersih
Fikiran pun jadi jernih
Semangat hidup pun jadi gigih
Prestasi pun mudah diraih

Bila hati sudah busuk
Fikiran jahat mula menusuk
Akhlak pun jadi buruk
Jadi makhluk yang terkutuk

Bila hati sudah bersih
Terpancar cahaya pada wajah
Bersinar memancar dari jauh
Membuat orang pun jadi kasih

Bila hati sudah gelap
Mata hati jadi ranap
Orang pun tiada harap
Kerana jiwa telah gelap

Suara Hati Naluri Suci

Dalam diri ada hati
Dalam hati ada cahaya
Cahaya kudus yang suci
Yang bersuara dan berbahasa

Suara naluri yang suci
Yang menyeru kepada kesucian
Dengan 99 nama Ilahi
Yang memanggil kepada kebaikan

Suara hati naluri suci ini
sering tenggelam dalam keriuhan
mazmumah yang melimpahi hati
maksiat yang menguasai tindakan

Sunday, April 26, 2009

ESQ, GABUNGAN NILAI KEPINTARAN MANUSIA - Diadaptasi daripada tulisan Suharyanto

Intellectual Quotient(IQ)

Pada 1905 Binet menemukan IQ di Paris Perancis dan ia dikembangkan di universiti stanford, Amerika Syarikat. Ia pernah digunakan semasa perang dunia pertama, justeru itu, manusia memuja-muja dan memuji suatu bentuk kepintaran yang dianggap menjadi penentu kepada kejayaan manusia di dalam hidupnya. Ia adalah kepintaran tertinggi yang akan menjamin masa depan seseorang dan juga sesebuah masyarakat.

Kepintaran yang dimaksudkan tersebut ialah kepintaran intelektual (Intellectual Quotient, IQ). Ia dijadikan penandaras kepada kepintaran manusia. Justeru itu, berkembanglah pelbagai cara pengukuran IQ seseorang. Semakin tinggi IQ seseorang maka semakin tinggi tahap kepintarannya. Manusia yang mendapat IQnya 100 adalah manusia yang paling tinggi tahap kepintarannya.

Pada perkembangan seterusnya ternyata IQ tidak mampu mewujudkan “kejayaan” mutlak, IQ telah gagal membina hubungan antara manusia. IQ hanyalah merupakan kepandaian yang semata-mata digunakan untuk menangani masalah-masalah logik, rasional , metamatik dan strategik. Oleh itu, bila kita hanya berpegang kepada IQ semata-mata maka seseorang itu umpama robot atau mesin. "mesin” tidak mempunyai perasaan. Akhirnya “mesin” ini mengalami keterasingan dari lingkungan dan dunianya sendiri.

Emotional Quotient (EQ)

Kemudian, dengan berkembangan ilmu dan pengetahuan di bidang neurologi dan psikologi, terjadilah perbahasan baru dalam menilai kepandaian dan kejayaan seseorang. Pada tahun 1995 Daniel Goleman melalui bukunya bertajuk working with emotional qoutient membuat penemuan baru dalam bidang neurologi dan psikologi, kemudian membuat kesimpulan sesuatu yang dinamakan sebagai kepintaran jenis baru, yaitu kepintaran emosi (Emotional Quotient, EQ).

Berdasarkan pada teori EQ maka kejayaan seseorang tidak ditentukan oleh tinggi-rendahnya IQ seseorang, tetapi ditentukan oleh bagaimana seseorang tersebut mengendalikan hubungan antara manusia secara lebih bermakna. EQ telah memberikan suatu rasa simpati, empati, cinta, kasih, sayang, rindu, ketulusan, kejujuran, motivasi dan kemampuan bertindakbalas terhadap kegembiraan atau kesedihan secara tepat. EQ juga memberikan kesedaran mengenai perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain.

Berbeda dengan IQ yang relatif tak berubah pada diri manusia, EQ boleh mengalami perubahan. EQ boleh meningkat dan menurun. EQ boleh dipelajari untuk terus ditingkatkan dan disempurnakan. Bahkan EQ menjadi landasan bagi penggunakan IQ secara lebih efektif. Pada hari ini banyak ditemui cara-cara untuk meningkatkan EQ itu, diantaranya buku The Seven Habbit Of Highly Of Effective People karya Stephen R Covey.

Spiritual Quotient (SQ)

Ternyata dengan semakin baiknya kepintaran emosi seseorang telah membawa pada suatu kepuasan kebendaan, keintiman hubungan antara manusia, dan dapat bertindak secara tepat dalam mengelola kesedihan dan kegembiraan. Akan tetapi manusia moden telah dan sedang mengalami kehampaan makna hidup. Persoalan seperti kemanakah akhir hidup ini?. Untuk apa tujuan kita hidup?

Pernah suatu ketika Robin Leach membuat penyelidikan terhadap ratusan orang kaya dan terkenal, hasilnya memperlihatkan bahwa kekayaan dan kemasyhuran tidak serta merta membawa mereka pada kebahagiaan yang hakiki. Lantas yang menjadi pertanyaan faktor apakah yang menyebabkan seseorang bahagia? Sebahagian menjawab “wang”, “kekayaan”, “kenikmatan seksual”, “kedudukan”, kesihatan” dan lain-lain. Namun semua jawaban itu tidak menjawab kebahagiaan hakiki, jawaban yang parsial dan tidak menyentuh pada substansi dan hakiki kebahagiaan. Prof Khalil A. Khavari menjawab bahwa faktor yang membawa sesorang pada kebahagiaan hakiki adalah “spiritual”.

Faktor spiritual inilah yang kemudian pada akhir abad 20-an “dieksploitasi” oleh para neurologi dan psikologi untuk mendapatkan suatu formula kecerdasan jenis ketiga. Pada tahun 2000 V.S Ramachandran dari universiti california menemukan fungsi saraf otak yang dipanggil God Spot. SQ menjadi pemudah cara yang menghubungkan antara IQ dan EQ sebagaimana yang disebutkan oleh Zohar dan Marshall bahwa SQ merupakan kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai hidup, menempatkan perilaku dalam konteks makna secara lebih luas dan jauh. SQ merupakan prasyarat bagi berfungsinya IQ dan SQ secara lebih efektif.

Intellectual, Emotional dan Spiritual Quotient(ESQ)

Ary Ginanjar Agustian (2001) mengabungkan EQ dan SQ dengan nilai-nilai yang islam menjadi suatu integrasi yang kukuh dan bersepadu. Berdasarkan idea itu dengan pengalamannya pada dunia perniagaan – Ary Ginanjar Agustian, seorang pengusaha muda yang tergabung dalam HIPMI dan telah terlibat dunia pembangunan insan dan latihan keperibadian, pengembangan diri dan karier – dan atas bimbingan spiritual KH. Habib Adnan, beliau menemukan suatu model kecerdasan “alternatif” yang dipanggil The ESQ Way 165.

ESQ model ini kemudian dicurahkan dalam bentuk buku “Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotent Berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam”. Di dalam buku tersebut Ary Ginanjar Agustian mengabungkan secara tepat antara kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) berdasarkan kepada nilai-nilai Islam dan pengalamannya sebagai seorang usahawan. Meskipun EQ dan SQ mempunyai peranan yang berbeda namun sama-sama penting untuk dapat disinergikan antara satu dengan yang lain.

Secara ringkas, buku ESQ model terdiri dari 4 (empat) bagian.
Bagian Satu : zero mind process yaitu penjernihan emosi melalui proses menuju fitrah.
Bagian Dua : Mental Building
  1. Star principle
  2. Angel principle
  3. Leadership principle
  4. Learning principle
  5. Vision principle
  6. Well organized principle
Bagian Tiga : Personal Strength
  1. Mission statement
  2. Character Building
  3. Self Controling
Bagian Empat : Social Strength
  1. Strategic Collaboration
  2. Total Action
Pada bagian satu, zero mind process, kita diajak untuk melalui tahapan proses menuju pada fitrah manusia (God-Spot). Pada proses ini kita diminta untuk merenungi dan memperhatikan suara hati atas beberapa peristiwa yang terjadi sehari-hari baik pada diri kita maupun pada orang lain atau lingkungan sekitarnya. Kemudian kita disuruh untuk merespon secara jujur berdasarkan kata hati kita. Dari situ kita akan menemui dua pilihan, yaitu pilihan jalan menuju fitrah dan pilihan jalan menuju non fitrah. Kita diberi kebebasan untuk memilihnya. Dari sinilah prinsip hidup kita diuji. Terkadang hati manusia terbelenggu sehingga menutupi kebenaran informasi dari suara hati. Belenggu-belenggu tersebut adalah:
  1. Prasangka (buruk)
  2. Prinsip-prinsip hidup
  3. Pengalaman
  4. Kepentingan dan prioritas
  5. Sudut pandang
  6. Pembanding
  7. Literatur
Oleh karenanya kita diharuskan untuk membebaskan diri dari ketujuh belenggu tersebut untuk menuju god-spot.

Pada bagian dua, setelah kita memiliki kejernihan hati, maka kita harus mulai mengisi dan membangun melalui enam prinsip bintang sebagai pegangan hidup; memiliki prinsip malaikat sehingga kita selalu dipercaya orang lain; memiliki prinsip kepemimpinan yang akan membimbing kita menjadi seorang pemimpin yang berpengaruh; menyedari akan arti pentingnya prinsip pembelajaran yang akan mendorong pada suatu kemajuan; mempunyai prinsip masa depan, sehingga akan selalu memiliki visi, dan terakhir yaitu memiliki prinsip keteraturan sehingga tercipta suatu sistem dalam satu kesatuan tauhid, atau prinsip esa di dalam berfikir.

Ketangguhan peribadi adalah ketika seseorang berada pada posisi atau dalam keadaan telah memiliki pegangan prinsip hidup yang kukuh dan jelas. Secara sistematik, ketangguhan pribadi adalah seseorang yang telah memiliki prinsip berfikir dan mengaplikasikannya melalui tiga langkah sukses yaitu pernyataan misi, pembangunan karakter dan pengendalian diri. Inilah bagian tiga dari ESQ model.

Bagian Empat adalah ketangguhan Sosial. Ketangguhan sosial ini dianalogikan dengan prinsip zakat, yaitu kepedulian terhadap lingkungan sosial. Prinsip zakat adalah suatu bentuk “pertahanan aktif” dari dalam keluar. Langkah yang harus ditempuh adalah lanjutan dari langkah ketiga pada bagian tiga. Langkah keempat ini dinamakan sebagai kolaborasi strategik dan langkah kelima sebagai tindakan total. Pada langkah kelima ini diasosiasikan dengan haji. Yaitu tindakan unversal dan total dari rukun Islam.

Penutup

Demikianlah sekelumit tentang isi buku ESQ model. Pada prinsipnya buku tersebut merupakan bentuk dari pengembangan kepribadian untuk mencapai kejayaan baik di dunia dan di akhirat. Buku ESQ model menjadi penting untuk panduan menuju kehidupan dengan penuh makna vertikal dan horisontal. Keunggulan buku ini adalah karena dirilis oleh orang Indonesia sehingga khasanah budayanya sesuai dengan budaya Indonesia umumnya. Meskipun merupakan hasil kerja konvergensi yang diramu dengan pengalaman pribadi penulis, buku ersebut masih terkesan normatif, terutama pada bagian-bagian akhir. Buku tersebut juga bukan ditujukan sebagai buku “agama” ataupun buku ceramah/dakwah dalam artian konvensional.

Referensi

Agustian, Ary Ginanjar. 2001. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotient Berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Penerbit Agra. Jakarta
Sukidi, 2001. Bahagiakah Hidup Anda. Republika, 11 November 2001. Jakarta.
Sukidi, 2001. ESQ Pak Ary. Republika, 30 September 2001. Jakarta.
Sukidi, 2001. SQ. Republika, 15 April 2001. Jakarta.
Zohar, Danah dan Ian Marshall. 2001. SQ memanfaatkan Kecerdasan Spiritual dalam Berpikir Integralistik dan Holistik untuk memaknai Kehidupan. Mizan. Bandung

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA - Mutu Bola Sepak Malaysia Masih Di Takuk Lama

Malam tadi saya berkesempatan menonton perlawanan akhir Piala FA melalui TV1 secara langsung diantara Selangor dan Kelantan. Permainan terpaksa ditentukan oleh sepakan penanti setelah mereka terikat 1-1 setelah perlawanan berlangsung selama 120 minit. Berdasarkan permainan yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan, pada saya, mutu permainan bolasepak mereka masih ditahap lama. Tidak ada sesuatu yang membanggakan. Kedua pasukan nampak keletihan dan kekurangan stamina apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Mereka tidak menunjukan permainan bermutu dan tidak bermain dalam satu pasukan. Kedua-dua pasukan tidak dapat mengintegrasikan IQ,EQ dan SQ dalam perlawanan tersebut menyebabkan permainan yang dipertontonkan terlalu hambar. Apapun, tahniah kepada pasukan selangor kerana menjuarai Piala FA kali ini.

Friday, April 24, 2009

Intergrated IQ,EQ dan SQ Menjana Intergrated Intelligence.

IQ, EQ dan SQ yang bersepadu akan menghasilkan kepintaran bersepadu dimana ia akan melahirkan manusia yang mempunyai hubungan yang baik dengan alam, hubungan yang baik sesama manusia dan hubungan yang akrab dengan Tuhan.

Segala Yang Hidup Memiliki Frekuensi.

Elektron mengelilingi proton
Proton mengelilingi neutron
Neutron menjadi pusat
Berpaksi suatu energi

Bulan mengelilingi bumi
Bumi mengelilingi Matahari
Matahari mengelilingi galaksi
Berpaksi suatu energi

Semua mengikuti orbit
Berjalan berulang-ulang
Tenggelam dan terbit
Menjadi frekuensi berulang

Minda mengelilingi Tubuh
Tubuh mengelilingi Jiwa
Jiwa mengelilingi hati
Hati yang tulusuci

Ahmad Rais Johari
Kolej Delima
UiTM

Hijrah - Suatu Perjuangan Jihad Menuju Kecemerlangan Abadi

Hari ini adalah hari terakhir seorang sahabat saya, saudara Afzal Haq berkerja di UiTM sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Beliau meninggalkan UiTM kerana mendapat tawaran yang lebih baik menjawat jawatan sebagai eksekutif Fasiliti di UMW. Alasan yang beliau berikan ialah beliau ingin berhijrah dan menyambut seruan Tun Abdullah Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia, yang pernah mencadangkan supaya orang kerajaan pergi ke sektor swasta dan sebaliknya. Beliau berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik di UMW dengan berbekalkan segala kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang beliau perolehi setelah 10 tahun berkhidmat di Pejabat Penyelenggaraan (kini Pejabat Fasiliti) UiTM.

Beliau berhijrah untuk mendapatkan kepuasan berkerja kearah kecemerlangan abadi dan kepuasan diri. Pada beliau, ia adalah suatu perjuangan untuk diri beliau dan keluarga beliau ke arah sesuatu yang lebih baik.

Thursday, April 23, 2009

Demi Matahari

Demi Matahari
Dan Sinarnya Dipagi Hari
Dan Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakan Diri
Demi Malam Apabila Ia Menutupi

Demi Langit Berserta Seluruh Binaannya
Demi Bumi Serta Yang Ada Dihamparannya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaannya

Allah...Subhanallah

Allah Mengilhamkan
Sukma Kefasikan dan Ketaqwaan
Beruntung Bagi Yang Menyucikannya
Merugi Bagi Yang Mengotorinya

Lagu ini adalah diantara lagu yang saya nyanyikan semasa mengikuti ESQ Training Angkatan 30 Kuala Lumpur pada 17,18 dan 19 April 2009 baru-baru ini.

Al-Fatihah.....! Semoga Roh Beliau Sentiasa Dicucuri Rahmat Daripada Allah S.W.T

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Ariffin Yusof memaklumkan En. Ahmad Nizar Abdul Karim, Timbalan Pengarah,PSMB telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 5.30 petang. Pada jam 7.45 malam, saya, Fais dan Ariffin bergegas ke Hospital Besar Kuala Lumpur daripada Kolej Meranti, setibanya kami di Jabatan Forensik HKL, terdapat beberapa orang staf PSMB dan sanak saudara Allahyarham telah berada diruangan menunggu. Keadaan agak sayu dan sedih. Beliau yang saya kenali adalah orang cepat mesra dan senang didekati. Pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh warga PSMB.

Sekitar jam lebih kurang 12.15 malam selepas bedah siasat, jenazah beliau telah dibawa rumah beliau di Rawang daripada HKL menggunakan van jenazah UiTM. Difahamkan polis mengkelasifikasikan kematian beliau sebagai mati mengejut. Menurut cerita daripada staf PSMB yang bersama beliau semasa Bengkel ICT anjuran Microsoft di KLCC petang tadi, beliau tidak bercakap banyak disepanjang bengkel tersebut. Beliau sempat bergambar dijabatan yang menghubungkan tower A dan tower B KLCC.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Kematian adalah datangnya sebuah keadaan yang tidak bergerak dan kaku. Kematian merupakan pesanan dan peringatan terhadap kedatangan sebuah akhir kehidupan. Kematian merupakan sejenis makhluk yang unik dan bersifat rahsia. Ia merupakan makhluk berani yang tidak akan boleh ditahan dan dikalahkan, ia mampu meredah tembok yang tinggi dan melompati pagar yang kukuh.Tidak ada satu pun benteng yang mampu untuk melindungi dirinya daripada kematian. Ia menyapa semua yang bernyawa. Justeru itu, kita yang masih hidup perlu bersedia untuk menerima kematian pada bila-bila masa dan dimanapun jua.

Friday, January 9, 2009

Seorang Mahasiswa UiTM Shahid Di Seksyen 7

Saya baru selesai menguruskan jenazah seorang mahasiswa UiTM yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, menurut sumber polis, kematian beliau diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Semoga roh arwah Mohamad Ashfar Bin Arshat sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Sunday, December 7, 2008

Jenazah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Selamat Dikebumikan..

Sejak daripada semalam saya ternanti-nanti jenazah Allahyarham Shafie Ahmad daripada New Zealand, Alhamdulilah semuanya telah selesai pada sekitar jam 6.30 petang tadi. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Memorial Park Seksyen 21 Shah Alam. Semasa di Surau Seksyen 8, Shah Alam pada petang tadi saya sempat menjadi jemaah solat jenazah Allahyarham. Beliau yang saya kenali adalah seorang sahabat yang komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa bersikap positif dalam apa keadaan sekalipun. Semua urusan pengebumian berjalan lancar dan UiTM memberikan sepenuh komitmen untuk menyempurnakan majlis pengebumian tersebut. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, December 2, 2008

UiTM Menjadi Juara Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008...!

Tahniah kepada semua warga UiTM daripada pentadbir, pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar di atas sokongan anda semua membawa kemenangan UiTM dinobatkan Johan Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 (Sektor Awam). Tugas yang lebih berat selepas ini ialah mempertahankan kemenangan tersebut dan membudayakan kualiti dalam setiap aspek pekerjaan kita di UiTM.

Monday, December 1, 2008

Seruan Kepada Mahasiswa UiTM: Jadilah Mahasiswa Yang Berani !

Keberanian adalah asas kepada pembangunan jati diri. Mahasiswa wajar membebaskan diri mereka daripada mana-mana pengaruh fahaman tertentu untuk dibawa masuk ke dalam arena politik kampus. Mahasiswa perlu mempunyai jati diri sendiri yang bersifat idealistik. Berani kerana berilmu, menjunjung budaya ilmu dan berupaya berfikir secara rasional berdasarkan ilmu. Itu adalah asas kepada jati diri seorang mahasiswa.

Wednesday, November 26, 2008

Getaran.....Degupan Jantung Menghasilkan Tenaga.....?

" Setiap jisim mempunyai tenaga, tenaga itu terhasil daripada getaran, getaran itu menghasilkan bunyi, bunyi itu boleh didengari melalui degupan jantung dan gerakan nadi"

Sunday, November 23, 2008

Nasihat Dato' Seri Harusani - Mufti Perak Kepada Kepimpinan Melayu Dulu, Kini dan Masa Depan...

Saya bertanya kepada Dato' Seri Harusani, Mufti Perak semasa Seminar Kepimpinan Melayu baru-baru ini, soalan saya kepada beliau berbunyi..."Kepimpinan semua negara islam pada hari ini kelihatan begitu lesu, kaku dan tidak bertenaga, kita berpecah dan tidak bersatu, walaupun negara islam kaya dengan hasil bumi seperti minyak tetapi kita miskin kerana ia tidak tahu pengurusan hasil bumi kita sendiri, semua fenomena ini berlaku kerana jiwa, tubuh dan pemikiran kita telah dirosakan oleh yahudi zionis. Persoalannya bagaimana caranya kita orang islam boleh melepaskan diri kita daripada belenggu Yahudi Zionis...?"

Beliau menjawab ringkas..."kita kena kembali kepada rukun iman dan rukun islam, itulah asas kita, kita kena faham, menghayati dan melaksanakan semua tuntutan dan kehendak rukun iman dan rukun islam, jika kita dapat menghayati dan mengamalkan semua kehendak rukun iman dan rukun islam, Insyaallah kita akan selamat daripada belenggu Yahudi Zionis". Beliau juga menyeru semua pemimpin melayu kembali kepada kehendak dan tuntutan rukun iman dan rukun islam untuk menjadi pemimpin melayu yang boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada bangsa melayu kerana kekuatan bangsa melayu terletak kepada Islam.

Thursday, November 20, 2008

Seminar Kepimpinan Melayu Anjuran InQKa, UiTM,Tajaan Sime Darby & UMW


Semalam dan hari ini saya menghadiri Seminar Kepimpinan Melayu di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara anjuran InQKa. Saya menghadiri seminar tersebut di atas kapasiti saya sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar NR (PPPNR). Sebanyak 4 kertas utama telah dibentangkan oleh cendikiawan, ulamak dan tokoh ekonomi manakala sebanyak 31 kertas kerja dibentangkan secara selari di dua bilik seminar yang berbeza selama 2 hari. Semua kertas kerja ini membicarakan dan mewacanakan soal kepimpinan melayu dulu, kini dan masa depan, semasa sesi penutup oleh Prof. Madya Dr. Shireen Haron, Penolong Naib Canselor, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM mewakili Dato' Seri Naib Canselor membentangkan resolusi yang telah diputuskan oleh para ahli akademik di Malaysia dan Indonesia, ulamak, cendiakawan, NGO, Prowaris, Parti Politik dan lain-lain badan lagi yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut.

Diantara resolusi tersebut ialah menuntut supaya kepimpinan melayu samada daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Sistem Raja Berpelembagaan sediada, Memahami, menghayati dan mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan (undang-undang), menstruktur semula sistem pendidikan negara daripada peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi supaya menghasilkan rakyat yang memahami dan menghayati nilai sejarah dan rukun negara, mengamalkan budaya ilmu dalam kehidupan, memperkasakan diri dengan memahami, menghayati dan mengamalkan rukun iman dan rukun islam sebagai cara hidup.

Saya tertarik dengan kertas kerja utama yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmod mengenai usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan diakhir pembentangan, beliau mempamirkan slide ungkapan kata-kata Tuan Guru Abdullah Fahim, ahli falak, ulamak dan juga datuk kepada Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi. Katanya "SEDARLAH, BERKERJALAH, BERGIATLAH, JANGAN DAKAP TUBUH SAHAJA, KALAU MASIH LAGI DENGAN KEADAAN-KEADAAN SEPERTI MASA LALU ITU, SAYA BERKEYAKINAN PENUH AKAN TENGGELAM SEKALI LAGI, TETAPI KALAU SEKIRANYA TENGGELAM PADA KALI YANG AKAN DATANG ITU, MAKA BANGSA MELAYU TIDAK AKAN TIMBUL DAN BANGUN MELAINKAN SUDAH KIAMAT, YANG MANA DUNIA TIDAK ADA LAGI MELAINKAN TUHAN YANG MAHA KUASA SAHAJA"

Saya tertanya-tanya apakah maksud "keadaan-keadaan seperti masa lalu itu" yang dimaksudkan oleh Kiai Abdullah Fahim. Soalan tersebut tidak sempat saya lontarkan kepada Prof. Dr. Nik Anuar kerana masa terlalu mencemburui saya dan saya terus tertanya-tanya sehingga disaat saya menulis post ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada InQKA kerana berjaya menganjurkan seminar tersebut dan seminar itu memberikan kesan yang mendalam kepada saya sebagai orang melayu.


Monday, November 17, 2008

What is Interoperability?

“Ability of two or more systems or components to exchange information and to use the information that has been exchanged.”

(Source: IEEE Standard Computer Dictionary: A Compilation of IEEE Standard Computer Glossaries, IEEE, 1990)

Top Ten Mistakes in IT Decisions On Health Infomatic System..

  1. Not Using a Structured Process - Many organizations plunge head first without a clear and structured plan.
  2. Not Defining Needs Beforehand - The best way to determine which solution will work best for your organization is to identify your needs. To avoid overlooking important functionality, you may find it helpful to start with a good list of requirements.
  3. Hiring a Consultant who is Really a Reseller - Many consulting firms not only provide help selecting computer systems, they also act as re-sellers and implementers of enterprise applications. You may not be exposed to all possible vendor solutions, just the ones with whom your consulting firm has an affiliation.
  4. Paying Too Much Attention to Bells and Whistles - Innovative new product features may seem cutting edge and exciting don’t let it distract you. Concentrate on functionality you will use every day. Most sales reps are adept at dazzling you with fancy features.
  5. Not Including Key Users in Selection Process - Do not select a solution without soliciting meaningful input from the users. At the beginning of your selection project, form a selection team with representatives from all affected departments. One of the biggest frustrations users face in selection decisions is being sidestepped by the IT department.
  6. Buying More Than You Need - Without a clearly defined list of user requirements, you’ll tend to buy more functionality than you actually need. Select a system that allows for growth and enhancements--if and when you need them.
  7. Allowing Vendors to Drive the Process - Vendors are highly skilled at showing you what they want to show you and answering questions the way they want to answer them. To level the playing field, you need a clearly designed and defined selection process that will ensure you receive responses in a standardized format.
  8. Allowing the “Powers That Be”to Choose the System
  9. Confusing the Salesperson with the Product
  10. Not Using an RFP Process

Sunday, November 16, 2008

Improving quality through effective implementation of information technology in healthcare

In 2003, two Stockholm hospitals 40 km apart merged to form the one Karolinksa University Hospital. Interviewees reported that there was a need to form a common EMR to increase integration and allow communication between the two sites, and, ultimately, other services.

Three independent appraisal studies were carried out. The reports were made to one session of heads of department: interviewees describe a ‘defining moment’ when the chief medical officer asked for a ‘show of hands’ from the group about which system should be adopted, and nearly all voted for one system. The meeting recommended that all departments at one site (Solna) would move from five different types of medical records to the one system used by the other site, and this was accepted by top management.

The new system would need to be installed in 40 clinics with 7000 users at the Solna site. Some new hardware had to be installed, as well as considerable changes to software. The new system contained patient administration, clinical medical records and referral- and replies to referral information, but it was not an entirely paperless record: there were still many documents such as EKG and ‘pictures’ (e.g. radiology).

Analysis of documents and interviews show four key choices, which were confronted and made before implementation, all related to making the key main change within 1 year using limited internal implementation capacity, and delaying other changes to later phases. The first choice was about the extent to which top-level management and the IT department should prescribe the system and its details, and how much and what type of independence the departments should have.

The preparation process involved the departments, and top leadership made the timetable and managed the project tightly, but departments could choose at what time during the year they would implement and some of the details of the screens which would be created by the hospital IT department.

The second key issue was whether to use an outside implementation service or use the limited in-house resources for implementation. The solution was to manage the project internally, phase-in the change over time, and to use external consultants for specific changed which needed to be made. This was possible because of a third choice and decision, which was not to attempt to implement computer physician order entry (CPOE) to order medications at the same time but to phase this in after the EMR and in the following year.

The disadvantage was that some departments would loose CPOE, which was functional in the current system. The fourth choice was not to implement functions which different departments needed for research during the EMR phase, but to modify the EMR in the second year to allow this.

Project process to introduce the EMR

Once the decision was made in 2004 about which system to introduce, interviewees reported that senior leadership made it clear that departments only had choice about small screen modifications and their date for implementation in 2005. Each department was required to nominate staff internally to form a department project group to work with the information technology department to fine-tune the system for the department and carry out implementation. During 2005, all clinics had the same interventions from the project members and the plan was almost exactly followed.

Effects of the system on personnel and work

An analysis of the interviews carried out half way through implementation (June, 2005) through to 3 months after implementation (March, 2006) identified common themes that are listed below and illustrated with typical quotes from informants. Approximately 95% of the comments were positive about the implementation process and the new system.

The relatively successful Karolinska implementation could be due to:
  1. Consultation before implementation
  2. Consensus about a need for the system and which system was best
  3. Prioritzation and ‘driving’ by management team
  4. Competent IT project leader and team
  5. Tested, user-friendly and intuitive system needing little training
  6. Potential for development of the system
  7. Medication order entry not difficult to integrate after implementation
The evidence from this and other research is that an EMR designed to meet many different needs often does not meet local clinical work needs, is more difficult to implement, and can reduce productivity and access to information critical for patient care and safety.

A new system will need to have benefits which significantly outweigh these disadvantages and which are clearly communicated, if it is perceived to be less user-friendly and requires extra time for operation, which is often reported to be the case in previous research. Time and resources will be needed to develop the system.

Practical implications

In this study, the comparison with other research suggests general lessons for others implementing an EMR system in a hospital:
  1. Choose a system which allows a range of needs to be met and is a tried and tested in a similar setting,
  2. The overriding choice criteria should be a system that works for clinical personnel and saves time. Resistance is not always irrational. If personnel do not think it is easy to use and will save time then implementation will be significantly more difficult and possibly impossible.
  3. The system should be intuitive, requiring little or no training,
  4. The system should be easy to modify and develop, within limits, for different departments and uses.
  5. The decision about the system should be participatory, but once made, implementation should be directed and driven.
  6. Balance local control of selection, implementation and clinical participation with meeting higher-level requirements.
  7. Involve each level in different ways, with clear and appropriate parameters about which decisions can be made locally and which require higher-level decision about common standards.
  8. Assess and address the presence and absence of prior and concurrent factors, which have been repeatedly shown in research to help and hinder implementation.
Conclusions

Health services do not have a good history of cost effective implementation IT and especially of EMRs. The potential for increasing safety and productivity of this ‘quality intervention’ is largely unrealized. The study of EMR implementation presented in this paper was carried out using the same case study method of an implementation in the USA. After reviewing previous research, the research team expected the EMR planning and implementation in this study would follow the same problematic pattern of other implementation.

The findings of the research team, who were entirely independent from the hospital, were unexpected and contrary to most previously reported research: the Karolinska implementation was successful, on time and within budget.

Empirical data of respondent’s perception of what helped and hindered implementation show a consensus about the main ‘helping’ factors. These were the local hospital control of selection of the system, employee involvement in many different ways, leadership and support by a competent on site information technology department, and decisive and full leadership backing.

The Karolinska experience suggests that a tried and tested EMR, which is accepted by physicians can be implemented successfully in 1 year into a teaching hospital with some experience of computerization. It did not show whether such a system allowed the clinical work and process redesign, which some thought necessary and as a missed opportunity during the implementation

Other findings about what helped and hindered were derived by comparing interviewee data to a simple implementation theory developed from a review of previous research. The findings from this revealed the importance of organizational, leadership and cultural factors, as well as a user-friendly EMR, which assists clinical work, is easily modified and which saves time and increases productivity.

This theoretical model for successful implementation is based on a review of research and supported by the evidence of this study. It provides a theoretical basis for future research and a practical tool for implementing an EMR and realizing the potential of this method for improving safety and the quality of patient care.

(Source: International Journal for Quality in Health Care; Volume 19, Number 5: pp. 259–266, 23 August 2007)

Saturday, November 15, 2008

Knowledge and Perception of the Staff of Pandan Hospital Regarding Total Hospital Information System

Pandan Hospital was the third hospital using Total Hospital Information System (THIS) in Malaysia after Selayang and Putrajaya Hospital. This 704 bedded hospital is located about 15 kilometers from the center of Johor Bahru City, It will be the first hospital in the southern using THIS.

THIS is designed to automate the care delivery process in hospital through the process of integrated clinical, imaging, financial and administrative system. A study of knowledge and perception regarding THIS among the staff posted to Pandan Hospital was held.

The objective of the study is to determine the knowledge and perception of the staff of Pandan Hospital regarding THIS. A total of 131 respondents with 55.7% of the respondents were staff nurse. Less than 50% of the respondents requested to work in this hospital.

Among those who requested, almost 60% said that they were interested with IT hospital. Almost 90% of the respondents had minimal computer knowledge and 96. % was very interested or interested with Information Technology (IT). Most of the respondents had superficial knowledge about THIS by saying that THIS was about computer and linkage, IT and paperless hospital.

The perceptions toward THIS were good, where 58% said it was a better, systematic and quality system, 16% said modern and advance and 5.3% said that the system had both good and bad effect. Majority of the respondent said that THIS would benefit to both patients and staff.

Friday, November 14, 2008

Interoperability challenges with imaging systems in John Paul II Hospital, Krakow, Poland

Among the main lessons learned during digital imaging implementation and system integration at John Paul II Hospital in Krakow, Poland, were interoperability issues. According to Zbigniew Les from the hospital, “only with closely integrated ICT systems throughout the hospital, the full imageenabled medical electronic patient record can become reality”. However, while extending the ICT network within the hospital and interconnecting it with the systems of other institutions, the hospital faced interoperability problems. Due to a lack of interoperability, John Paul II Hospital cannot take full advantage of the technology in place to extend its usage outside the campus.

On the one hand, “there are still too many versions of software that are not compatible within the sector causing difficulty to exchange data”, Mr. Les said. A lack of state regulation is a further reason: “The process of system integration within the hospital and with other institutions, for example the National Health Fund, is hampered by a lack of clear state regulation about electronic data storage and exchange as well as a lack of standards for exchanging medical information.” Consequently, beside technical solutions, “the involvement of policy makers is equally important to bring clarity and impose some common solutions for the healthcare sector”.

Currently, large institutions with competitive advantage such as John Paul II Hospital impose their solutions to others, Mr Les explained. This may lead to several competitive standards. Their coexistence may result in unnecessary complications for the users and may make the creation of interoperable solutions at the national level more difficult.

Source: European Commission, Enterprise and Industry DG (2007b), p. 116.

Thursday, November 13, 2008

ICT standards consolidation to overcome interoperability problems

Standards are key to interoperability because they provide the specifications which are necessary for systems to communicate meaningfully with each other. From the perspective of the buyers and users of healthcare ICT – for example general practitioners or ICT managers in hospitals, community care centres and insurance funds – interoperability problems may arise because of various shortcomings of e-health standards and standardisation.

These may include a large number of conflicting standards on the one hand but too few or insufficiently developed standards for particular solutions on the other hand. From an ICT industry perspective, there is a lack of sufficiently specified and commonly used ICT standards that meet user needs.

Consequently, a solution for the ICT interoperability challenge in the health sector may be the common use of a more confined number of well-developed and harmonised standards. This may in short be considered as “standards consolidation”. Standards consolidation is easily stated as an objective but difficult to realise. Numerous standardisation organisations, governments, and enterprises with diverging interests are struggling to maintain or gain power in defining ICT standards for the health sector. The number of standards used and the number of organisations involved in defining standards is very high and almost impossible to overview.

The complexity of the area of ICT standardisation itself is an important barrier to reach the objective of standards consolidation and even to decide where and how best to tackle it. Structuring the area of e-health standardisation and thus reducing this complexity is a key objective of standardization.

Healthcare Interoperability: the big debate!

Are international standards the most important factor in healthcare interoperability?A reader poll ahead of the Healthcare Interoperability conference in Birmingham decided that they were. But what would expert debaters and their audience think on the day? Fiona Barr reports.

Are international standards the key to long-lasting success in healthcare interoperability - or are they sometimes doing more harm than good? That, essentially, was the question posed by those speaking in the debate at E-Health Insider’s Healthcare Interoperability conference in Birmingham.

For the motion

Paul Woolman, ehealth information architect in the ehealth directorate of the Scottish Government, proposed the motion that: “This House believes that international standards are the most important factor in achieving interoperability in healthcare.”

He argued that interoperability is not only about achieving the technical transfer of data, but also about ensuring that the clinical meaning is understood. To get that to work, successful international standards are essential, he said. “You can do things with local solutions but to do things that last for a long time you need international standards,” he added.

His view was backed up by Philip Scott, a board member of HL7 and head of IT projects and development for Portsmouth Hospitals NHS Trust.

Scott argued that standards were not a bar to life in the real world and standards such as those used in debit cards were proof that international standards could work. “Standards have to be international because vendors are operating in a global market,” he said.

And against

The case against the motion was put forward by Martin Strange, head of health IT at Lloyds Pharmacy. Strange said he believed that some standards were “the greatest impediment” to interoperability and that open, national standards were much more important. He said these could retain flexibility while delivering functionality and: “We need that flexibility.”

Strange was backed by Ian Herbert, an independent health informatician and vice-chair of the British Computer Society’s Health Informatics Forum.

Herbert argued that international standards are not developed in a coherent manner and not always developed by the most appropriate people to do the job. He also said features that were relevant to the US were not always relevant in the UK - and vice versa – while international standards were difficult to change and complex to maintain.

“What actually matters is reliable and consistent use of standards, and international standards don’t make this any easier,” he said.

Open for debate

The four debaters were questioned about the commercial impact of different standards on suppliers who want to market their software worldwide.

Woolman said there was evidence from the medical devices market of big companies being willing to work together on standards to try and defer some of the costs - which could then benefit smaller suppliers.

But Herbert argued that while international companies liked to work to international standards this could also be a bar to innovation among smaller companies. He said that, for example, the cost of getting products tested by NHS Connecting for Health, the agency that runs the National Programme for IT in the NHS, could be prohibitive. “Some of these complex standards are actually doing some harm as well as good,” he said.

Dr Mary Hawking, a GP in Bedfordshire, asked whether international standards should be introduced for information itself, given that healthcare interoperability was all about moving patient data around.

Scott responded that clinical practice differed across the globe and that achievement would have to be limited to some sort of summary, highlighting the proposals for a European health record summary.

Others in the audience suggested that introducing standards for clinical content was critical before anything else was tackled. The newly-published standards developed by the Royal College of Physicians were welcomed as a good first step. “Unless we address the clinical content we have nothing to convey,” one doctor said.

Summing up for those supporting the motion, Woolman said national standards were never going to be enough. “Medicine is an international business. Companies work internationally. They want to use international standards. International standards have to be used in the long term,” he said. However, the motion was lost by just one vote.

(Source : http://www.ehealtheurope.net)