Friday, April 24, 2009

Hijrah - Suatu Perjuangan Jihad Menuju Kecemerlangan Abadi

Hari ini adalah hari terakhir seorang sahabat saya, saudara Afzal Haq berkerja di UiTM sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Beliau meninggalkan UiTM kerana mendapat tawaran yang lebih baik menjawat jawatan sebagai eksekutif Fasiliti di UMW. Alasan yang beliau berikan ialah beliau ingin berhijrah dan menyambut seruan Tun Abdullah Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia, yang pernah mencadangkan supaya orang kerajaan pergi ke sektor swasta dan sebaliknya. Beliau berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik di UMW dengan berbekalkan segala kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang beliau perolehi setelah 10 tahun berkhidmat di Pejabat Penyelenggaraan (kini Pejabat Fasiliti) UiTM.

Beliau berhijrah untuk mendapatkan kepuasan berkerja kearah kecemerlangan abadi dan kepuasan diri. Pada beliau, ia adalah suatu perjuangan untuk diri beliau dan keluarga beliau ke arah sesuatu yang lebih baik.

4 comments:

Anonymous said...

semoga kerjaya en Afzal bertambah baik dan cemerlang d UMW...sama2 kita doakan.Tapi walau apa pn yg berlaku mmg ade management failure di KET..from the top level..something really happend...

Ahmad Rais Johari said...

Saya tidak boleh komen mengenai failure dalam KET sebab saya tidak berada di situ. Apa pun hijrah itu adalah satu perjuangan. Semoga beliau berjaya dan terus cemerlang.

Anonymous said...

management failure?? Tekejut mendengarnya..

Anonymous said...

elok muhasabah diri kita sendiri...
barangkali mudah untuk melihat kesilapan orang tapi susah nak menerima kesalahan diri...
bak kata kuman diseberang nampak, gajah didepan tak tahu pun...
apa2 pun...
belajar dari kesilapan...