Friday, April 26, 2013

Timbalan Pengarah Kastam maut ditembak



Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim

PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130426/je_06/Timbalan-Pengarah-Kastam-maut-ditembak#ixzz2RaiOy2r0  © Utusan Melayu (M) Bhd