Showing posts with label ESQ165. Show all posts
Showing posts with label ESQ165. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

20 Usul oleh Imam Hassan Al-Banna - Titik Pertemuan Penyatuan Ummah

ASAS PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh, syumul sifatnya, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah cara hidup, ia adalah negara bagi pemerintah, rahmat bagi ummat dan rahmah bagi ummah. Ia adalah akhlak, amalan, kesejahteraan dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

ASAS KEDUA:

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai. Segalanya bersalasilah.

ASAS KETIGA:

Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

ASAS KEEMPAT

Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang perlu disekat, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w).

ASAS KELIMA:

Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.

ASAS KEENAM:

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

ASAS KETUJUH:

Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), sayugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau meyempurnakan ilmunya hingga mencapai peringkat nazar.

ASAS KELAPAN:

Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan) dalam masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

ASAS KESEMBILAN:

Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku dengan membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan jalan keluar.

ASAS KESEPULUH:

Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat.

Firman Allah:

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ آُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَ

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)

ASAS KESEBELAS:

Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan, ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

ASAS KEDUABELAS:

Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

ASAS KETIGABELAS:

Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firmanNya:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَآَانُواْ يَتَّقُونَ

“Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63)

Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat yang telah ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.

ASAS KEEMPATBELAS:

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib dijauhi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca-punca kemungkaran.

ASAS KELIMABELAS:

Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah

ASAS KEENAMBELAS

Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang berikan.

ASAS KETUJUHBELAS:

Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.

ASAS KELAPANBELAS:

Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.

ASAS KESEMBILANBELAS:

Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

ASAS KEDUAPULUH:

Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

(Sumber rujukan:Principles of Hassan al-Banna)

Tuesday, May 26, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 10)

" Yang Maha Perkasa"

Nama Allah yang ke-sembilan ialah Al-Aziz, yang bermaksud Maha Perkasa, Maha Kuat, tidak dapat dikalahkan oleh sesuatu apa pun. Dialah yang mengalahkan, yang tidak dapat dikalahkan, yang menang dan tidak dapat ditakluki. Allah S.W.T mempunyai kudrat Yang Maha kuat dan Maha Perkasa.Tiada sesuatu yang dapat menewaskanNya kerana Dia Maha Perkasa. KeperkasaanNya merangkumi seluruh alam, dilangit dan dibumi. Dia Maha Perkasa daripada awal yang tiada permulaan sehingga akhir yang tiada penghujung. Keperkasaan Allah ini dapat dilihat pada sekalian alam, termasuk pada segala yang ada dibumi dan dilangit, pada segala kejadian dan penciptaan makhlukNya, pada air, pada tanah, pada angin dan pada api.

Sebagai contoh kita ambil kekuatan air lautan, semasa berlaku tsunami di Aceh pada 2004, kita melihat melalui kaca tv bagaimana bangunan yang besar dan kukuh dibawa oleh arus tsunami, ribuan manusia mati, rumah musnah dan sebahagian daripada Aceh menjadi seperti padang jarak, padang terkukur.

Betapa kekuatan air boleh memusnahkan seluruh kehidupan. Kekuatan api yang bisa membakar ratusan hektar hutan semasa kebakaran sebagaimana yang berlaku di Australia, kekuatan angin yang bisa menerbangkan rumah dan bangunan semasa puting beliung. Kekuatan kilat semasa percikan cahaya menyambar, Ia dipanggil malapetaka. Tiada kekuatan yang dapat menghalangNya. Itu adalah sebahagian keperkasaan Allah yang Ia tunjukan kepada kita. Hakikatnya, Keperkasaan Allah tidak terbanding kekuatanNya kerana terlalu dan teramat hebat adaNya.

Bagaimana kita menumbuhkan sifat Al-Aziz ini didalam diri kita sehingga seluruh tubuh, pemikiran dan jiwa kita diselumbungi sifat perkasa tersebut? Bagi menjawab persoalan ini, kita sewajarnya melihat kepada diri kita sendiri, dimana kekuatan kita dan menilai diri dimanakah kelemahan kita, kita perlu melatih diri untuk menjadi lebih baik dan terus lebih baik, kekuatan yang kita miliki kita mantapkan, kelemahan yang kita miliki kita atasi, supaya hari ini kita kuat dan hari esok kita menjadi bertambah kuat. Proses ini kita lakukan setiap hari, akhirnya diri kita akan menjadi bertambah baik, bertambah kuat dan semakin perkasa. Kekuatan dalam aspek jasmani dan rohani.

Monday, May 25, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 9)

"Yang Maha Memelihara"

Nama Allah yang kelapan ialah Al-Muhaymin, Ia bermaksud "Yang Maha Memelihara". Allah S.W.T adalah yang mengatur, menjaga dan memelihara serta menentukan rezeki, kehidupan dan umur MakhlukhNya. Dia juga yang mengawasi dan melindungi segala sesuatu. Dia juga Maha Memerhati, Menjaga serta menaungi hamba-hambaNya dalam semua keadaan. Dia yang memerhati segala sesuatu dan tiada sesuatupun yang terlepas daripada pengawasanNya. Dialah yang mentadbir dan mengurus segala sesuatu daripada yang mikro sehinggalah yang makro.

Perhatikan pada alam yang luas ini, renungi pada pertukaran siang dan malam, perhatikan pada diri sendiri kita sendiri, perjalanan degupan jantung yang mengedarkan darah ke seluruh anggota tubuh, lihat pada bulan dan kaitannya dengan pasang surut lautan, peredaran bulan dan matahari, segalanya berjalan mengikut hukum alam yang telah ditetapkan Allah. Semuanya dibawah pengawasan, peliharaan dan pentadbiranNya.

Bagaimana menerapkan sifat Allah Al-Muhaimin ini ke dalam diri, meresapinya ke hati dan menjadi budaya melalui tindakan kita? Menjawab persoalan ini, mari kita lihat pada kehidupan harian kita, bermula daripada subuh sehingga ke subuh pada hari berikutnya, bermula dari hari ke hari yang berikutnya pada minggu hadapan, bermula dari bulan sehingga ke bulan yang sama pada tahun hadapan dan seterusnya.

Sepanjang melalui hari-hari yang mendatang, sewajarnya kita memelihara kejujuran kita bila melaksanakan sesuatu, menjaga tanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas, kita memelihara displin semasa melaksanakan sesuatu tugasan, memelihara kerjasama dengan rakan sejawat, memelihara wawasan dan halatuju kita, menjaga keadilan kita terhadap diri sendiri dan orang lain, menjaga rasa prihatin kita terhadap orang dipersekitaran kita yang sama-sama membantu kita. Jika kita berzikir 100 kali dengan menyebut Al-Muhaimin, Insyaallah Allah akan memelihara kita zahir dan batin dimana hati menjadi bersih dan terang.

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 8)

"Yang Mengutamakan Keamanan"

Nama Allah yang ketujuh ialah Al-Mukmin, yang bermaksud "Yang Mengutamakan Keamanan" ada juga yang mentafsirkan sebagai "Yang Mengurniakan Keamanan". Ada juga ulamak menafsirkan Al-Mukmin sebagai "Yang Maha Membenarkan", ada juga yang mentafsir Al-Mukmin sebagai "Yang Maha Melindungi". Samada "Yang Mengutamakan Keamanan", "Yang Mengurniakan Keamanan" , "Yang Maha Membenarkan" atau "Yang Maha Melindungi" prinsipnya adalah sama, iaitu Dia adalah Dzat yang Maha Membenarkan, Dia membenarkan DiriNya, Malaikat-MalaikatNya, Rasul-RasulNya, Kitab-KitabNya, Membenarkan Qada dan QadarNya dan membenarkan Hari Kemudian (Hari Pembalasan). Apabila Dia membenarkan segala janji-janjiNya kepada hambaNya dan hamba-hambaNya mengakui kebenaran akan janji-janjiNya itu, maka secara automatik, Dia juga mengurniakan keamanan kepada hamba-hambaNya dan secara langsung Dia (Allah) juga mengutamakan keamanan dan menjadi pelindung kepada hamba-hambaNya.

Pokok dan syaratNya yang utama dalam perhubungan ini , ialah hamba-hambaNya perlu mengakui dahulu kebenaran rukun iman, kemudian barulah Allah mengurniakan keamanan dan mengutamakan keamanan kepada hamba-hambaNya yang mengimaniNya. Kemudian akan lahir rasa aman pada hati hamba-hambaNya yang mengakui kebenaran Allah S.W.T. Menikmati perlindungan dan keamanan dariNya kerana kepatuhan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Keamanan zahir dan keamanan batin, perlindungan zahir dan perlindungan batin daripadaNya (Allah). Secara fitrahnya semua manusia mencintai keamanan, semua manusia membenci peperangan. Peperangan hanya akan berlaku bila manusia tidak berpegang kepada tali Allah yang terangkum dalam sifat "Al-Mukmin" Allah S.W.T itu.

Bagaimana kita menerapkan sifat Al-Mukmin ini didalam jiwa, pemikiran dan tindakan kita? Jawabannya mudah, kita mulai dengan membenarkan 6 rukun iman sebagai prinsip hidup dan melaksanakan 5 rukun islam berdasarkan hati kita yang ikhlas seperti Allah melihat kita walaupun kita tidak melihat Allah. Maka jadilah kita muslim yang mukmin. Segala tindakan dan perbuatan kita meletakan Allah dihadapan sebagai benteng keamanan, kepercayaan dan perlindungan. Insyaallah kita sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Dengan berzikir "Ya Mukmin" sebanyak 136 kali dengan memahami maksudnya akan menyebabkan anda, keluarga anda sentiasa dilindungi Allah dan harta benda anda dilindungi daripada dicuri orang.

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 7)

" Yang Maha Sejahtera"

Nama Allah yang ke-enam ialah As-Salam, yang bermaksud Yang Memiliki Kesejahteraan dan Keselamatan, Allah S.W.T adalah dzat yang memiliki segala kesejahteraan dan keselamatan, Allah Maha Sejahtera ke atas diriNya, Ia sentiasa sihat, sentiasa sejahtera dan sentiasa selamat. Allah bebas daripada sebarang penyakit, masalah kesihatan, malapetaka dan lain-lain kekurangan yang berkaitan kesejahteraan atau keselamatan sebagaimana manusia. Maha Sejahtera Allah daripada awal yang tiada permulaan sehingga akhir yang tiada bernoktah. Allah tidak memerlukan pengawal peribadi untuk memastikan Ia selamat. Allah tidak memerlukan doktor untuk memastikan Ia sentiasa sihat sejahtera. Allah adalah Dzat yang maha sempurna, yang berdiri dengan sendiriNya dengan penuh kesejahteraan dan keselamatan.

Dzat dan Sifat Maha Sejahtera Allah itu terpancar pada di alam ini melalui kejadian langit dan bumi, pada penciptaan manusia dan segala makhlukNya, lihat dan renungkan, betapa sejahteranya peredaran bulan, bumi, matahari dan planet-planet yang lainnya sehingga mereka tidak berlanggaran antara satu sama lain, lihat dan renungkan pada api, air, tanah dan angin, betapa api memberikan kesejahteraan untuk kita memasak masakan, betapa air memberikan kesejahteraan ketika kita meminumnya ketika kehausan, betapa tanah memberikan kesejahteraan kepada kita dengan menumbuhkan tanaman yang kita tanam diatasnya , betapa angin memberikan kesejahteraan ketika kita bernafas.

Bagaimana kita menerapkan sifat Maha Sejahtera Allah ini ke dalam diri kita? Kesejahteraan sering dikaitan dengan selamat, sihat wal afiat, kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Apabila kita memberikan salam "Asalamualaikum" kepada seseorang, ia bermaksud kita memohon kepada Allah supaya memberikan kesejahteraan yang berupa kesihatan yang baik, selamat dari malapetaka, diberikan ketenangan jiwa dan kebahagiaan kepada orang tersebut. Apabila salam kita dijawab dengan "Waalaikumusalam" , bermaksud orang yang menerima salam daripada kita tadi, memohon kepada Allah supaya kita dikurniakan perkara yang sama, justeru itu, berikanlah salam kepada sesama muslim ketika kita bertemu. Jadikan ia satu budaya dalam hidup kita. Insya-Allah jika demikian budaya anda, maka anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, bebas daripada kemalangan dan malapetaka, sentiasa bahagia dan dikurniakan ketenangan jiwa oleh Allah S.W.T Berzikir sebanyak 136 kali dengan menyebut 'Ya Salam' akan menyembuhkan penyakit yang kita alami, demikian juga, ia boleh menyembuhkan penyakit orang lain.

Thursday, May 21, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 6)

" Yang Maha Suci"

Al-Qudus adalah nama Allah yang kelima. Al-Qudus bermaksud Allah Yang Maha Suci, Allah suci daripada segala sifat kerendahan, sifat kekurangan, sifat keburukan, sifat baru sebagaimana makhlukNya dan sifat kerosakan. Allah Maha Bersih daripada sifat-sifat tersebut. Allah S.W.T adalah Zat Maha Sempurna yang suci, murni dan bersih, pada zahir dan batin, daripada awal sehingga akhir dari sifat-sifat kelemahan, kekurangan, kenegatifan dan keburukan. Allah S.W.T itu bersifat Maha Agung dan Maha Tinggi. KesucianNya itu menjadikan Dia Maha Bersih, Maha Cantik, Maha Kemas, Maha Tersusun dan Maha Menginspirasikan. Dia ialah Dzat yang mengilhamkan inspirasi melalui sifatNya Yang Maha Suci dan Yang Maha Bersih.

Bagaimana kita menumbuhkan sifat Maha Suci Allah S.W.T itu didalam diri kita? perkara ini dapat kita fahami apabila kita kembali kepada fitrah semulajadi manusia, secara fitrahnya semua manusia suka dan ingin kepada kesucian dan kebersihan, apabila kita memandang sesuatu yang suci dan bersih, hati kita akan suka, gembira, rasa terhibur dan rasa seronok , menyebabkan kita terus ingin memandang sesuatu yang suci dan bersih itu, mahu terus duduk disitu , kerana pada sesuatu yang suci dan bersih ada kelembutan, ketenangan dan sumber inspirasi.

Justeru itu maka sewajarnya kita menyerap sifat suci Allah ini dengan sentiasa menjaga kebersihan pada diri sendiri, menjaga kebersihan tempat kita tinggal, sentiasa kemas, sentiasa cantik dan sentiasa teratur. Harta yang kita perolehi daripada kurniaan Allah juga perlu kita bersihkan dengan mengeluarkan zakat.

Hati yang suci adalah hati yang bebas daripada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, benci dan sakit hati. Hati yang suci, murni dan bersih adalah hati yang bebas daripada prasangka buruk, memegang prinsip hidup yang salah, membuat kesimpulan berdasar pengalaman yang negatif, mempunyai kepentingan peribadi bila melakukan sesuatu, melihat pada sudut pandang yang salah, suka membanding-banding dan bersikap fanatik terhadap sesuatu. Itulah sifat Allah Yang Maha Suci yang perlu kita terapkan didalam hati kita, kelak pemikiran kita dan tindakan kita akan berdasarkan suara hati yang meletakan Allah S.W.T dihadapan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kesucian juga sering dikaitankan dengan putih, jernih, asli dan bening, ia juga adalah simbul bersih daripada noda dan dosa serta tidak mengikut kehendak nafsu haiwani.

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 5)

"Yang Maha Kuasa"

Nama Allah yang ke-empat ialah Al-Malik iaitu Yang Maha Kuasa. Dalam Al-Quran ada disebut Al-Azizul Malik yang bermaksud Yang Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Maalikul Mulk bererti Yang Maha Memiliki segala kekuasaan, Al-Malik bererti Raja Yang Maha Kuasa, ada juga yang mentafsirkan Al-Malik dengan maksud Maha Merajai atau Maha Memerintah. Apapun tafsiran tersebut, prinsipnya ialah Allah S.W.T adalah Zat Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Menjaga hukum-hukamNya atas alam semesta yang dipanggil hukum alam, hukum sebab dan akibat. Allah Yang Maha Kuasa bererti KemampuanNya, KeupayaanNya, KebolehanNya, kudratNya, tenagaNya, pengaruhNya, kerajaanNya dan pemerintahNya Maha Tinggi, Maha Sempurna dan Maha Agong terhadap segala sesuatu.

Kuasa Allah itu wujud pada sekalian makhlukhNya samada dilangit dan dibumi dalam pelbagai bentuk. Daripada pelbagai kuasaNya itu wujud kerajaanNya di langit dan di bumi. KuasaNyalah yang memberi tenaga pada elektron yang mengelilingi inti atom, mengerakkan bumi beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari, menghidupkan sel-sel didalam tubuh manusia dan pelbagai lagi.

Dalam konteks politik, KUASA selalu dikaitkan dengan pemerintahan dan kerajaan, dalam demokrasi, kuasa pemerintahan diberikan kepada rakyat yang terbanyak melalui pemilihan, contohnya, Barrack Obama dilantik menjadi President Amerika Syarikat setelah mendapat undian terbanyak daripada rakyat Amerika melalui pilihanraya. Dalam bidang mekanikal KUASA selalu dikaitkan dengan keupayaan dan kekuatan sesuatu enjin yang dipanggil kuasa kuda, semakin besar kuasa kuda enjin tersebut semakin kuatlah keupayaan enjin tersebut, dalam bidang elektrik kuasa, ia diertikan sebagai hasil darab beza upaya dan arus elektrik yang diukur dalam kilowatt. Semakin besar kuasa sesuatu peralatan elektrik maka semakin besarlah tenaga elektrik diperlukan untuk menggunakan alat tersebut. Kesimpulannya, kuasa melambangkan pengaruh, kekuatan, hak, prestaj dan kerajaan. Ada orang yang dipanggil gila kuasa kerana sifatnya yang terlalu rakus dengan kuasa.

Bagaimana sifat Allah Yang Maha Kuasa ini ditumbuhkan dalam diri, jiwa dan tindakan kita? Perkara ini dapat difahami dengan mengambarkan diri kita sebagai Raja kepada anggota-anggota komponen tubuh yang lain, tubuh kita yang satu ini terbina daripada anggota-anggota yang lain seperti kepala, dahi, mata, telinga, tangan, dada, perut, kaki dan lain-lain lagi. Dalam tubuh kita ada jantung, hati, urat, tulang dan sebagainya. Dalam kepala kita ada otak, saraf dan pelbagai lagi. Tiga komponen utama iaitu body, mind and soul ini membentuk diri kita yang satu ini.

Justeru itu, diri kita yang satu ini perlu menjadi Raja kepada body, mind and soul. Kita perlu berkuasa untuk menguasai pemikiran supaya dekat dengan Allah, mempengaruhi anggota tubuh untuk melakukan perlakuan yang diredhai Allah, mengarahkan jiwa supaya tunduk kepada Allah dengan kuasa ihsan, cahaya iman dan sinar islam. Contohnya, semasa solat, kita berkuasa untuk membersihkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah , berkuasa mengarahkan anggota tubuh untuk melaksanakan 13 rukun sembahyang dengan baik, tertib dan sempurna, berkuasa merajai pemikiran khusyuk kepada Allah. Contoh yang lain, semasa melaksanakan tugas harian kita dipejabat kita berkuasa melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan kemampuan, keupayaan, kebolehan, kudrat, tenaga, pengaruh, kerajaan tubuh dan pemerintah diri ke tahap terbaik, cemerlang dan sempurna. Dengan demikian hasil daripada pekerjaan kita akan menjadi terbaik dan sempurna.

Dengan berzikir " Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah gelincir matahari , maka dengan izin Alah kita akan sentiasa dihargai orang secara sewajarnya dan hidup dalam kecukupan.

Wednesday, May 20, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 4)

" Yang Maha Pengasih"

Ar-Rahim adalah nama Allah yang ke-tiga, maksudnya Allah itu Maha Pengasih, Dia mengasihi semua hambaNya yang beriman kepadaNya. Ada juga yang mentafsir Ar-Rahim sebagai Yang Maha Penyayang, samada pengasih atau penyayang ia daripada satu rumpun, iaitu Rahmat, yang bererti murah, kasih, sayang, cinta dan rindu. Allah mengasihi, menyayangi, mencintai dan merindui hambaNya yang beriman kepada Nya, beriman kepada kalimah tauhid, "Tiada Tuhan yang disembah, melainkan Allah". Itulah sifat Allah Yang Maha Pengasih.

Apakah sebab kedua sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dijelaskan dahulu daripada nama-namaNya yang lain? Perkara ini dapat difahami jika kita bayangkan orang yang masih primitif kepercayaannya terhadap Tuhan, kita telah mengetahui bahawa kepercayaan adanya Zat Yang Maha Kuasa, adalah sama tumbuhnya dengan akal manusia. Tetapi sebahagian daripada mereka mengambarkan tuhan itu sebagai sesuatu yang amat ditakuti, amat menakutkan, seram, kejam dan ganas yang memaksa orang memujanya. Lalu disediakan sembelihan kurban sebab Tuhan itu dahaga darah kurban, lantas didirikan orang berhala yang bentuknya sangat seram, matanya terbeliak, giginya bersiong yang keluar di kiri dan kanan dari mulutnya, yang tidak hilang murkanya kalau tidak diberikan korban.

Justeru, sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim mengambarkan sifat utama Tuhan, iaitu Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Allah itu bukan pembenci dan pendendam, bukan haus darah kurban. Bukan kejam, ganas, menyeramkan dan menakutkan. Allah itu sebagaimana namaNya yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Bagaimana kita menumbuhkan sifat Ar-Rahim Allah itu ke dalam jiwa, pada pemikiran dan tindakan kita? Perkara ini dapat dilakukan dengan menyemai perasaan cinta, kasih dan sayang secara tulus ikhlas kerana Allah kepada sesama muslim, bermula daripada ibubapa, ahli keluarga terdekat, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan seperjuangan, orang dipersekitaran kita dan sebagainya. Bila sifat Ar-Rahim ini tumbuh dalam hati kita maka kita tidak akan menyakiti hati dan mengecewakan orang yang kita cinta, kasih dan sayang itu kerana cinta, kasih dan sayang kita itu kepada mereka adalah kerana Allah. Dengan berwirid 100 kali sehari menyebut YA-RAHIM akan melembutkan hati orang lain untuk menyayangi anda dan anda menyayangi orang lain, menyebabkan urusan anda dengan orang lain akan menjadi mudah dan senang.

Tuesday, May 19, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 3)

"Yang Maha Pemurah"

Ar-Rahman adalah nama Allah S.W.T yang kedua. Maksudnya Yang Maha Pemurah. Allah itu Maha Pemurah kepada semua makhlukNya, melalui sifat RahmanNya, semua makhlukNya, dari golongan malaikat, jin, syaitan, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, langit dan bumi, matahari dan bulan, bintang dan segala galaksi diangkasa lepas, dan seluruh makhluknya dibumi dan dilangit mendapat kemakmuran yang tidak dapat diperhitungkan lagi banyaknya kerana sifat RahmanNya itu.

Ada juga yang mentafsirkan Ar-Rahman sebagai Yang Maha Pengasih, samada Yang Maha Pengasih atau Yang Maha Pemurah, prinsipnya sama, iaitu bersifat 'memberi' atau 'mengurniakan', selaras dengan firmannya dalam hadist kursi "Aku perbendaharaan yang tersembunyi".

Pada malaikat dikurniakanNya ketaatan dan kebaikan, pada syaitan dikurniakanNya kemungkaran dan kejahatan, yang daripada kemungkaran dan kejahatan itu, manusia mengenal ketaatan dan kebaikan, pada Jin dikurniakan-Nya umur yang panjang, pada manusia dikurniakan akal dan fikiran, pada haiwan dikurniakanNya nafsu, pada tumbuh-tumbuhan dikurniakanNya klorofil hijau, pada matahari dikurniakanNya cahaya, pada bulan dikurniakan-Nya sinar, pada bintang dikurniakanNya petunjuk dan begitulah seterusnya.

Itulah Allah yang bersifat Ar-Rahman. Pada manusia dikurniakanNya tanah, air, angin dan api untuk manfaat seluruh manusia, samada manusia itu mungkar atau taat kepadaNya, mereka tetap menerima manfaat kurniaan daripada sifat Ar-RahmanNya. Samada Yahudi, Nasrani, Islam, Hindu, Buddha hatta orang aties sekalipun (tidak percaya kepada Tuhan) menerima manfaat daripada sifat Ar-RahmanNya itu.

Bagaimana kita menyerapkan sifat Rahman di dalam jiwa, pemikiran dan tindakan kita? tindakan pertama yang kita perlu lakukan ialah membebaskan hati kita daripada buruk sangka, prejudis dan niat buruk kepada sesiapapun, samada muslim atau non-muslim, islamik atau non-islamik. Bebaskan hati daripada belenggu prasangka buruk kepada sesiapapun. Bila hati telah jernih, bening dan bersih, maka sifat Rahman itu akan subur dan mekar dalam diri.

Hasilnya ialah jika Lim Kit Siang yang beragama Buddha dalam kesusahan kita hulurkan bantuan membantu beliau, jika Murugiah yang beragama Hindu dalam kepayahan kita berikan pertolongan menolong beliau, jika Mahadir yang beragama islam dalam kesukaran kita redakan kesukaran beliau, begitulah seterusnya. Kita bersifat suka 'memberi', suka 'menolong' dan suka 'membantu', itulah caranya kita memasukan sifat Ar-Rahman Allah itu ke dalam diri kita. Sehingga diri kita menjadi sebati dengan sifat pemurah, suka menderma, suka membantu, suka memberi, suka menolong dan suka menasihat.

Jika kita berzikir "Ya Rahman" sebanyak 500 kali selepas selesai solat 5 waktu, serta memahami dan menghayati makna AsmaNya itu akan menjadikan kita bersifat kasih sayang, pemurah dan pengasih. Insyaallah dengan demikian atas izin Allah, hati akan menjadi terang dan tidak mudah lupa.

Monday, May 18, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 2)

99 Nama Allah S.W.T ialah 1. Allah 2. Al-Rahman 3. Al-Rahim 4. Al-Malik 5. Al Qudus 6. As-Salam 7. Al-Mukmin 8. Al-Muhaymin 9. Al-Aziz 10. Al-Jabbar 11. Al-Mutakabir 12. Al-Khaliq 13. Al-Baari' 14. Al-Musawwir 15. Al-Ghaffar 16. Al-Qahhar 17. Al-Wahhab 18. Ar-Razzaq 19. Al-Fattah 20. Al-Alim 21. Al-Qaabid 22. Al Baasit 23. Al-Khaafid 24. Ar-Raafi' 25. Al Mu'izz 26. Al-Muzil 27. As-Sami' 28. Al-Basir 29.Al-Hakam 30. Al-'Adlu 31. Al-Khabir 32. Al-Halim 33. Al-'Azim 34. Al-Ghafur 35. Asy-Syakur 36. Al-'Aliyu 37. Al-Kabir 38. Al-Hafiz 39. Al-Muqit 40. Al-Hasib 41. Al-Jalil 42. Al-Karim 43. Ar-Raqib 44. Al-Mujib 45. Al-Waasi' 46. Al-Hakim 47. Al-Wadud 48. Al-Majid 49. Al-Baa'its 50. Asy-Syahid 51. Al-Haqqu 52. Al-Wakil 53. Al-Qawiyu 54. AL-Matin 55. AL-Waliyu 56. Al-Hamid 57. Al-Muhsi 58. Al-Mubdi'u 59. Al-Mu'idu 60. Al-Muhyi 61. Al-Mumit 62.Al-Hayyu 63. Al-Qayyum 64. Al-Waajid 65. Al-Maajid 66. Al-Waahid 67. Al-Ahad 68. As-Samad 69. AL-Qaabir 70. Al-Muqtadir 71. Al-Muqaddim 72. Al-Muakhir 73. Al-Awwal 74. Al-Akhir 75. Az-Zahir 76. Al-Baatin 77. Al-Waali 78. Al-Muta'ali 79. Al-Barru 80. At-Tawwabu 81. Al-Muntaqim 82. Al-Al-'Afuwu 83. Ar-Ra'ufu 84. Maalikul-Mulki 85. Dzul-Jalaali Wal-Ikram 86.Al-Muqsith 87. Al-Jaami'u 88. Al-Ghaniyu 89. Al-Mughni 90. Al-Maani'u 91. Adh-Dharru 92. An-Naafi'u 93. An-Nuur 94. Al-Haadi 95. Al-Badi'u 96. Al-Baaqi 97. Al-Waarits 98. Ar-Rasyid dan 99. As-Sabbur. Inilah yang dinamakan Asma Ul Husna. Inilah nama Allah dan mencerminkan sifatNya melalui nama tersebut yang Maha Agung, Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Sempurna. 99 nama ini wajar kita tanam dan suburkan dalam diri, jiwa dan pemikiran kita sehingga ia subur menghijau dan segar mekar sehingga semua tindakan kita adalah cerminan daripada 99 nama tersebut.

Dalam post ini kita mulakan dengan nama Allah S.W.T yang pertama iaitu ALLAH. ALLAH adalah Zat Yang Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Kuasa. Zat Pencipta Seluruh Alam, langit dan bumi, matahari dan bulan, dan seluruh yang ada. DIA adalah yang wajibul wujud, yang sudah pasti ADA, yang mustahil tiada. Dalam bahasa melayu kuno dapat diertikan sebagai Dewa atau Tuhan. Segala sesuatu yang dianggap sakti dan dipuja. Pada batu bersurat Terengganu yang ditulis dengan huruf arab, kira-kira tahun 1303 Masehi, kalimat Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah diertikan dengan Dewata Mulia Raya. Lama kelamaan, perkembangan bahasa melayu dan indonesia semakin maju, kata-kata dewa tidak dipakai lagi bagi mengungkap Tuhan. Tuhan dalam konteks bahasa melayu dan indonesia adalah merujuk kepada ALLAH. Dalam perkembangan bahasa masa kini, sayugia diperingatkan bahawa istilah Tuhan antara orang islam dan kristian adalah berbeza.

Kita orang islam apabila menyebut Tuhan ia merujuk kepada ALLAH, Zat Yang Berdiri Dengan sendiri Nya, kepada Nya kita memohon segala sesuatu, tidak beranak dan diperanakan, dan tidak ada yang menandingiNya sesuatu jua pun, berbeza dengan orang kristian apabila menyebut Tuhan ia merujuk kepada Yesus Kristus, kadang-kadang bercampur baur, sebab menurut ajaran mereka tuhan adalah 'Triniti", atau Tri-Tunggal, yang tiga tetapi satu, dia yang satu tetapi tiga. Dia yang tiga tetapi satu itu ialah Tuhan bapa, Tuhan anak(Isa Al Masih) dan Tuhan ibu (Rohul Kudus). Mereka menyebutnya "Tuhan Yesus". Jadi Tuhan dalam kacamata Islam dan kristian adalah berbeza. Allah tidak dapat digambarkan oleh imiginasi pemikiran manusia, jika Ia dapat digambarkan maka ia bukan Allah.

Bagaimana kita menanam nama ALLAH di dalam jiwa, tubuh dan pemikiran kita sehingga ia subur, mekar dan sebati? Jawaban nya ialah kita mulakan segala aktiviti rutin dalam kehidupan dengan memulakannya dengan nama ALLAH seperti membaca Bismillah, sebaik sahaja tersedar daripada tidur disubuh hari, semasa bangun kita ucapkan Alhamdulilah kerana Allah masih memberikan nafas untuk kita hidup, gosok gigi kita mulakan dengan Bismillah, bila mandi kita baca bismillah, mendirikan solat subuh kita mulakan dengan niat kepada Allah, kita masuk kenderaan untuk ke pejabat kita mulakan dengan nama Allah, melangkah kaki turun dari kenderaan ke pejabat kita sebutkan Allah, mengadap komputer untuk memulakan kerja kita mulai dengan Bismillah, masa sarapan pagi kita mulai dengan Bismillah, kita sambung kerja lagi selepas sarapan kita mulai dengan Bismillah, bila tiba masa rehat tengah hari kita ucapan nama Allah, semasa menyambung kerja semula kita ucapkan Allah.

Malahan semasa nafas naik zikirkan Ya Allah dan semasa nafas turun zikirkan Ya Allah. Zikir ini dinamakan zikir Ismudz Zat, yang terkumpul seluruh fadhilat zikir Al Asma ul Husna. Mereka yang mengamalkannya dengan hati yang khusyuk dan memenuhi segala tertib, rukun dan syaratnya semata-mata mengharapkan keredaan Allah S.W.T, Insyallah akan mendapat manfaat yang tidak terhingga nilainya. Berzikir Ismudz Zat sebanyak 5000 kali setiap hari dengan mengikut kaedah-kaedahnya yang benar akan memberikan fadilah kebersihan rohani dan merupakan syarat mutlak untuk dapat menghubungkan diri dengan Zat Yang Mahasuci Isyaallah.

Zikir Ya Allah itu boleh disebutkan secara jahar(kuat) atau secara sirr(perlahan dalam hati). Digalakkan secara sirr supaya tidak menimbulkan fitnah. Zikirkan Allah, Allah, Allah Ya Allah sepanjang masa, setiap ketika dan setiap masa di dalam hati kita. Lakukan sehingga zikir itu meresap ke dalam pemikiran separa sedar (subconscious mind) kita. Insyaallah, Anda akan bertemu suatu kenikmatan jiwa berupa kelapangan dada, ketenangan fikiran dan kejernihbeningan jiwa yang tidak terungkap dengan kata-kata tapi dirasai didasar hati.

Friday, May 15, 2009

Wajah-Wajah Alam Semesta - Betapa Manusia Terlalu Kerdil Disebalik Alam Semesta Yang Terlalu Luas



"Wajah-wajah alam semesta yang dirakam oleh The Hubble Heritage Project . Tanda kebesaran Illahi akan kewujudanNya"

Wednesday, May 13, 2009

SURIA TERBENAM JUA - Ajaran "Pandang Ke Timur"

Bagaimana Jepun Membangun?

Apabila Jepun mula maju ke arah permodenan semasa Pemulihan Meiji 1868, peringkat pendapatanya hampir sama dengan india dalam tahun 1960. Jepun adalah sebuah negara yang tidak pernah dijajah tetapi ia adalah negara yang menjajah. Di Jepun, kelas samurai yang berpendidikan sedia menerima pembaharuan dan berusaha melaksanakan permodenan ekonomi. Prinsip takdir yang mengikat menjadi ikatan antara pekerja dan majikan menyebabkan mereka saling bantu membantu untuk mencapai kemajuan syarikat.

Zaman Shogon Tokugawa membawa Jepun ke era budaya ilmu, pada zaman tersebut penyelidikan sains dan teknologi digalakkan, kelas feudal dihapuskan, meritokrasi dicambahkan dan diamalkan di semua peringkat masyarakat. Melalui peranan kerajaan yang luas, Jepun meningkatkan pengeluaran dan menyertai industri-industri pertumbuhan tinggi dan mengelakkan pelaburan yang bertindih. Pada hari ini, selepas 140 tahun daripada Pemulihan Meiji, Jepun telah menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia.

Sunday, May 10, 2009

ESQ Model: ESQ Training


ESQ Model

The ESQ Leadership Training consists of :

1 Value - How to feel God consciousness. The modules are:

  • Inner Journey
  • Outer Journey
  • Zero Mind Process
6 Principles - How to internalise core values. The modules are:
  • Star Principle
  • Angel Principle
  • Leadership Principle
  • Learning Principle
  • Vision Principle
  • Well-Organised Principle

5 Actions - How to sustain the principles and core values. The modules are:

  • Mission Statement
  • Character Building
  • Self-Controlling
  • Strategic Collaboration
  • Total Action

Saturday, May 9, 2009

Mengetahui Hakikat Sesuatu Yang Di Ingat - oleh Imam Al-Qusyairi (Part 1)

"Kepunyaan Allah nama-nama yang indah"
- (Al-A'raf 7:180).

Nama-nama itu disifatkan indah kerana ia berupa sifat-sifat ketinggian, keagungan dan keluhuran yang dimiliki oleh Allah S.W.T. , 99 nama-nama itu mencerminkan 99 sifatNya Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung dan Yang Maha Sempurna. Kita sebagai hambaNya yang dikurniakan oleh Nya akal, boleh membaca, mengira, menulis, boleh memahami dan boleh menghayati erti 99 nama tersebut sewajarnya menerapkan 99 sifat-sifat tersebut ke dalam diri kita ketahap yang terbaik dan sesempurna mungkin di atas kapasiti kita sebagai hamba. Dengan demikian, barulah sempurna pengabdian dan penghambaan kita itu kepada Nya.

Sesiapa yang menyebut satu nama daripada nama-namaNya, serta memuja dan memuji dengan satu sifat daripada sifat-sifatNya (berzikir), maka sebutan itu pun menuntutnya supaya menumbuhkan sifat ke dalam diri nya sesuai dengan apa yang disebutnya dalam zikir tersebut. Contohnya, Al-Rahman adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Maha Pemurah kepada segala makhluk-Nya dimana kemakmuran yang diperolehi daripada sifat Al-RahmanNya itu kepada kita itu tidak terhitung lagi, samada kepada orang muslim ataupun non muslim, binatang liar atau tumbuh-tumbuhan di dalam hutan khatulistiwa. Semua makhlukNya merasai, menikmati dan mendapat kemakmuran kerana sifatNya Yang Maha Pemurah.

Contohnya, udara yang mengandungi oksigen untuk kita bernafas, air dari gunung ganang dan mata air untuk kita minum, lautan sebagai media pengangkutan, hujan yang menyirami tanaman, tanah untuk kita bercucuk tanam, api yang kita gunakan untuk memasak dan sebagainya. Allah S.W.T melalui sifat RahmanNya mengurniakan udara, air, api dan tanah kepada semua makhlukNya samada yang baik atau yang jahat, yang mentaatiNya atau yang memungkiriNya. Semuanya mendapat faedah daripada sifat RahmanNya. Itulah maksud Allah S.W.T Yang Maha Pemurah.

Sifat Al-Rahman itu sewajarnya kita serapkan kedalam diri, jiwa dan pemikiran kita sehingga hati kita menjadi subur dengan sifat Al-Rahman. Bila sifat Al-Rahman itu menyubur dalam jiwa kita , maka, jika kita melihat Sami Vellu yang beragama Hindu di dalam kesusahan kita hulurkan tangan untuk membantu, jika kita bertemu, Ong Ka Ting yang beragama Buddha di dalam kepayahan, kita hulurkan tangan untuk menolong dan begitulah seterusnya. Jika kita melihat kucing dalam kelaparan, kita berikan makanan untuk kucing itu makan, jika kita melihat tanaman kekeringan, kita serami air supaya ia segar dan begitulah seterusnya.

Sesiapa yang telah mengenali nama Tuhannya, maka dia akan merasai kenikmatan jiwa yang tenang, menyenangiNya dan meningkatkan martabatnya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang membesarkan nilai penghargaannya kepada Allah maka Allah akan juga akan membesarkan nilai diri hambanya itu.

Wednesday, April 29, 2009

Kaizen - Budaya Kualiti Orang Jepun

Kaizen adalah falsafah orang Jepun yang dipegang teguh sehingga menjadi budaya mereka. Ia adalah sebuah proses penyerpurnaan terus menerus dan tiada noktahnya. Kaizen telah mengubah wajah jepun menjadi sebuah negara yang memiliki peradaban yang sangat maju, serta mempunyai teknologi yang mampu mengalahkan barat. Pengaruh Jepun dalam dunia perdagangan tidak dapat diperhitungkan. Malahan mereka menjadi bangsa yang berpengaruh. Kaizen tidak akan berjalan tanpa landasan oleh dorongan untuk berfikir dan belajar terus-menerus secara berdisplin, menuju ke arah kesempurnaan. Inilah rahsia kejayaan mereka. Belajar sepanjang hayat dan melaksanakan penambahbaikan berterusan sepanjang hayat.

Pada awal 80an semasa zaman Tun Mahatdir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ini adalah untuk mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan negara kita Malaysia. Ini bermakna negara-negara timur yang maju dengan cepat diambil sebagai contoh dalam usaha membangunkan negara. Jepun adalah diantara negara timur yang menjadi model ikutan Malaysia.

Pelbagai program usahasama antara Jepun dan Malaysia dilaksanakan merangkumi kegiatan ekonomi, perdagangan dan modal insan . Pada masa itu ramailah kakitangan kerajaan dan swasta terutamanya dalam bidang teknikal dihantar ke Jepun untuk belajar budaya kerja masyarakat Jepun. Harapan kerajaan mereka akan menjadi mentor untuk mementikan budaya kerja Jepun apabila pulang ke Malaysia kelak kepada kakitangan lain yang tidak menyertai program pertukaran tersebut. Tun Mahadir mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia yang mendewa-dewakan barat. Beliau ingin membuktikan orang timur juga boleh membina peradaban global. Rakyat Malaysia boleh maju sebagaimana orang Jepun jika mengamalkan budaya kerja yang baik seperti kerajinan, berdisplin, kesetiaan kepada negara dan taat kepada majikan.

Pada hari ini setelah hampir berdekad-dekad dasar tersebut dilaksanakan, orang Malaysia masih lagi berkerja mengikut cara Malaysia. Budaya Bushido , sifat samurai dan watak bunga sakura yang ada pada orang Jepun tidak dapat diserapkan, difahami dan dihayati sepenuhnya kepada orang Malaysia. Akhirnya ia hanya menjadi slogan-sloganan dan akhirnya dilupakan oleh peredaran zaman.

Tuesday, April 28, 2009

Apa Itu Training ESQ 165?

Oleh Diyanah Anuar (email: diyanah@bharian.com.my)

Pakar latihan sumber manusia yang juga pengasas model latihan kepimpinan terkenal, ESQ 165, Dr Ary Ginanjar Agustian berkata, dalam situasi global sekarang, pengurusan syarikat harus memberi tumpuan kepada soal emosional dan spiritual pekerja.

Bagi Dr Ary, inilah aspek utama yang mempengaruhi motivasi pekerja. Beliau berkata, pendekatan tidak mengenepikan aspek emosional dan spiritual sepatutnya diamalkan mana-mana organisasi, bukan hanya mengutamakan aspek intelektual seperti yang lazim ddiamalkan oleh organisasi.

Disebabkan terlalu mementingkan kecerdasan intelektual dalam semua perkara, inilah yang berlaku kepada kebanyakan organisasi gah terpaksa menghentikan operasi mereka. Rata-rata organisasi terbabit sebelum ini cuma mementingkan intelektual dan mengabai nilai emosional dan spiritual. Sedangkan elemen ini adalah ruang paling utama bagi manusia, katanya dalam pertemuan bersama Tanya Pakar.

Gabungan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual inilah menjadi teras model latihan ESQ 165 yang diperkenalkan Dr Ary sebagai latihan kepimpinan dan pembangunan manusia sejak beberapa tahun lalu. ESQ diibarat pembuka hubungan rahsia dalam dunia perniagaan, profesionalisme dan pengurusan moden. Semua aspek ini ada hubung kait dengan dasar Islam iaitu nilai keislaman, rukun islam dan rukun iman.

Kajian dan pemahaman terhadap semua elemen ini mencetuskan idea yang dinamakan ESQ (Emotional Spiritual Quotient atau Kecerdasan Emosional dan Spiritual). Idea yang diperkenalkan Dr Ary ini menjadi paradigma dalam bidang sumber manusia yang menggabungkan sains, sufisme, psikologi dan pengurusan.

Baru-baru ini, ketika menghadiri Majlis Wacana Ilmu : ESQ Dalam Bidang Pengurusan anjuran bersama UEM Academy serta Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka dengan kerjasama Pusat Kepimpinan ESQ Malaysia, Dr Ary sempat meluangkan sedikit masa ditemubual Tanya Pakar mengenai keperluan ESQ dalam pengurusan dan pembangunan manusia.

Ikuti soal jawab Tanya Pakar dengan Dr Ary.

Apa sebenarnya yang dikatakan latihan kepimpinan ESQ?

ESQ adalah latihan yang diadakan selama dua hingga tiga hari yang menggunakan modul pembangunan karakter, ESQ 165. Modul ini menyepadukan rasionalisasi dalam dunia perniagaan dengan spiritual. Latihan ini juga membimbing individu dalam membina karakter dan prinsip hidup.

Siapa kelompok individu yang memerlukan latihan seperti ini? Apakah ia khusus untuk golongan tertentu saja?

ESQ tidak khusus untuk sesuatu golongan saja tapi untuk semua. Modul ini disediakan dalam beberapa jenis berlainan untuk eksekutif, profesional, individu biasa, penuntut universiti, remaja dan kanak-kanak.

Apa yang dapat diperoleh daripada latihan ini?

Program ini bertujuan menyingkap nilai dalaman seseorang seperti kejujuran, tanggungjawab, kerjasama, disiplin, keadilan, wawasan dan keprihatinan. Semua nilai ini dimiliki setiap manusia tidak kira bangsa, pekerjaan mahupun pangkat seseorang. Dalam latihan yang mengambil masa dua ke tiga hari ini, sebahagian besar maklum balas yang diterima adalah perubahan positif peserta dalam hubungan dan tanggungjawab mereka kepada keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara.

Mengapa perlunya latihan yang menerapkan unsur kecerdasan spiritual untuk individu, organisasi dan juga masyarakat secara keseluruhannya?

Selama ini, kebanyakan pengurusan dan pembangunan sumber manusia lebih menekankan kecerdasan intelektual saja. Untuk menghadapi cabaran dunia masa kini, kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi.

Kita perlu mantapkan kecerdasan emosi yang banyak berteras persoalan what do I feel (apa yang saya rasakan). Penekanan terhadap kecerdasan emosi mampu melahirkan individu yang hebat tapi apabila mereka berdepan dengan masalah besar, kebanyakannya kecundang.

Dari situ, pengkaji menemukan sebuah lagi kecerdasan yang diperlukan untuk mengatasi kekurangan ini. Ini ialah tumpuan kepada satu lagi kecerdasan fungsi otak ketiga, di mana manusia terus mencari makna kehidupan, untuk apa mereka hidup dan untuk apa mereka bekerja. Ini yang disebut kecerdasan spiritual. Inilah yang melengkapkan keupayaan fizikal, intelektual dan emosional.

Mengapa anda katakan kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi?

Kajian mendapati, pengaruh kecerdasan intelektual (IQ) tidak lebih daripada 20 peratus daripada kejayaan seseorang. Selebihnya dipengaruhi kecerdasan lain. Kebanyakan individu yang sudah berada di tahap berjaya dari segi material berasa diri mereka terbelenggu dan masih tidak mendapat makna sebenar kehidupan mereka.

Mentaliti yang membelenggu manusia selama ini, di mana cuma mengutamakan kecerdasan intelektual, membuatkan dunia ini seolah-olah terbahagi kepada dua. Sebagai contoh, sebahagian manusia yang hidupnya berorientasikan material saja dan tidak mengambil berat hal akhirat manakala sebahagian lagi cuma berfokus kepada ketuhanan saja tapi tidak berjaya dalam soal keduniaan.

Tumpuan yang diberi kepada keperluan kecerdasan intelektual saja membuatkan wujudnya jenayah, penyelewengan dan rasuah kerana manusia begini mudah dipengaruhi unsur lain dan menyalahguna kebijaksanaan yang dimiliki.

Mereka yang berorientasikan kecerdasan intelektual semata-mata selalunya tidak tahu bagaimana hendak memanfaatkan kelebihan mereka itu. Perkara ini yang ingin diajar menerusi model ESQ 165 ini.

Bagaimana untuk menggabungkan ketiga-tiga kecerdasan ini?

Intelektual, emosional dan spiritual - ketiga-tiganya tidak dapat dipisahkan. Semua ini perlu digabungkan dan saling menyokong antara satu sama lain dalam memacu seseorang mencapai kejayaan.

Kadangkala motivasi yang diperoleh daripada sesebuah program latihan hanya bertahan untuk sesuatu tempoh saja. Kemudian, seseorang individu akan kembali kepada tabiat lama mereka. Bagaimana hendak mengekalkan motivasi yang diperoleh?

Latihan ESQ adalah latihan yang berterusan. Apa yang diperoleh dalam latihan ESQ biasanya akan menjadi (ritual) amalan peserta. Elemen yang diterapkan dalam modul ini banyak berhubung dengan unsur ketuhanan seperti Asmaul husna dan sebagainya.

Jadi, jiwa kita akan lebih tenang dan semakin hari diri kita akan bertambah baik. Apa yang menyebabkan sesetengah daripada kita tidak dapat mengekalkan motivasi yang diperoleh adalah kerana elemen ritual ini diasingkan daripada motivasi untuk mencapai kejayaan.

Bimbingan untuk mencapai kejayaan dunia dan kejayaan akhirat diasingkan. Tapi, dalam ESQ, kedua-dua bimbingan ini digabungkan untuk melahirkan manusia hebat.

Selain itu, program yang disediakan untuk alumni ESQ (mereka yang pernah menghadiri latihan ESQ) juga diadakan sebagai cara memperbaharui (recharge) motivasi yang ada.

Apakah kegiatan yang disediakan untuk Alumni ESQ selepas latihan yang mereka sertai?

Kegiatan yang disediakan untuk Alumni ada pelbagai. Alumni boleh menyertai aktiviti berbentuk forum, perjumpaan, ataupun aktiviti lain yang dianjurkan dikalangan mereka sendiri.

Sejauh mana perlunya aplikasi latihan seperti ESQ ini bagi organisasi menghadapi kemelut kesuraman ekonomi seperti yang dihadapi dunia hari ini?

Bila bercakap mengenai pengurusan organisasi, dua perkara yang berkaitan adalah manusia dan kaedah. Dari segi manusia, jika selama ini mereka hanya berteraskan pemikiran intelektual, rata-ratanya tidak bersedia berdepan dengan krisis.

Pihak pengurusan pula tidak mampu menguruskan sumber manusia dengan baik apabila berdepan dengan krisis. Contoh yang boleh menggambarkan perkara ini adalah organisasi perniagaan yang dari negara kuasa besar, lumpuh begitu saja apabila berlakunya krisis ekonomi.

Perkara ini berlaku mungkin kerana kecerdasan emosional tidak pernah dititik beratkan baik di sekolah ataupun universiti yang mana kebanyakannya lebih mementingkan kecerdasan intelektual. Selepas menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang ini, barulah dunia mula membuka mata bahawa kecerdasan intelektual semata-mata tidak mencukupi.

Bagaimana kecerdasan emosional dan spiritual dapat membantu seseorang individu atau organisasi?

Mereka yang memiliki kecerdasan emosional mampu mengawal emosi mereka ketika berdepan dengan cabaran kehidupan, kerjaya dan ekonomi. Mereka yang memiliki kecerdasan spiritual pula mampu menemukan makna sebenar pekerjaan mereka.

Banyak tekanan dihadapi rata-rata pekerja masa kini adalah kerana dunia pekerjaan mereka mempraktikkan ilmu pengurusan yang lebih banyak mengutamakan sasaran syarikat, berbanding sasaran diri mereka.

Pendekatan pengurusan sedia ada secara tidak langsung mewujudkan jurang antara pihak pengurusan dan juga pekerja. Kaedah pengurusan untuk dunia dan kaedah pengurusan akhirat juga dipisahkan.

Kita harus sedar, manusia bukan hanya tubuh fizikal, tapi juga spiritual. Oleh itu, kita memerlukan model yang menggabungkan pengurusan menerusi spiritual, emosional dan intelektual. Kecerdasan emosional yang dimaksudkan ini adalah kemampuan untuk merasai perasaan orang lain dan kemudian menjadikan pengetahuan itu sebagai maklumat penting untuk mengambil tindakan. Ini yang boleh dipraktikkan pengurusan sesebuah organisasi.

Adakah wujud sebarang cabaran dalam menyampaikan latihan ESQ kepada peserta yang mengikutinya?

Dalam memberi bimbingan dan latihan ESQ ini, antara cabaran utama yang dihadapi adalah cara pemikiran peserta yang mengikuti latihan. Rata-ratanya sudah diterapkan dengan pemikiran yang membezakan soal agama dan dunia.

Mana tidaknya, selama ini kita sudah dipupuk dengan konsep merujuk kepada Barat dalam kebanyakan perkara dalam kehidupan termasuk soal ekonomi dan sebagainya. Cukup mencabar untuk membuatkan peserta menukar cara pemikiran mereka dan menggabungkan kedua-dua soal dunia dan agama kepada satu.

Sunday, April 26, 2009

ESQ, GABUNGAN NILAI KEPINTARAN MANUSIA - Diadaptasi daripada tulisan Suharyanto

Intellectual Quotient(IQ)

Pada 1905 Binet menemukan IQ di Paris Perancis dan ia dikembangkan di universiti stanford, Amerika Syarikat. Ia pernah digunakan semasa perang dunia pertama, justeru itu, manusia memuja-muja dan memuji suatu bentuk kepintaran yang dianggap menjadi penentu kepada kejayaan manusia di dalam hidupnya. Ia adalah kepintaran tertinggi yang akan menjamin masa depan seseorang dan juga sesebuah masyarakat.

Kepintaran yang dimaksudkan tersebut ialah kepintaran intelektual (Intellectual Quotient, IQ). Ia dijadikan penandaras kepada kepintaran manusia. Justeru itu, berkembanglah pelbagai cara pengukuran IQ seseorang. Semakin tinggi IQ seseorang maka semakin tinggi tahap kepintarannya. Manusia yang mendapat IQnya 100 adalah manusia yang paling tinggi tahap kepintarannya.

Pada perkembangan seterusnya ternyata IQ tidak mampu mewujudkan “kejayaan” mutlak, IQ telah gagal membina hubungan antara manusia. IQ hanyalah merupakan kepandaian yang semata-mata digunakan untuk menangani masalah-masalah logik, rasional , metamatik dan strategik. Oleh itu, bila kita hanya berpegang kepada IQ semata-mata maka seseorang itu umpama robot atau mesin. "mesin” tidak mempunyai perasaan. Akhirnya “mesin” ini mengalami keterasingan dari lingkungan dan dunianya sendiri.

Emotional Quotient (EQ)

Kemudian, dengan berkembangan ilmu dan pengetahuan di bidang neurologi dan psikologi, terjadilah perbahasan baru dalam menilai kepandaian dan kejayaan seseorang. Pada tahun 1995 Daniel Goleman melalui bukunya bertajuk working with emotional qoutient membuat penemuan baru dalam bidang neurologi dan psikologi, kemudian membuat kesimpulan sesuatu yang dinamakan sebagai kepintaran jenis baru, yaitu kepintaran emosi (Emotional Quotient, EQ).

Berdasarkan pada teori EQ maka kejayaan seseorang tidak ditentukan oleh tinggi-rendahnya IQ seseorang, tetapi ditentukan oleh bagaimana seseorang tersebut mengendalikan hubungan antara manusia secara lebih bermakna. EQ telah memberikan suatu rasa simpati, empati, cinta, kasih, sayang, rindu, ketulusan, kejujuran, motivasi dan kemampuan bertindakbalas terhadap kegembiraan atau kesedihan secara tepat. EQ juga memberikan kesedaran mengenai perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain.

Berbeda dengan IQ yang relatif tak berubah pada diri manusia, EQ boleh mengalami perubahan. EQ boleh meningkat dan menurun. EQ boleh dipelajari untuk terus ditingkatkan dan disempurnakan. Bahkan EQ menjadi landasan bagi penggunakan IQ secara lebih efektif. Pada hari ini banyak ditemui cara-cara untuk meningkatkan EQ itu, diantaranya buku The Seven Habbit Of Highly Of Effective People karya Stephen R Covey.

Spiritual Quotient (SQ)

Ternyata dengan semakin baiknya kepintaran emosi seseorang telah membawa pada suatu kepuasan kebendaan, keintiman hubungan antara manusia, dan dapat bertindak secara tepat dalam mengelola kesedihan dan kegembiraan. Akan tetapi manusia moden telah dan sedang mengalami kehampaan makna hidup. Persoalan seperti kemanakah akhir hidup ini?. Untuk apa tujuan kita hidup?

Pernah suatu ketika Robin Leach membuat penyelidikan terhadap ratusan orang kaya dan terkenal, hasilnya memperlihatkan bahwa kekayaan dan kemasyhuran tidak serta merta membawa mereka pada kebahagiaan yang hakiki. Lantas yang menjadi pertanyaan faktor apakah yang menyebabkan seseorang bahagia? Sebahagian menjawab “wang”, “kekayaan”, “kenikmatan seksual”, “kedudukan”, kesihatan” dan lain-lain. Namun semua jawaban itu tidak menjawab kebahagiaan hakiki, jawaban yang parsial dan tidak menyentuh pada substansi dan hakiki kebahagiaan. Prof Khalil A. Khavari menjawab bahwa faktor yang membawa sesorang pada kebahagiaan hakiki adalah “spiritual”.

Faktor spiritual inilah yang kemudian pada akhir abad 20-an “dieksploitasi” oleh para neurologi dan psikologi untuk mendapatkan suatu formula kecerdasan jenis ketiga. Pada tahun 2000 V.S Ramachandran dari universiti california menemukan fungsi saraf otak yang dipanggil God Spot. SQ menjadi pemudah cara yang menghubungkan antara IQ dan EQ sebagaimana yang disebutkan oleh Zohar dan Marshall bahwa SQ merupakan kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai hidup, menempatkan perilaku dalam konteks makna secara lebih luas dan jauh. SQ merupakan prasyarat bagi berfungsinya IQ dan SQ secara lebih efektif.

Intellectual, Emotional dan Spiritual Quotient(ESQ)

Ary Ginanjar Agustian (2001) mengabungkan EQ dan SQ dengan nilai-nilai yang islam menjadi suatu integrasi yang kukuh dan bersepadu. Berdasarkan idea itu dengan pengalamannya pada dunia perniagaan – Ary Ginanjar Agustian, seorang pengusaha muda yang tergabung dalam HIPMI dan telah terlibat dunia pembangunan insan dan latihan keperibadian, pengembangan diri dan karier – dan atas bimbingan spiritual KH. Habib Adnan, beliau menemukan suatu model kecerdasan “alternatif” yang dipanggil The ESQ Way 165.

ESQ model ini kemudian dicurahkan dalam bentuk buku “Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotent Berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam”. Di dalam buku tersebut Ary Ginanjar Agustian mengabungkan secara tepat antara kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) berdasarkan kepada nilai-nilai Islam dan pengalamannya sebagai seorang usahawan. Meskipun EQ dan SQ mempunyai peranan yang berbeda namun sama-sama penting untuk dapat disinergikan antara satu dengan yang lain.

Secara ringkas, buku ESQ model terdiri dari 4 (empat) bagian.
Bagian Satu : zero mind process yaitu penjernihan emosi melalui proses menuju fitrah.
Bagian Dua : Mental Building
  1. Star principle
  2. Angel principle
  3. Leadership principle
  4. Learning principle
  5. Vision principle
  6. Well organized principle
Bagian Tiga : Personal Strength
  1. Mission statement
  2. Character Building
  3. Self Controling
Bagian Empat : Social Strength
  1. Strategic Collaboration
  2. Total Action
Pada bagian satu, zero mind process, kita diajak untuk melalui tahapan proses menuju pada fitrah manusia (God-Spot). Pada proses ini kita diminta untuk merenungi dan memperhatikan suara hati atas beberapa peristiwa yang terjadi sehari-hari baik pada diri kita maupun pada orang lain atau lingkungan sekitarnya. Kemudian kita disuruh untuk merespon secara jujur berdasarkan kata hati kita. Dari situ kita akan menemui dua pilihan, yaitu pilihan jalan menuju fitrah dan pilihan jalan menuju non fitrah. Kita diberi kebebasan untuk memilihnya. Dari sinilah prinsip hidup kita diuji. Terkadang hati manusia terbelenggu sehingga menutupi kebenaran informasi dari suara hati. Belenggu-belenggu tersebut adalah:
  1. Prasangka (buruk)
  2. Prinsip-prinsip hidup
  3. Pengalaman
  4. Kepentingan dan prioritas
  5. Sudut pandang
  6. Pembanding
  7. Literatur
Oleh karenanya kita diharuskan untuk membebaskan diri dari ketujuh belenggu tersebut untuk menuju god-spot.

Pada bagian dua, setelah kita memiliki kejernihan hati, maka kita harus mulai mengisi dan membangun melalui enam prinsip bintang sebagai pegangan hidup; memiliki prinsip malaikat sehingga kita selalu dipercaya orang lain; memiliki prinsip kepemimpinan yang akan membimbing kita menjadi seorang pemimpin yang berpengaruh; menyedari akan arti pentingnya prinsip pembelajaran yang akan mendorong pada suatu kemajuan; mempunyai prinsip masa depan, sehingga akan selalu memiliki visi, dan terakhir yaitu memiliki prinsip keteraturan sehingga tercipta suatu sistem dalam satu kesatuan tauhid, atau prinsip esa di dalam berfikir.

Ketangguhan peribadi adalah ketika seseorang berada pada posisi atau dalam keadaan telah memiliki pegangan prinsip hidup yang kukuh dan jelas. Secara sistematik, ketangguhan pribadi adalah seseorang yang telah memiliki prinsip berfikir dan mengaplikasikannya melalui tiga langkah sukses yaitu pernyataan misi, pembangunan karakter dan pengendalian diri. Inilah bagian tiga dari ESQ model.

Bagian Empat adalah ketangguhan Sosial. Ketangguhan sosial ini dianalogikan dengan prinsip zakat, yaitu kepedulian terhadap lingkungan sosial. Prinsip zakat adalah suatu bentuk “pertahanan aktif” dari dalam keluar. Langkah yang harus ditempuh adalah lanjutan dari langkah ketiga pada bagian tiga. Langkah keempat ini dinamakan sebagai kolaborasi strategik dan langkah kelima sebagai tindakan total. Pada langkah kelima ini diasosiasikan dengan haji. Yaitu tindakan unversal dan total dari rukun Islam.

Penutup

Demikianlah sekelumit tentang isi buku ESQ model. Pada prinsipnya buku tersebut merupakan bentuk dari pengembangan kepribadian untuk mencapai kejayaan baik di dunia dan di akhirat. Buku ESQ model menjadi penting untuk panduan menuju kehidupan dengan penuh makna vertikal dan horisontal. Keunggulan buku ini adalah karena dirilis oleh orang Indonesia sehingga khasanah budayanya sesuai dengan budaya Indonesia umumnya. Meskipun merupakan hasil kerja konvergensi yang diramu dengan pengalaman pribadi penulis, buku ersebut masih terkesan normatif, terutama pada bagian-bagian akhir. Buku tersebut juga bukan ditujukan sebagai buku “agama” ataupun buku ceramah/dakwah dalam artian konvensional.

Referensi

Agustian, Ary Ginanjar. 2001. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotient Berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Penerbit Agra. Jakarta
Sukidi, 2001. Bahagiakah Hidup Anda. Republika, 11 November 2001. Jakarta.
Sukidi, 2001. ESQ Pak Ary. Republika, 30 September 2001. Jakarta.
Sukidi, 2001. SQ. Republika, 15 April 2001. Jakarta.
Zohar, Danah dan Ian Marshall. 2001. SQ memanfaatkan Kecerdasan Spiritual dalam Berpikir Integralistik dan Holistik untuk memaknai Kehidupan. Mizan. Bandung

Friday, April 24, 2009

Intergrated IQ,EQ dan SQ Menjana Intergrated Intelligence.

IQ, EQ dan SQ yang bersepadu akan menghasilkan kepintaran bersepadu dimana ia akan melahirkan manusia yang mempunyai hubungan yang baik dengan alam, hubungan yang baik sesama manusia dan hubungan yang akrab dengan Tuhan.

Thursday, April 23, 2009

Demi Matahari

Demi Matahari
Dan Sinarnya Dipagi Hari
Dan Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakan Diri
Demi Malam Apabila Ia Menutupi

Demi Langit Berserta Seluruh Binaannya
Demi Bumi Serta Yang Ada Dihamparannya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaannya

Allah...Subhanallah

Allah Mengilhamkan
Sukma Kefasikan dan Ketaqwaan
Beruntung Bagi Yang Menyucikannya
Merugi Bagi Yang Mengotorinya

Lagu ini adalah diantara lagu yang saya nyanyikan semasa mengikuti ESQ Training Angkatan 30 Kuala Lumpur pada 17,18 dan 19 April 2009 baru-baru ini.