Wednesday, May 23, 2012

Pendapat Saya - Debat Sinar Pemansuhan PTPTN dan Halatuju Pendidikan Negara

Malam tadi saya mengikuti debat diantara YB Khairy melawan Sdr Rafizi melalui saluran Astro501. Perdebatan ini merangsangkan minda saya berfikir dan terus berfikir tentang fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Saya berpendapat bukan kemenangan yang dicari dalam perdebatan ini sebagaimana umumnya dalam sesuatu pertandingan, tetapi ia adalah platform untuk kita menggunakan akal, pemikiran dan analisa sendiri menilai mana satu hujah itu berdasarkan fakta atau auta. Saya cuba untuk memisahkan diri saya dari belenggu kepartaian dan pengaruh fahaman politik dalam membuat analisa terhadap hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Kesimpulannya, pada pendapat saya fakta yang dikemukakan oleh Sdr. Rafizi lebih rasional berbanding fakta yang dikemukakan sdr Khairy. 

(bersambung)