4. BERKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN CERGAS DAN JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga Allah yang mahakuasa menggolongkan kita menjadi orang yang sentiasa bersemangat melakukan yang terbaik dalam hidup, dan semoga Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada kita untuk selalu taat kepada Nya.
Jika dalam pemikiran kita sering tersusun beberapa persoalan seperti " Mengapa ilmu yang kita miliki hanya sedikit? Mengapa rezeki yang kita perolehi tidak mencukupi? Mengapa kita tidak dapat anugerah khidmat cemerlang sedangkan kita layak untuk menerima penghargaan sedemikian?" Jawaban kepada semua persoalan itu sangatlah mudah. Jika kita ingin benar-benar tahu, cuba tanya diri kita sendiri secara jujur " Sejauh mana kesungguhan kita menjalani hidup kita ini supaya mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah?"
Firman Allah S.W.T " Dan Orang-Orang yang berjihad untuk(mencari keredaan) Kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang berbuat baik"
(QS Al-Ankabut [29]:69)
Jika kita ingin berprestasi dalam hal-hal yang kita lakukan, maka pertanyaan yang selayaknya kita tanya pada diri sendiri ialah sejauh manakah kegigihan dan kesungguhan kita untuk meraih kejayaan dalam hal-hal yang kita lakukan dengan berkerja bersungguh-sungguh, dengan gigih, bijaksana menggunakan akal dan pintar menggunakan hati. Kita perlu jujur dan ikhlas kepada diri sendiri ketika menjawab persoalan ini, kerana jawabannya ada pada diri kita sendiri.
Dalam berkerja kita seharusnya mempunyai strategi, tidak hanya menggunakan tulang empat kerat untuk berkerja, tetapi juga, kita harus menggunakan potensi lain dalam diri kita iaitu akal dan kalbu (hati). Kombinasi kerja keras menggunakan kederat kita, menggunakan akal fikiran dengan cergas dan hati yang ikhlas kepada Allah akan berupaya mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. dan kita akan meraih kejayaan abadi.

"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Showing posts with label Tasauf Moden. Show all posts

Saturday, September 6, 2008
Friday, September 5, 2008
Bahagian A : Pengurusan Kalbu Untuk Meraih Kejayaan Abadi - Belajar Sehingga Ke Akhir Hayat Setiap Masa
3. BELAJAR SEPANJANG HAYAT DAN SETIAP MASA
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjumgan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat r.a dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Allah S.W.T menjanjikan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan diangkat darjatnya beberapa darjat, ilmu adalah jalan menuju kebahagiaan. Semua mahasiswa UiTM yang sedang mengikuti lebih 300 buah kursus yang ditawarkan daripada 24 buah fakulti di UiTM di seluruh negara adalah orang yang sedang menuntut ilmu.
Tindakan saudara dan saudari untuk belajar di UiTM ataupun mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang lain adalah suatu langkah terpuji kerana itu adalah salah satu daripada usaha anda untuk menaikan darjat anda dimata masyarakat, bahkan saudara dan saudari juga perlu bersedia jika saudara dan saudari telah beribadah dengan benar, saudara dan saudari mempunyai akhlak baik dan terpuji, maka, Allah akan mengangkat darjat anda mengikut kacamata Allah kerana itu janji Allah kepada mereka yang menuntut ilmu.
Rakyat Jepun, Amerika dan Eropah dinilai lebih maju jika dibandingkan dengan kita di Malaysia kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, mereka mengetahui banyak hal daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya, rahsia mereka ialah kerana mereka mempunyai hobi suka membaca. Membaca dijadikan aktiviti rutin harian mereka. Berbeza dengan kita di Malaysia ini, membaca belum menjadi budaya hidup kita. Mahasiswa membaca hanya semasa hampir dengan peperiksaan, murid-murid sekolah membaca bila dekat dengan peperiksaan. Kita tidak gemar membaca terutamanya bahan bacaan yang berat-berat, yang menuntut kita untuk berfikir.
Proses pembelajaran dan pengajaran perlu berlaku sepanjang hayat kita. Walaupun kita telah mempunyai Ph.D dan telah menjadi profesor atau profesor madya, kita tetap perlu terus belajar kerana perubahan di persekitaran kita berlaku sepanjang masa, ada perubahan yang berlaku secara mendadak dan ada perubahan yang berlaku secara evolusi. Hanya dengan ilmu sahaja kita boleh menangani perubahan yang berlaku dipersekitaran kita. Semua perkara boleh kita lakukan jika kita mempunyai ilmu. Jadi belajarlah pada setiap hari dan pada setiap masa.
Apabila kita mempunyai ilmu kita seharusnya boleh menggunakan akal kita untuk berfikir, kita belum dinamakan berilmu jika kita tidak boleh berfikir. Maksud berfikir disini ialah kita mempunyai kebolehan untuk menilai dan menganalisa setiap bahan bacaan atau bahan yang diajar kepada kita menjangkau lebih jauh daripada yang tersurat, dapat membezakan yang mana yang hak dan yang mana yang batil, mahasiswa harus mempunyai kebolehan berfikir untuk memberikan kebaikan dirinya sendiri, keluarganya dan masyarakat disekitarnya.

Bahagian A : Pengurusan Kalbu Untuk Meraih Kejayaan Abadi - Berakhlak Mulia
2. BERAKHLAK BAIK DAN MULIA SEPANJANG MASA.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji hanya kepada Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada yang berhak yang dipuji kecuali pujian itu hanya untuk Allah. Apapun pujian yang datang kepada kita adalah sepenuhnya pujian bagi Allah pemilik alam ini. Semoga kita menjadi orang-orang yang terpelihara dan bebas daripada perangkap pujian. Orang yang seperti inilah adalah orang yang berakhlak baik dan mulia.
Akhlak yang baik dan terpuji adalah sesuatu yang mahal dan amat dirindui, rakyat inginkan pemimpin yang berakhlak baik dan mulia, Naib Canselor inginkan para pensyarah dan mahasiswa universiti yang dipimpinnya mempunyai akhlak yang baik dan mulia, para mahasiswa inginkan pensyarah yang baik akhlaknya, seorang suami menginginkan isteri yang baik akhlaknya dan begitulah seterusnya.
Apapun kedudukan atau jawatan kita samada dalam organisasi atau masyarakat, elok kiranya kita bertanya kepada diri kita sendiri 'adakah kita mempunyai akhlak yang baik terhadap orang lain?'. Seorang usahawan yang sopan dan jujur akan lebih disukai oleh para pembelinya, bukan sahaja barang dagangannya yang laris dan laku tetapi kehadirannya juga ditunggu dan dinanti-nantikan. Demikian juga jika kita adalah pembeli, tawar menawar dalam membeli sesuatu adalah tidak dilarang tetapi jangan sampai kita menyusahkan usahawan atau pedagang.
Rahsia risalah kenabian adalah akhlak. Rasulullah diutuskan ke mukabumi ini untuk menyerpurnakan kemuliaan akhlak. Rasulullah S.A.W sendiri adalah contoh teladan kemuliaan akhlak. Siti Aisyah R.A ketika ditanya apakah akhlak baginda Rasullulah, Siti Aisyah R.A menjawab akhlak baginda adalah Al-Quran.
Secara sederhana akhlak definasikan sebagai respon spontan. Akhlak kita akan terlihat ketika kita memberikan respon terhadap sesuatu masalah, akhlak kita akan terlihat ketika kita memberi respon terhadap nikmat, musibah,kesusahan, pujian atau kritikan yang kita terima. Akhlak pun dapat terlihat ketika kita sakit,takut dan lain sebagainya.
Setelah kita beribadah ikhlas kerana Allah, beribadah dengan benar, ini adalah kunci kejayaan abadi kedua, iaitu berakhlak baik dan mulia, disebabkan akhlak dapat dilihat semasa kita memberikan respon terhadap sesuatu, oleh itu, responlah segala sesuatu dengan sikap kita yang terbaik.
Tujuan kita berakhlak baik bukanlah untuk membuat orang lain suka kepada kita melainkan akhlak baik itu merupakan kekayaan hidup kita. Di tempat gelap ataupun terang, akhlak baik akan tetap menjadi akhlak baik jika kita memang benar-benar ikhlas. Ciri pertama yang dapat diketahui dari orang yang berakhlak baik ialah dia berani melihat kekurangannya sendiri.
Manusia yang kalah ialah manusia yang merasakan bahawa dirinya terlalu warak dan surga seolah-olah melambai-lambaikan tangan memanggilnya, dia merasakan dirinya 100 peratus akan masuk syurga, Orang seperti ini sebenarnya, akan jauh daripada rahmat Allah sebab dia telah meletakan ruang kesombongan didalam hatinya. Pada hal kesombongan adalah perhiasan yang layak disandang oleh Allah yang Maha Agung, yang sememangnya layak untuk itu.
Hidup manusia akan mulia selama dia berpelaku fitrah, iaitu memelihara sikap-sikap insaniah murni. Sikap insaniah itu adalah akhlak, corak perilaku yang mencerminkan ketinggian martabat hidup manusia. Manusia adalah makhluk mulia, lebih mulia daripada binatang. Akhlaklah yang menjadi pembeda antara manusia dan binatang.
Diantara contoh akhlak mulia yang perlu diamalkan oleh mahasiswa ialah menghormati orang yang lebih tua, menghormati para pensyarah, menghormati rakan seperjuangan, dengar pesan bonda dan patuh nasihat ayah dan sebagainya. Berlaku baik terhadap ibu bapa adalah salah satu tuntutan akhlak islam yan terbesar. Firman Allah "Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (QS al-Ahqaf:15)
Akhlak juga merangkumi akhlak sesama manusia, akhlak sesama bukan manusia seperti malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan-haiwan bukan ternakan, alam raya dan sebagainya. Akhlak yang baik amat penting dalam kehidupan kita untuk mencapai kejayaan abadi.

Wednesday, September 3, 2008
Bahagian A : Pengurusan Kalbu Untuk Meraih Kejayaan Abadi - Beribadah Dengan Ikhlas Kerana Allah
1. BERIBADAH DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T SENTIASA.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang dengan segala nikmatNya itu Ia menyempurnakan mengerjakan amal saleh yang menurunkan dia akan berkat, segala puji bagi Allah atas taufiqNya, kuasa atas taat.
Kami minta ampun akan Allah dari segala taqsir (lalai mengerjakan ibadat). Dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang sebenarnya, melainkan Allah. Tuhan yang esa, tiada sekutu bagi Nya. Dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. hambaNya lagi pesuruhNya.
Dan segala keluarganya, segala sahabat-sahabatnya, segala zuriatnya dan isi rumahnya yang mereka itu baik dan suci. Memadailah kami dengan Allah, dan Ia lah Tuhan sebaik-baik tempat berserah diri. Tiada daya dan upaya menjauhkan maksiat dan mengerjakan taat melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Ibadah adalah segala sesuatu yang dijalankan dengan niat lurus kerana Allah dan ikhtiar di jalan-Nya. Ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula daripada bangun pagi, gosok gigi, mandi pagi, bersolat subuh, pergi kuliah untuk belajar, makan tengah hari, sembahyang zohor, pergi perpustakaan mentelaah pelajaran, pergi ke kelas, sembahyang asar, masuk makmal melaksanakan ujikaji, balik ke rumah, sembahyang magrib, makan malam, sembahyang isyak, surfing internet, chatting, sembang-sembang dengan kawan-kawan, masuk tidur semula, hatta masuk bilik air. Semua aktiviti tersebut adalah ibadah jika niat kita lurus kerana Allah S.W.T.
Untuk membolehkan kita beribadah ikhlas kerana Allah maka kita perlu meluruskan niat kita dalam melakukan segala hal-hal yang ingin kita lakukan kerana Allah. Kita mulakan setiap sesuatu pekerjaan dengan membaca Basmillah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Melalui cara ini kita dapat beribadah dengan benar, beribadah dengan benar maksudnya ialah kita melakukan dan membangunkan sesuatu asas dalam diri kita yang menjadikan misi hidup kita semakin jelas.
Contohnya, bila kita masuk ke dalam kelas untuk belajar subjek calculus, sebaik sahaja kita duduk di atas kerusi, sambil menunggu pensyarah sampai kita mulakan dengan Basmillah dan luruskan niat 'aku belajar ilmu calculus ini untuk menambah ilmu ku demi kerana mu ya Allah'. Niat tadi menyebabkan misi kita belajar ilmu matematik tadi menjadi jelas. Itulah namanya beribadah dengan benar.
Demikian juga kita perlu lakukan dalam ibadah-ibadah yang selainnya. Mari sama-sama kita lakukan, bermula hari ini, bermula saat ini, kita cuba beribadah dengan benar. Beribadah dengan benar adalah langkah pertama yang perlu kita lakukan untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Kunci kepada ketinggian budi ialah keikhlasan kita kepada Allah S.W.T.

Pengurusan Kalbu Untuk Meraih Kejayaan Abadi
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang dengan segala nikmatNya itu Ia menyempurnakan mengerjakan amal saleh yang menurunkan dia akan berkat, segala puji bagi Allah atas taufiqNya, kuasa atas taat.
Manusia mempunyai dua unsur iaitu rohani dan jasmani, rohani ialah jiwa, perasaan, hati, persepsi,perkara dalaman hati dan sebagainya manakala jasmani ialah fizikal seperti tangan, kaki, badan, perkara-perkara yang boleh disentuh, dilihat dan diraba dan sebagainya, jadi semua manusia, mempunyai rohani dan memiliki jasmani, rohani perlu diurus, dikendalikan dan ditadbir dengan baik untuk meraih kejayaan akhirat.
Begitu juga jasmani. Jasmani juga perlu diurus dengan baik untuk meraih kejayaan dunia, Pengurusan jasmani yang sistematik perlu supaya jasmani kita sentiasa kuat dan sihat. Gabungan pengurusan jasmani baik dan rohani yang efektif akan menghasilkan kejayaan dunia dan akhirat atau kejayaan abadi. Ringkasnya, jasmani dan rohani perlu diurus dengan baik dan sempurna.
Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah caranya kita mengurus rohani dengan baik? Apakah pendekatan yang sesuai?Bagaimana pula caranya untuk mengurus jasmani dengan sempurna? sehingga kita boleh memperolehi kejayaan dunia dan kejayaan akhirat, sehingga kita boleh mencapai kejayaan abadi, mencapai kemuliaan, ketinggian dan keagungan di antara bangsa-bangsa lain di dunia, sehingga kita menjadi Shahi Alam dengan mengamalkan dasar keadilan dan kita memungut kebaikan dimanapun kita bersua.
Saya dengan panduan guru saya Ir. Hamidun Md. Isa akan cuba mengupas persoalan tersebut berdasarkan 4 buah buku iaitu Tasauf Moden karangan Prof. Dr HAMKA ( Haji Abdul Malik Karim Amrullah), Bangkit! Manajemen Qalbu Untuk Meraih Sukses oleh Abdullah Gymnatiar (Aa Gym), Mengenal Roh Jil V Rohani dan Jasmani Aku yang sebenar oleh A.Talib Naiem Al Haj Asaupi dan buku' Wasiat Abrar, Peringatan Akhyar' Syeikh Daud Al-Fatani oleh H.W.M Saghir Abdullah.
Kami cuba sedaya upaya untuk memamparkan kupasan tersebut melalui post-post kami yang seterusnya di sepanjang bulan ramadan yang penuh berkat dan bulan yang disirami rahmat dan dinafasi rahman Allah S.W.T ini. Apa yang kami cuba paparkan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan catatan daripada pengalaman yang kami lalui sendiri. Insya-Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)