Secara
 ringkasnya  nama  penuh Said Nursi ialah Badiuzzaman Said Nursi Bin 
Mirza.  Beliau  dilahirkan  pada  tahun  1877  Masihi  bersamaan 
1294  Hijrah. Meskipun  begitu, tarikh  ini  tidak  disepakati oleh 
kebanyakan penulis  buku. Menurut Wan  Jaffree  Wan  Sulaiman, 
penulis  buku ‘Mujaddid  Islam Sheikh  Bediuzzaman  Said  Nursi’
menyatakan bahawa tokoh  Islam  ini  lahir  pada  tahun 1873  Masihi 
bersamaan  1290  Hijrah.  Sementara menurut pendapat  lain Nursi di
katakan  lahir  pada  era  1877  Masihi  bersamaan  1293  Hijrah. 
Bagaimanapun, kebanyakan penulis  menggunakan  tarikh  1877M/1294H
dalam  penulisan karya mereka. Nursi dilahirkan disebuah kampung
bernama Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan)
dalam wilayah Bitlis di Timur Turki. 
Beliau juga terkenal dengan panggilan ‘Said al - Nursi’ merujuk kepada tempat kelahirannya (desa Nurs) Badiuzzaman” pula merujuk kepada panggilan atau gelaran terhormat yang diberikan oleh syeikh muktabar kepada beliau atas keupayaan luar biasa beliau dalam menghafal dan mengingati sesebuah buku dalam masa yang singkat, di samping kemahiran berfikir serta kekayaan ilmu yang ada pada diri beliau. Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan sederhana.
Beliau berketurunan Kurdi yang mulia dan berpengaruh. Ayahnya bernama Sufi Mirza dan ibunya bernama Nuriyyah. Kedua ibubapa Nursi dikatakan berasal daripada salasilah keturunan ahli al – bayt iaitu Mirza berasal dari keturunan Hasan b. Ali sementara Nuriyyah pula dari keturunan Husayn Nursi merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik, iaitu Durriyah, Khanim (Hanim), Abdulllah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid, dan Marjan. Abangnya Abd al-Majid adalah yang paling terkenal dalam kalangan adik beradik Nursi selepas Nursi. Beliau pernah menjadi guru bahasa Arab di Sekolah Tentera di Diyarbakr. Selep as itu, dilantik menjadi mufti di Urgup untuk beberapa tahun. Beliau pernah menterjemahkan beberapa karya - karya Nursi dari bahasa Arab ke dalam bahasa Turki.