Wednesday, September 18, 2013

Amanah Pengetua Kolej Delima Dalam Program 'See You Tonight'

Bermula jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam tadi berlangsung program mega ke-2 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Delima yang bernama "see you tonight" yang mengumpulkan semua penghuni kolej delima 1, 2 dan 3 di Dewan Sri Budiman.

Pengetua Kolej Delima dan Teratai, saudara Zaharul Azwan Razak dalam ucapannya menyeru semua penghuni Kolej Delima supaya tidak menjadikan kolej sebagai hotel untuk tidur sahaja. Penghuni kolej delima perlu terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang oleh JPK Kolej. Kolej Delima yang bermottokan "melonjak potensi, mengilap kualiti' adalah kolej yang kedua terkecil dari segi bilangan pelajar di UiTM. Walaupun kecil tapi pencapaiannya adalah membanggakan apabila dipilih menjadi kolej ke-3 terbaik di UiTM Shah Alam dalam pertandingan anugerah kolej cemerlang 2012.