Friday, August 5, 2011

Pejabat Teknologi Maklumat (Information Technology Office) - Pengukuhan Sturuktur Maklumat Berkualiti Universiti Teknologi MARA.

Saya menghadiri mini seminar - Pengukuhan Struktur Maklumat Berkualiti Universiti anjuran Pejabat Teknologi Maklumat (dahulunya dikenali dengan nama Pusat Sistem Maklumat Bersepadu) di Dewan Muktamar CITU, UiTM pagi tadi walaupun tidak dijemput secara rasmi, atas rasa ingin tahu dan mendengar sendiri tentang penstrukturan semula Pusat Sistem Maklumat Bersepadu daripada pihak pengurusan Info Tech Office saya bertekad untuk menghadirkan diri.

Dalam ucapan alu-aluan Prof. Dr. Ir Abdul Rahman Omar, Penolong Naib Canselor (Fasiliti, Pembangunan dan ICT) menegaskan bahawa ICT perlu berperanan sebagai 'enabler' dan berperanan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM.

Pengarah Info Tech, Prof. Madya Rahidzab Talib semasa menyampaikan key note beliau bertajuk 'pengukuhan struktur maklumat berkualiti universiti' berpendapat adalah mustahil bagi Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) berperanan dengan berkesan dengan struktur sediada, struktur sediada mengekang dan menghalang pusat itu bergerak maju ke hadapan. Justeru, penjenamaan semula Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) melalui pertukaran nama kepada Pejabat Teknologi Maklumat dijangkakan akan memberikan impak yang lebih baik dalam menguruskan hal ehwal ICT universiti.

Pada hemat saya, penjenamaan semula PSMB kepada Info Tech ini akan berakhir dengan kegagalan jika ia tidak disokong oleh warga Info Tech, budaya kerja baru yang lebih berdaya saing dan minda kelas pertama adalah asas kejayaan Info Tech Office. Pada saya manusia adalah faktor utama kejayaaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Semoga penstruktur semula PSMB ini membawa manfaat kepada warga universiti hendaknya.