Wednesday, June 19, 2013

Sejarah Perlu Ditulis Semula - Tun Dr Mahathir Mohamad


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan 'dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang'.

Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk "Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

"Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab).

Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita?

"Ada orang berkata mereka mahu melihat Arab Spring di Malaysia. Mereka lebih rela tidak menghiraukan kestabilan, keamanan dan menggulingkan pemimpin.

"Jadi kita perlu duduk dan memahami apa itu demokrasi dan beritahu mereka supaya mempercayai kerajaan," tambah beliau. 

Menyentuh isu pelajaran, Dr Mahathir berkata kewujudan sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.

"Masalah yang kita hadapi hari ini ialah kita tidak berkumpul bersama, dan jarang bercakap atau menggunakan bahasa kebangsaan. Kita patut menggunakannya lebih kerap. Kita harus kurangkan keadaan berpuak-puak di sekolah misalnya, dan wajibkan penggunaan dan pembelajaran bahasa kebangsaan," kata beliau.

Mengenai pembelajaran bahasa kebangsaan, Dr Mahathir kagum melihat sesetengah diplomat asing yang bertugas di negara lain seperti Indonesia boleh menguasai bahasa negara itu, tetapi tidak di Malaysia.

Beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan mereka, dengan itu lupa bahawa bahasa adalah satu daripada faktor yang menyatukan masyarakat. - Bernama

Pintu 2 (Bertentangan Dengan Jakel) #UiTM Shah Alam Ditutup Sementara Waktu

Adalah dimaklumkan bahawa Pintu 2 UiTM Shah Alam akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan sebagaimana maklumat dibawah :-

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KAMPUS

BERMULA 22 JUN 2013 (SABTU) JAM 1730 PETANG SEHINGGA 23 JUN 2013 (AHAD) JAM 0930 PAGI PINTU 2 (BERHAMPIRAN JAKEL) AKAN DITUTUP UNTUK KERJA PEMBAIKAN.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA WARGA KAMPUS BOLEH MENGGUNAKAN LALUAN PINTU 4 (BERHAMPIRAN SUSUR KE LEBUHRAYA PERSEKUTUAN) SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT.

KESULITAN AMAT DIKESALI

SEKIAN TERIMA KASIH.