Tuesday, September 28, 2010

Enam amalan hidup untuk bebas daripada belenggu hutang - oleh Prof. Dr. HAMKA

Ada 6 amalan yang perlu dijauhi oleh kita supaya menjadi orang merdeka dari sudut kewangan, amalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
  1. Susah - Susah segala-galanya dalam semua perkara termasuk wang ringgit. Itu susah. Ini susah. Semua susah sampai tidak tentu arah dan tergadai maruah.
  2. Duka cita - yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran, selalu tidak puas hati sebab tidak dapat apa yang dihajati. Dukacita sepanjang masa.
  3. Lemah - lemah badan, lemah fikiran dan lemah akal sehingga tidak mahu berfikir.
  4. Malas - Malas nak buat kerja, malas nak bergerak. Semua malas sampai malas hendak bergerak.
  5. Bahkhil - Kedekut untuk belanja harta. Wang menjadi ukuran, ringgit malaysia menjadi KPI dalam perhubungan sesama manusia.
  6. Pengecut - sentiasa takut nak buat keputusan sebab tiada pengetahuan dan malas hendak belajar memahami sesuatu.
Amalkan amalan ini untuk menjadi hamba abdi kepada Tuhan yang sejati yang merdeka dari belenggu hutang piutang.