Showing posts with label Pejabat Fasiliti. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Fasiliti. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

TUAN Ir Hj. JUNAIDI MUSLIM DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU PENGARAH PEMBANGUNAN, UiTM, SHAH ALAM

Tuan  Ir. Hj. Junaidi Muslim telah  dilantik sebagai Pemangku Pengarah Pembangunan berkuatkuasa mulai 01 Julai, 2014 sehingga 31 Disember, 2014.



Pihak warga Pembangunan ingin merakamkan ucapan tahniah serta mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh Ir. Hj. Ismail Mohd Kassim dalam menjalankan tugas sebagai Pemangku Pengarah Pembangunan mulai 01/01/2014 sehingga 30/06/2014.

Jutaan kemaafan dipohon jika sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan tingkah laku maupun tutur bicara dari pihak kami di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Pejabat Pengarah Pembangunan.

segala urusan/surat menyurat bagi Pemangku Pengarah Pembangunan hendaklah dialamatkan kepada :-

Pejabat Pengarah Pembangunan
Universiti Teknologi MARA
40450 SHAH ALAM
Telefon : 03-5544 3333
Fax : 03-5544 2220

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Monday, August 27, 2012

Dasar Air Percuma Tidak Bijak - Ir. Sr. Prof. Dr. Suhaimi Abdul Talib (Penolong Naib Canselor - Pembangunan, Fasiliti dan ICT)

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Ir. Sr. Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Prof Ir. Sr. Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Prof Ir. Sr. Dr  Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.

"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."

Prof Ir. Sr. Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang."

Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata  Prof Ir. Sr. DrSuhaimi.

Prof Ir. Sr. Dr  Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar."

Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai.

Bernama

Wednesday, March 14, 2012

Berkerja Kerana Allah S.W.T - Sr. Tuan Hj. Tamzil Munir

Pada hari ini termeterailah sebuah perjanjian untuk membangunkan sebuah kampus baru UiTM di Dengkil khas untuk program matrikulasi dalam semua jurusan dan aliran berkapasiti 5,000 orang pelajar. Majlis tersebut disaksikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Saya berkesempatan berbual panjang dengan Sr. Tuan Haji Tamzil Munir, Pengarah PFI, Pejabat Pembangunan UiTM semasa dalam pulang dari KPT ke UiTM kerana kami menaiki kenderaan yang sama. Satu nasihat yang memberikan beliau dan memberikan kesan kepada saya ialah berkerja kerana Allah. Jangan takut kepada selain daripada Allah kerana semua itu makhluk Allah belaka. Tuhan melihat apa yang kita buat dimanapun kita berada, justeru sebagai hambanya kita kena wajib menyerahkan seluruh kekuatan, tenaga dan pemikiran untuk berkerja sekuat mungkin tanpa mengira waktu dan niatkan kerana Allah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Ia akan menjadi ibadah dan pekerjaan kita akan diberkati. Demikianlah nasihat beliau.

Tambah beliau lagi "...kita kena bekerja secara profesional. Dalam dunia pembinaan, kualiti binaan perlu dijaga dan diperhalusi sehalus-halus mungkin. Kita perlu tegur kontraktor jika mereka mengabaikan kualiti..." Saya berazam untuk mengikuti nasihat beliau itu demi meneruskan sebuah perjalanan hidup untuk agama, bangsa dan negara.

Tuesday, January 31, 2012

Pertukaran Pengarah Pejabat Pembangunan dan Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti.

Mulai 1 hb.Februari 2012 Pengarah Pejabat Pembangunan iaitu Tuan Haji Alias Taib bertukar menjadi Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti mengantikan puan Sr Hjh. Zuraida Yahya. Manakala puan Sr Hjh. Zuraida Yahya menjadi Pengarah Pejabat Pembangunan. Semoga Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti akan lebih maju dan berjaya dengan pertukaran ini.

Wednesday, November 3, 2010

Kemana Halatuju ICT UiTM Menempuh Alaf Digital Baru 2010?

Pada Jun 2010, IEEE telah meluluskan standard 802.3ba (40/100 Gigabit Ethernet standards) untuk teknologi ethernet berkelajuan tinggi, ia membolehkan data dihantar melalui copper, fiber optic (single mode) dan fiber optic (multi mode) pada kadar kelajuan 40Gbit/s dan 100Gbit/s. Pada hari ini UiTM masih menggunakan IEEE Std 802.3ae-2002(10GE) yang diluluskan oleh IEEE pada tahun 2002. Dalam masa yang sama UiTM masih lagi mengamalkan pengurusan sistem telekomunikasi secara tradisional dimana sistem telefon diuruselia oleh Unit Telekomunikasi, Pejabat Pengurusan Fasiliti manakala sistem rangkaian data (network) diuruselia oleh Unit Rangkaian, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu menyebabkan sistem telefon (PABX) terpisah dengan sistem data (rangkaian).

Sistem data (rangkaian) semua kampus cawangan UiTM diseluruh negara disambung diantara satu sama lain ke Kampus Induk Shah Alam menggunakan IPVPN Over Metro-Ethernet yang disewa daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Dalam masa yang sama, sistem telefon (PABX) semua kampus UiTM diseluruh negara dihubungkan diantara satu sama lain melalui public switched telephone network (PSTN), kesan UiTM mengurus sistem ICT cara tradisional menyebabkan UiTM tidak dapat menikmati kemudahan unified communication yang telah diumumkan oleh Unified Communications Interoperability Forum (UCIF) pada Mei 2010.

Tahun 2010 menuntut UiTM untuk menilai semula sistem pengurusan dan amalan ICT sediada supaya ia diurus selaras dengan perkembangan teknologi semasa masa kini supaya teknologi ICT digunapakai sepenuhnya untuk menambahbaik sistem penyampaian di UiTM. UiTM sewajarnya menggunakan menggunakan teknologi unified communication kerana ia terbukti membawa banyak manfaat kepada organisasi yang menggunakannya diseluruh dunia. Perubahan yang drastik perlu dilakukan oleh pengurusan universiti supaya perlaksanaan dan penggunaan teknologi unified communication dapat dilaksanakan dengan mengabungkan unit-unit yang terlibat dengan pengurusan telefon dan data diletakan dibawah satu pengurusan.

Tuesday, June 15, 2010

Bermulanya sebuah permulaan baru yang penuh harapan

Bulan ini menyaksikan berlakunya beberapa rombakan dalam struktur kepimpinan organisasi di UiTM. Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman diganti oleh Prof. Dato' Dr. Abdullah sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA, Pn. Zuraida Hj. Yahya mengantikan En. Alias Taib sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti, En. Alias Taib mengantikan En. Che Izam Abu Noh sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan, En. Che Izam Abu Noh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu manakala Prof. Dr Abd. Rahman Omar dilantik menjadi Penolong Naib Canselor mengantikan Dato' Mohd. Salleh. Tuan Haji Tamzil pula dipertangungjawabkan mengawalselia semua projek PFI pembinaan kampus baru UiTM di Pejabat Pembangunan.

Semoga UiTM lebih cemerlang dan gemilang dengan rombakan kepimpinan baru ini dalam mengharungi cabaran dekad 2010an. Semestinya warga UiTM mengharapkan mereka konsisten melaksanakan penambahbaikan berterusan dengan menyumbang segala keupayaan (effort), kebolehan (ability) dan sikap (attitude) terbaik serta mengutamakan kecekapan (efficient) dan keberkesanan (effective) sekaligus mencapai iltizam UiTM sebagai universiti bertaraf dunia menjelang 2020 sebagaimana anjuran Naib Canselor dalam amanat tahun baru yang disampaikan beliau baru-baru ini.

Friday, May 21, 2010

Value Management (Pengurusan Nilai) - Sebuah Pendekatan Praktikal Dalam Perlaksanaan Projek Kerajaan.

Saya berpeluang untuk menghadiri bengkel pengurusan nilai yang dianjurkan secara usahasama diantara UiTM (Pejabat Pembangunan) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) terhadap sebuah projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di UiTM Shah Alam bermula pada 16 Mei 2010 sehingga 19 Mei 2010. Hasil daripada bengkel tersebut kami (UiTM dan EPU) berjaya membuat penjimatan sebanyak 7% daripada kos keseluruhan projek dan dalam masa yang sama kami berjaya mengoptimakan kehendak dan keperluan pengguna ke tahap maksima.

Bengkel tersebut dihadiri sendiri oleh Datin Hajah Ir. Mariyam Ismail, Pengarah Seksyen Pengurusan Nilai, Ir. Kharizan Timbalan Pengarah I, En. Mohd. Hazrin, Timbalan Pengarah II dan juga En. Che Izam Abu Noh, Pengarah Pejabat Pembangunan,UiTM dan En. Alias Taib, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM. Disepanjang berlangsungnya bengkel tersebut, ia berlaku dalam suasana harmoni walaupun terdapat beberapa ketika berlaku perdebatan dan perbahasan yang panas dalam mempertahankan idea dan pendapat masing-masing.

Kesimpulannya, bengkel ini boleh dikatakan berjaya dan saya mencadangkan kepada EPU untuk melaksanakan Value Management untuk semua projek yang diluluskan oleh EPU kerana ia banyak menguntungkan kerajaan, rakyat dan pengguna. Tahniah diucapkan kepada urusetia kerana berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya walaupun terpaksa meninggalkan keluarga sehingga lewat malam.