Saturday, September 21, 2019

Wawasan 2020 - Mampukah kita menjadikan ia suatu realiti?

Cabaran pertama -  ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. la mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi diperingkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni dan bekerjasama.

Cabaran kedua - ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecermerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga - yang sering kita hadapi adalah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Cabaran keempat - ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami ialah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudyaaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.

Cabaran keenam - ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh - ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang dan pada tahun-tahun akan datang, akan menjadi generasi terakhir warganegara kita yang tinggal di negara yang di gelar "membangun". Matlamat utama yang kita tujui ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Cabaran kelapan - ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini adalah masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi, Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan - ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.