Friday, December 9, 2011

Lembaga Jurukomputer akan ditubuhkan oleh Kerajaan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan penubuhan Lembaga Jurukomputer Malaysia (Board of Computing Professionals Malaysia - BCPM) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat BCPM akan menganjurkan hari terbuka untuk mendapat maklumbalas awam terhadap deraf akta BCPM. Hari terbuka tersebut akan diadakan sebagaimana maklumat di bawah:-


Tarikh : 13 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan
Aras 1, Blok C4, Kompleks C
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Semua individu yang terlibat secara terus dengan bidang ICT dijemput untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan BCPM.