Showing posts with label Hacker. Show all posts
Showing posts with label Hacker. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Sistem Pengkalan Data Ahli UMNO diceroboh Penggodam - Semua Maklumat Ahli UMNO dicuri


Pentadbir sistem bagi parti-parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat digesa untuk memastikan sistem yang diselenggara oleh mereka sentiasa selamat dengan memantapkan keselamatan laman web masing-masing. Pengodam yang mengelarkan dirinya sebagai 'politikus' dilaporkan oleh blog kenahack berjaya menceroboh pengkalan data keahlian UMNO. Semua data yang bersaiz hampir 30GB berjaya dicuri oleh pengodam tersebut termasuk maklumat keahlian UMNO Perdana Menteri. Difahamkan 'politikus' akan cuba untuk mengodam semua laman web parti-parti politik dan mencuri maklumat keahlian parti-parti tersebut tanpa mengira BN atau PR. Justeru, pentadbir sistem bagi parti-parti politik yang menggunakan windows sebagai operating system untuk sistem mereka perlu memastikan semua patches penting dikemaskini sebagaimana yang dicadangkan oleh microsoft.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui blog http://www.kenahack.com

Sunday, February 26, 2012

Web Site Lynascorp.com diceroboh Oleh Hacker 421


Pada jam sekitar 10.30 a.m, semakan web site Lynas Corporation di url http://www.lynascorp.com mendapapti web site tersebut telah diceroboh oleh penggodam yang menamakan diri mereka sebagai HackerXL mengantikan laman itu dengan satu lagi laman (deface) bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia, Jangan jahanamkan negara saya". Peristiwa godaman ini ada kaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan hari ini. Sehingga jam 5.30 pm hari ini, web site Lynas Corporation masih belum boleh diakses.


Thursday, June 16, 2011

Laman UiTM Pulau Pinang Pula Digodam

Laman web Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kampus cawangan Pulau Pinang digodam pagi ini(16 Jun 2011). Ia dilakukan oleh defacer yang sebelum ini telah mengodam 34 domain UiTM iaitu Syam92x dari h3x4 crew.

Laman utama ( homepage ) http://penang.uitm.my telah bertukar kepada ucapan ulang tahun ke 15 selain turut dimuatkan dengan lagu ucapan selamat hari jadi menggunakan suara latar watak Upin dan Ipin.

Agak melucukan juga kerana tindakan deface kali ini siap mempunyai ucapan terima kasih kepada seorang yang bernama Wan Anishah yang dipercayai pensyarah di UiTM cawangan tersebut kerana memberikan gred A untuk sebuah subjek kepada defacer berkenaan.

UiTM Pulau Pinang dijadual mengadakan sambutan penubuhannya pada hari ini dan esok.

Antara komen dalam laman web http://penang.uitm.edu.my/ ialah :

- Comment -
Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah
:p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan
byeeee…

Syam92x sebelum dilaporkan laman web Kenahack.com sebagai bertanggungjawab menggodam puluhan domain UiTM. Laman Kenahack.com menggelarkan Syam92x sebagai peminat laman Uitm Negara. Serangan ke atas laman UiTM Pulau Pinang ini dipercayai kali kedua dilakukan oleh defacer yang sama.

Selain itu, laman UiTM Kedah dan Sabah juga pernah menjadi mangsa. Selain itu, laman web rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM.edu.my) turut digodam.

Semalam, Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (http://politeknik.gov.my/) turut menjadi mangsa godam.

(Sumber - http://kerangs.net)