Monday, December 23, 2013

KEJADIAN LETUPAN BOM DI DAERAH DANOK, PADANG BESAR DAN SADAO, SELATAN THAILAND








Berikutan daripada kejadian lima letupan bom berasingan di tiga daerah di Selatan Thailand iaitu Danok, Padang Besar dan Sadao pada tengahari 22 Disember 2013, Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa lokasi letupan tersebut adalah seperti berikut:

i)   Di hadapan Balai Polis Padang Besar;
ii)  Di hadapan Balai Polis Sadao;
iii) Di hadapan dan belakang Hotel Oliver, Danok;
iv) Di hadapan Bangkok Disco, Danok; dan
v)  Di hadapan Tesco Lotus, Sadao.

Kementerian Luar Negeri juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan orang awam yang tercedera dalam kejadian itu adalah seramai 27 orang. Namun begitu, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Kebanyakan laluan telah ditutup bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan mengawal keadaan. Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi memantau keadaan di kawasan yang terlibat dari semasa ke semasa.

(Sumber - Kementerian Luar Negeri)