Thursday, July 14, 2011

Pengupayaan dan Keterangkuman Mahasiswa melalui ilmu - oleh Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak.

Dalam konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Mahasiswa 2011 pada 12 Julai 2011 di DATC UiTM Shah Alam. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, USM membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk "Pengupayaan dan Keterangkuman Mahasiswa Melalui Ilmu" berpendapat universiti berperanan bukan semata-mata mencari jawaban kepada masalah tetapi universiti juga berperanan sebagai tempat menanyakan soalan untuk persediaan masyarakat masa hadapan melalui penjanaan ilmu pengetahuan dan tindakan berhemat. Peranan universiti terhadap mensejahterakan masyarakat melalui pengembelingan ilmu berasaskan kebenaran hakiki perlu mengatasi kepentingan politik dan komersial. Universiti adalah pusat penjanaan ilmu yang membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kesentosaan kepada masyarakat setempat, daerah, negeri, negara dan global.