Monday, June 28, 2010

Lawatan Datuk seri Hj. Khaled Nordin Ke Kolej Mawar Bertemu Mahasiswa Baru


Pada tengah hari tadi, Datuk Seri Hj. Khaled Nordin membuat lawatan tanpa protokol ke kolej mawar melihat sinario pendaftaran mahasiswa baru. Beliau diiringi oleh Dato' Prof. Ir Sahol Hamid Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Zaini dan Yang Dipertua MPP UiTM. Beliau berkesempatan makan tengah hari dan berbual-bual dengan mahasiswa baru. Beliau mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa baru.

Friday, June 25, 2010

Selamat Datang Ke UiTM Kepada Semua Mahasiswa Baru UiTM.

Pada 26, 27 dan 28 Jun 2010 ini UiTM akan menerima mahasiswa baru diseluruh sistem UiTM (Kampus Induk dan seluruh cawangan). Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Akademik sedang sibuk dengan pelbagai persiapan teknikal dan tektikal untuk menerima mahasiswa baru. Dijangkakan seramai 50,000 orang mahasiswa baru akan mendaftar pada tarikh tersebut diseluruh kampus UiTM.

Diantara sistem ICT yang terlibat disepanjang tempoh pendaftaran tersebut ialah 1. Sistem Rangkaian (Network) 2. Database Oracle SIMS 3. Application Server SIMS - Sistem Pengambilan Pelajar, Sistem Akademik, Sistem Hal Ehwal Pelajar dan Sistem Student Portal 4. Sistem Kad Pelajar 5. FAIS - Sistem Semakan dan Bayaran Yuran 6. Sistem Integrasi 7. Sistem PC Untuk Pendaftaran dan akhir sekali sistem sokongan bekalan elektrik dan penghawa dingin didalam server farm dimana semua server-server utama aplikasi yang terdapat di UiTM ditempatkan.

Selamat menjadi warga UiTM kepada semua mahasiswa baru. Gunakan peluang belajar di UiTM ini dengan sebaiknya.

Peruntukan universiti bergantung KPI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Penyediaan peruntukan kepada sesebuah universiti pada masa hadapan akan bergantung kepada faktor sejauh mana graduan yang dilahirkan oleh universiti berkenaan diterima oleh pihak industri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sebahagian pendekatan kerajaan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi agar dapat memenuhi kehendak pasaran.

"Bagi meningkatkan kompetensi graduan, faktor penerimaan graduan oleh pasaran akan dijadikan satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti.

"Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti juga bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI ditetapkan termasuklah penerimaan oleh pasaran," katanya.

Beliau menggulung usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 24 Jun 2010.

Thursday, June 24, 2010

Teknologi Hijau Dalam ICT - Prof. Dr. Ir. Abd. Rahman Omar (Penolong Naib Canselor)

Prof. Dr. Ir. Abdul Rahman Omar, Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Fasiliti dan ICT) semasa mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua unit/bahagian di Pejabat Pembangunan mencadangkan supaya elemen teknologi hijau diterapkan didalam semua projek pembangunan yang dikendalikan oleh UiTM. Objektif utama menerapkan unsur-unsur teknologi hijau adalah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra alam, mesra pengguna dan mewujudkan penjimatan tenaga dalam jangkasama pendek dan jangkamasa panjang.

Dalam industri ICT, berikut adalah beberapa garispanduan yang wajar dijadikan garis panduan untuk digunapakai oleh pengguna ICT di UiTM.

A. Setup Perisian (software) untuk pengkomputeran hijau (green computing)
  • Matikan background servis yang running di komputer tapi tidak bermanfaat. Bagi anda yang menggunakan linux dapat melihatnya menggunakan perintah System → Administration → System Monitor.
  • Jangan gunakan plug-in flash karena akan banyak memakan energi layar monitor.
  • Jika anda menggunakan Firefox or Sea Monkey, coba gunakan NoScript dan AdBlock Plus untuk mengurangi kandungan yang tidak di inginkan.
  • Gunakan virtualisasi daripada menggunaan hardware baru.
  • Mode power akan menentukan kadar penggunaan energi (Sleep mode – hemat 70% energi, Standby mode – hemat 90% energi, Hibernate mode – hemat 98% energi).
B. Pengkomputeran hijau untuk Komputer Peribadi
  • Gunakan laptop kerana laptop hanya memerlukan 10% energy yang digunakan desktop.
  • Flat screen dapat menjimatkan 30-70% energi berbanding monitor CRT.
  • Matikan komputer jika tidak digunakan.
  • Matikan monitor, jangan menggunakan screen saver.
  • Pilih peralatan hardware berlogo energy star.
  • Gunakan power supply yang lebih effisien.
C. Pengkomputeran hijau untuk Laptop

Gunakan power saving setting
  • Kurangi penggunaan backlight
  • Atur layar dan harddisk sleep/off setelah beberapa minit tanpa penggunaan
  • Matikan bluetooth dan wifi ketika tidak digunakan
  • Lepas kad MMC, SD, USB Flash apabila tidak digunakan
  • Kecilkan volume suara dan kontras layar
  • Kurangkan penggunaan IrDA (infrared) atau serial communication, karena ia banyak energi
(Diadaptasi daripada artikel Pak Onno di url :
http://opensource.telkomspeedy.com/wiki/index.php/Beberapa_Tip_Praktis_untuk_nge-Green)

Tuesday, June 15, 2010

Bermulanya sebuah permulaan baru yang penuh harapan

Bulan ini menyaksikan berlakunya beberapa rombakan dalam struktur kepimpinan organisasi di UiTM. Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman diganti oleh Prof. Dato' Dr. Abdullah sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA, Pn. Zuraida Hj. Yahya mengantikan En. Alias Taib sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti, En. Alias Taib mengantikan En. Che Izam Abu Noh sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan, En. Che Izam Abu Noh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu manakala Prof. Dr Abd. Rahman Omar dilantik menjadi Penolong Naib Canselor mengantikan Dato' Mohd. Salleh. Tuan Haji Tamzil pula dipertangungjawabkan mengawalselia semua projek PFI pembinaan kampus baru UiTM di Pejabat Pembangunan.

Semoga UiTM lebih cemerlang dan gemilang dengan rombakan kepimpinan baru ini dalam mengharungi cabaran dekad 2010an. Semestinya warga UiTM mengharapkan mereka konsisten melaksanakan penambahbaikan berterusan dengan menyumbang segala keupayaan (effort), kebolehan (ability) dan sikap (attitude) terbaik serta mengutamakan kecekapan (efficient) dan keberkesanan (effective) sekaligus mencapai iltizam UiTM sebagai universiti bertaraf dunia menjelang 2020 sebagaimana anjuran Naib Canselor dalam amanat tahun baru yang disampaikan beliau baru-baru ini.