Thursday, October 30, 2008

Mahasiswa Non-Resident Kemalangan Dalam Kawasan UiTM, Shah Alam.

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Zul memaklumkan bahawa seorang mahasiswa NR kemalangan jalanraya didalam kawasan UiTM berhampiran Bangunan Annex FTMSK, berhadapan Klinik Pergigian, Fakulti Pergigian sekitar jam 11.50 pm. Saya bergegas ke tempat kejadian dan sampai dilokasi kejadian 10 minit kemudian. Sebaik sahaja tiba disitu, ambulan UiTM telah sampai lebih awal dan mula bergerak ke Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk membawa mangsa kemalangan tersebut.

Saya turut serta bersama En. Khairuddin, pemandu ambulan, menghantar mahasiswa terlibat ke hospital, mangsa mengalami luka-luka dan terdapat banyak perdarahan pada bahagian badan yang tergesel diatas permukaan jalan. Maklumbalas semasa berbual dengan mangsa dalam ambulan, beliau berasa sakit dibahagian belakang dan tangan. Dalam perjalanan ke hospital En. Khairuddin mengaktifkan siren dan kami bergerak selaju mungkin ke hospital kelang.

Sebaik sahaja tiba dikaunter kecemasan, saya terus membuat mendaftar dikaunter A. Mangsa terus dibawa ke zon kuning untuk menerima rawatan lanjut. Selepas melalui pemeriksaan doktor, mangsa dihantar ke unit radiologi untuk menjalani x-ray dibahagian dada dan tulang belakang. Saya sempat berbual dan berkenalan dengan doktor yang bertugas yang merawat mangsa. Hasil pemeriksaan filem x-ray tiada kecederaan serius yang melibatkan kepatahan atau kecederaan dalaman, mangsa hanya mengalami kecederaan fizikal sahaja. Seterusnya mangsa dibawa ke bilik prosedur untuk menjalani rawatan membersihkan dan membalut bahagian badan yang cedera dan luka. Sebaik sahaja selesai, mahasiswa tersebut dibenarkan pulang dan menerima rawatan susulan di Pusat Kesihatan UiTM kemudian. Semuanya selesai pada jam 2.30 pagi. Saya mengambil semua maklumat mahasiswa tersebut untuk tujuan rekod dan laporan saya kepada pihak HEP.

Nasihat saya kepada semua mahasiswa UiTM berhati-hatilah ketika memandu atau membonceng motosikal samada di dalam atau diluar UiTM. Tambahan pula, diwaktu peperiksaan akhir hampir menjelang. Jangan kerana kelalaian anda menyebabkan anda terpaksa extand satu semester.