Saturday, November 21, 2009

UiTMedicalNet : Suatu Kebanggaan Bangsa Untuk 100 Tahun Lagi

UiTMedicalNet adalah infrastruktur sistem rangkaian MPLS yang menghubungkan Fakulti Perubatan Kampus Selayang, Fakulti Perubatan Kampus Sg. Buluh dan Fakulti Perubatan Kampus Teluk Intan sebagai sebuah kemudahan perubatan yang saling berangkaian diantara satu sama lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Semua maklumat data pesakit (Electronics Health Record/Electronic Medical Record) diketiga-tiga lokasi ini boleh diakses dimana sahaja pada bila-bila masa selagi mereka berada didalam UiTMedicalNet. UiTMedicalNet dihubungkan dengan semua Kampus UiTM diseluruh negara melalui UiTMNet. Ia (UiTMNet) boleh diakses daripada luar UiTM menggunakan Virtual Private Network.

Dengan kemudahan ini, Clinical Trial Clinic (CTC) di Kampus Sg. Buluh dan di Clinical Trial Clinic di Kampus Selayang akan berhubung di antara satu sama lain, begitu juga dengan Institute of Medical Molecular Biotechnology (IMMB) di kedua-dua lokasi tersebut. Ini membolehkan seorang pesakit yang mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan di CTC Kampus Selayang dan kemudiannya pesakit tersebut mendapat rawatan susulan di CTC Kampus Sg. Buluh, maklumat atau data pesakit tersebut boleh diakses melalui Hospital Information System (HIS). Menjadikan UiTM sebagai universiti pertama dan Hospital pertama di negara ini mencipta sejarah dalam bidang perubatan negara apabila memiliki sistem HIS yang bersepadu didalam seluruh sistem UiTM.