Monday, February 15, 2010

Lawatan Naib Canselor ke Hospital Ampuan Rahimah Klang Ziarah Saudara Mohd. Bakri

Pada jam 11.00 pagi tadi Dato' Naib Canselor bersama pegawai khas beliau dan Prof. Madya Hanafiah melawat mahasiswa UiTM yang terlibat didalam kemalangan jalan raya di wad 3A Hospital Ampuan Rahimah Klang, turut berada diwad berkenaan ialah ayah kepada Mohd. Bakri. Difahamkan kemalangan tersebut melibatkan YB DUN Sekinchan Y.B Ng Swee Lim daripada DAP. Saudara Mohd. Bakri telah sedar dan memberikan respond bila ditanya soalan, walaubagaimanapun perbualan beliau tidak dapat difahami dan suara yang dikeluarkan oleh beliau tidak begitu jelas. Saudara Mohd. Bakri mengalami kecederaan dikepala dan difahamkan oleh pihak hospital bahawa berlaku keretakan pada kepala dan berlaku perdarahan dibahagian otak beliau.

Sekitar jam 11.30 pagi rombongan daripada Badan Perhubungan UMNO Selangor yang diketuai oleh YB Dato' Abdul Syukur Hj. Idrus turut melawat saudara Mohd. Bakri dan menghulurkan bantuan kepada keluarga Mohd. Bakri yang datang daripada Kota Bahru Kelantan.

Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar NR saya mengiringi Dato' NC dan YB Dato' Abdul Syukur sepanjang lawatan mereka ke hospital tersebut. Nasihat saya kepada semua mahasiswa UiTM yang menggunakan kenderaan bermotor seperti motosikal atau kereta supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati-hati dijalan raya.