Friday, March 30, 2012

Berkerja Sebagai Suatu Ibadah Untuk Membangunkan Agama, Bangsa dan Negara - Tn Hj. Junaidi Muslim

Sepanjang pagi tadi saya menghadiri mesyuarat Unit Projek M & E, Pejabat Pembangunan yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Junaidi Muslim, Ketua Timbalan Pengarah. Beliau memulakan mesyuarat dengan membaca umul kitab dan memberikan nasihat-nasihat dan kata-kata mutiara kepada semua warga unit projek M & E.

Nasihat beliau ..." masa terlalu pantas berlalu, dalam diam-diam beliau telah berkhidmat selama 21 tahun di UiTM, pelbagai cabaran telah dilalui, ada rakan seperjuangan yang masa dahulu berkerja bersama tapi mereka telah pergi selama-lamanya menemui Ilahi bila seruan Izrail datang menjemput. Justeru berkhidmatlah sebaik mungkin untuk meninggalkan jasa kepada agama, bangsa dan negara sebelum kita pergi buat selama-lamanya, lakukan dengan ikhlas kerana Ilahi, semoga keikhlasan dalam menjalankan tugas itu bakal menjadi amal jariah yang Insyaallah diperkirakan Allah sebagai amal jariah di padang masyhar kelak..." demikian nasihat beliau.

Semoga nasihat itu dapat saya sematkan dalam hati saya dan menjadi amalan yang konsisten sepanjang hayat selagi berkhidmat di UiTM.