Wednesday, June 12, 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia Ada 2 Menteri, 2 Timbalan Menteri dan 2 KSU

Secara keseluruhannya semua jawatan utama dalam Kementerian Pendidikan telah diisi. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia YAB Tan Sri Dato Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin akan dibantu oleh Menteri ll iaitu YB Dato Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri l YB Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri ll YB P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan. 

Pengabungan dua kementerian dibawah satu bumbung ini dijangka akan memberikan kesan terhadap keseluruhan struktur organisasi kementerian sediada dan difahamkankan struktur baru itu akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Kali pertama berlaku dalam sejarah  sesebuah kementerian, dimana pada kali ini ada dua orang Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan iaitu KSU l dan KSU ll, KSU l yang baru disandang oleh Datuk Dr. Madinah Mohammad dengan gred Turus ll. Manakala KSU ll disandang oleh  mantan Naib Canselor UTM, iaitu Dato' Seri Zaini Ujang, beliau telah diserap ke Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) dan ditawarkan Turus lll. Seorang insan yang paling muda berusia 48 tahun menjawat Jawatan KSU ll.

Tiada pengkhususan berlaku antara sektor pelajaran dan sektor pengajian tinggi dimana saya difahamkan YB Menteri Pendidikan Malaysia bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) manakala YB Menteri Pendidikan 11 bertanggungjawab sebagai Chief Operations Officer (COO). Malah mereka boleh merentasi 2 sektor yang diwujudkan iaitu sektor Pelajaran dan sektor pengajian Tinggi.