UiTM akan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai salah satu subjek yang wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar baru pada sesi kemasukan semester ini. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid berkata sukatan untuk subjek tersebut akan disiapkan oleh tenaga pengajar sudah dikenalpasti. Beliau menegaskan mahasiswa UiTM perlu celek sejarah supaya mereka menghargai dan mengetahui asal usul negara kita.

"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Showing posts with label Dato Sahol. Show all posts
Showing posts with label Dato Sahol. Show all posts
Friday, February 24, 2012
ACCA Iktiraf Kemampuan UiTM
UiTM merupakan IPTA pertama di Malaysia menerima Anugerah Platinum Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) sekaligus meletakan UiTM setanding dengan universiti-universitii bertaraf dunia. Majlis penyerahan Anugerah Platinum ACCA telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Jenama Global ACCA, Neil Stevenson kepada Naib Canselor, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Hotel UiM, Shah Alam. UiTM kini secara rasminya menjadi Approved Learning Partner - Student Tuition oleh ACCA.
Thursday, February 23, 2012
VC UiTM Mahu Memartabatkan Keupayaan Ilmiah Orang Melayu di Persada Dunia.

Diantara agenda besar Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM adalah memartabatkan keupayaan ilmiah orang melayu dipersada dunia dan antarabangsa, UiTM dibawah kepimpinan beliau telah membuat kolibrasi dengan universiti-universiti tersohor didunia seperti Oxford, Harvard dan universiti-universiti terbaik seluruh benua dari Asia sehingga Oceania untuk meletakan nama UiTM dipeta dunia dan memartabatkan orang melayu.
Dalam menjayakan agenda ini, beliau telah melaksanakan revolusi didalam UiTM dengan mengabungkan voice, video dan data dibawah satu pengurusan untuk memudahkan pengurusan ICT ke arah pembudayaan ICT yang lebih berkesan, cekap dan menjimatkan, sebelum ini, UiTM mengamalkan pengurusan ICT secara tradisional dimana voice, video dan data diurus oleh Bahagian-Bahagian yang berasingan.
Kesan daripada revolusi ini, UiTM akan menggunakan Video Conference, VoIP, Skype, YM dan Facebook yang diintergasi dengan PABX untuk memantapkan sistem penyampaian dan perhubungan diantara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan pensyarah dan semua warga UiTM dimana saja mereka berada, didalam atau diluar negara. Disamping itu, berlaku penambahbaikan yang ketara dalam pengurusan ICT di UiTM.
Beliau menggunakan Facebook sebagai alat sistem penyampaian dan perhubungan untuk mendapat maklumbalas daripada semua warga UiTM daripada golongan pelajar, pensyarah dan kakitangan terhadap sebarang isu dan masalah warga UiTM diseluruh negara. Malahan beliau menggunakan page beliau untuk mendapat cadangan penambahbaikan, pendapat dan pandangan mengenai UiTM.
Justeru, kerajaan mengiktiraf keupayaan beliau dengan menyambung kontrak beliau sebagai VC UiTM untuk meneruskan kesinambungan usaha beliau yang telah dan sedang dirintis oleh beliau untuk memartabat orang melayu dipersada dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)