Thursday, February 23, 2012

VC UiTM Mahu Memartabatkan Keupayaan Ilmiah Orang Melayu di Persada Dunia.



Diantara agenda besar Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM adalah memartabatkan keupayaan ilmiah orang melayu dipersada dunia dan antarabangsa, UiTM dibawah kepimpinan beliau telah membuat kolibrasi dengan universiti-universiti tersohor didunia seperti Oxford, Harvard dan universiti-universiti terbaik seluruh benua dari Asia sehingga Oceania untuk meletakan nama UiTM dipeta dunia dan memartabatkan orang melayu.

Dalam menjayakan agenda ini, beliau telah melaksanakan revolusi didalam UiTM dengan mengabungkan voice, video dan data dibawah satu pengurusan untuk memudahkan pengurusan ICT ke arah pembudayaan ICT yang lebih berkesan, cekap dan menjimatkan, sebelum ini, UiTM mengamalkan pengurusan ICT secara tradisional dimana voice, video dan data diurus oleh Bahagian-Bahagian yang berasingan.

Kesan daripada revolusi ini, UiTM akan menggunakan Video Conference, VoIP, Skype, YM dan Facebook yang diintergasi dengan PABX untuk memantapkan sistem penyampaian dan perhubungan diantara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan pensyarah dan semua warga UiTM dimana saja mereka berada, didalam atau diluar negara. Disamping itu, berlaku penambahbaikan yang ketara dalam pengurusan ICT di UiTM.

Beliau menggunakan Facebook sebagai alat sistem penyampaian dan perhubungan untuk mendapat maklumbalas daripada semua warga UiTM daripada golongan pelajar, pensyarah dan kakitangan terhadap sebarang isu dan masalah warga UiTM diseluruh negara. Malahan beliau menggunakan page beliau untuk mendapat cadangan penambahbaikan, pendapat dan pandangan mengenai UiTM.

Justeru, kerajaan mengiktiraf keupayaan beliau dengan menyambung kontrak beliau sebagai VC UiTM untuk meneruskan kesinambungan usaha beliau yang telah dan sedang dirintis oleh beliau untuk memartabat orang melayu dipersada dunia.

No comments: