Friday, August 29, 2014

Khazanah umum 12 langkah jayakan pelan pemulihan MAS

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad mengumumkan 12 langkah menjayakan pelan pemulihan MAS baru bagi mengembalikan keuntungan kepada masa dalam tempoh tiga tahun menjelang akhir 2017.

Ia mangandungi pelan komprehensif melibatkan aspek termasuk operasi MAS dan persekitaran industri yang akan dimulakan Februari 2015.

Penstrukturan dibahagiankan kepada empat aspek iaitu rangka kerja kewangan dan tadbir urus, kedua model operasi perniagaan, ketiga kepimpinan dan modal insane dan keempat perundangan dan persekitaran menyokong.

Pelan itu mengandungi penubuhan organisasi baru atau NewCo mengantikan yang lama.

NewCo bagi syarikat MAS ini akan disertai hanya 14,000 pekerja berbanding hampir 20,000 kini.

Sejumlah 6,000 pekerja akan dibuang mengikut peruntukan tertentu.

Selain itu, kontrak di bawah MAS juga akan diteliti semula dari masa ke semasa.

Khazanah juga bakal menyuntik sejumlah RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.

Di bawah pelan itu MAS akan memebri tumpuan khusus bagi rangkaian serantau namun masih mengekalkan sambungan kukuh antarabangsa melalui Pakatan oneworld.

Pengumuman itu merupakan langkah kedua Khazanah selepas umum pembelian kesemua pegangan MAS pada nilai 27 sen sesaham.

Khazanah berkata pelan tersebut akan membawa MAS kepada keuntungan dalam tiga tahun selepas dinyahsenarai pada akhir 2014 ini.