Friday, August 29, 2008

Marhaban Ya, Ramadhan...

Selamat menyambut bulan suci Ramadhan 1429 Hijrah kepada semua mahasiswa, warga, alumni UiTM dan pembaca yang budiman yang akan menyambut kedatangan Ramadhan beberapa hari lagi.

Semoga Allah SWT berkenan memberikan segala kebajikan seperti yang telah dijanjikanNYA melalui Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah Salallahuwa Alaihi Wasallam sebagaimana yang kita imani sebagai seorang muslim.

Sekadar mengisi waktu yang terluang menjelang waktu berbuka puasa nanti, maka dengan segala kerendahan hati izinkanlah saya mencadangkan kepada semua mahasiswa dan pembaca agar melihat dan menyemak kembali laman rujukan atau di halaman lain yang Insya Allah, sama berfaedah untuk kita semua.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung tidak sahaja selama menjalankan ibadah yang teramat istimewa ini, akan tetapi begitu juga ibadah yang seterusnya kerana ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan kita.

Amin!

Seorang Mahasiswa UiTM Shahid Di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Pada jam sekitar 11.45 pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident En. Bakar bahawa terdapat berita kematian yang melibatkan mahasiswa NR UiTM.

Saya bergegas ke lokasi yang dimaklumkan oleh En. Bakar di seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Hasil maklumat yang diperolehi saksi-saksi kejadian, mahasiswa tersebut collapse di Padang Permainan seksyen 7 Shah Alam semasa melalui kawasan padang tersebut.

Semasa saya tiba di tempat kejadian, pihak polis sedang mengendalikan kes tersebut, mayat akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedahsiasat. Semoga roh Allahyarham Mohd. Murad Daud mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,UiTM Malaysia sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. - Al Fatihah.

Majlis Penutup Journey of Knowledge Nusantara Bandung (JoKNB)


Pada malam terakhir kami di Bandung pada 25 Ogos 2008, kami mengadakan majlis makan malam dan persembahan kebudayaan dimana semua puteri kolej delima mempersembahkan tarian joget kelantan, mereka juga mendendangkan lagu-lagu kotemporori bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Nyatalah kepada saya bahawa kebudayaan mampu mengeratkan perhubungan dua negara yang bertetangga. KoKNB membuktikannya kepada saya.

Indonesia Daripada Kapal Terbang (Penglihatan Dari Mata Burung)




Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Airport Soekarno-Hatta saya sempat merakam foto Jakarta daripada udara, penglihatan daripada mata burung. Hati kecil saya berbisik, Indonesia sememangnya unik dan menarik,mempunyai ribuan pulau, mempunyai gunung berapi dan mempunyai sumber alam yang amat berharga sehingga tidak ternilai harganya kerana bentuk mukabuminya. Gambar di atas dirakamkan pada 26 Ogos 2008 semasa di atas kapalterbang Air-Asia.