Friday, August 29, 2008

Seorang Mahasiswa UiTM Shahid Di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Pada jam sekitar 11.45 pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident En. Bakar bahawa terdapat berita kematian yang melibatkan mahasiswa NR UiTM.

Saya bergegas ke lokasi yang dimaklumkan oleh En. Bakar di seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Hasil maklumat yang diperolehi saksi-saksi kejadian, mahasiswa tersebut collapse di Padang Permainan seksyen 7 Shah Alam semasa melalui kawasan padang tersebut.

Semasa saya tiba di tempat kejadian, pihak polis sedang mengendalikan kes tersebut, mayat akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedahsiasat. Semoga roh Allahyarham Mohd. Murad Daud mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,UiTM Malaysia sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. - Al Fatihah.

2 comments:

Anonymous said...

he was my school mate. just googleing his name to get further details about his death and found this blog.. we were shocked n wodered.. why?

moga dia ditempatkan di tmpt org2 beriman.. Amiin

Ahmad Rais Johari said...

Terima Kasih ainguzzle.e-rudit.com kerana berkesudian meninggalkan komen.Nama Allahyarham ialah Mohd. Murad Bin Daud.Kematian beliau diklasfikasikan sebagai kematian mengejut.Lapuran post mortem pihak hospital boleh diperolehi daripada waris terdekat beliau untuk mengetahui punca sebenar kematian beliau, apapun menurut guru saya, orang yang mati dalam perjalanan menuntut ilmu,maka kematian mereka adalah shahid. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama org-org beriman dirahmati Allah. Amin.

Bagi pihak UiTM kami telah menguruskan semua keperluan pengangkutan,kewangan dan sebagainya untuk meringankan beban keluarga allahyarham yang sedang berdukacita,kami juga menyediakan bas untuk membolehkan rakan seperjuangan allahyarham dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk bersama-sama mengiringi jenazah ke kampung allahyarham di Terengganu.