Saturday, October 25, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Kepada Semua Mahasiswa UiTM...!

Dua minggu lagi semua mahasiswa UiTM akan mula menghadapi peperiksaan akhir. Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk dalam kehidupan mahasiswa kerana pelbagai tugasan akhir, ujian (test), projek akhir dan sebagainya. Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua mahasiswa UiTM. Semoga kecemerlangan sentiasa bersama anda dan anda berjaya dengan jayanya menghadapi peperiksaan akhir kali ini.

Saya juga ingin menyarankan kepada semua mahasiswa/i untuk memohon ampun dan maaf kepada ayahanda dan bonda masing-masing, terhadap sebarang kesalahan dan dosa yang anda lakukan kepada mereka sebelum menghadapi peperiksaan akhir, ambillah peluang cuti peperiksaan untuk balik ke kampung dan bertemu dengan ayahanda dan bonda, mohon ampun dan maaf, cium tangan mereka, mohon mereka mendoakan kejayaan anda, dapatkan restu ayahanda dan bonda sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Insyaallah..berkat doa restu ayahanda dan bonda, anda akan berjaya menghadapi peperiksaan kali ini.