Thursday, January 10, 2019

SALUTE THE RANK, NOT THE MAN oleh Asrul Muzaffar Mohammed

SALUTE THE RANK, NOT THE MAN

Terpaksa tulis sesuatu sebab nampak keadaan macam makin caca merba.
Secara peribadi, aku memang konsisten tidak akan menulis di media sosial apa apa yang berniat mengkritik, mengaibkan atau memperlekehkan DYM Yang Dipertuan Agong dan Sultan. Kerana aku pernah lihat betapa hodohnya rakyat Britain melakukan demikian terhadap keluarga diraja mereka hanya atas nama 'kebebasan bersuara' padahal ia tak lebih sekadar hiburan sensasi.

YDP Agong dan Sultan bukan artis dan mereka bukan tahap Fattah Amin atau Neelofa yang membolehkan kita bincang perihal mereka secara terbuka di media sosial. Mereka adalah simbol Raja Berperlembagaan dan Ketua Agama Islam di Malaysia. Adat kita penuh dengan keindahan baik dari bahasa atau tatasusila bila menyentuh hal menghormati YDP Agong dan Sultan. Kenapa nak korbankan semua ini atas nama 'kebebasan bersuara'?

Kalaupun nak mengkritik YDP Agong dan Sultan, lakukanlah dengan konstruktif dan berhemah. Gunakan bahasa yang sesuai. Tanpa maki hamun atau perli sarkastik. Salute the rank, not the man. Atau lebih baik, tulis saja kritikan anda pada Majlis Raja Raja dalam bentuk surat rasmi. You'd be surprised how a simple letter from 'nobody' can somehow change things.

Ataupun tiru macam aku. Tak usah bicarakan langsung isu YDPA dan Sultan ini secara terbuka di media sosial.

VIGILANTISM MEDIA SOSIAL

Hal 'vigilante' di Facebook yang mencari dan mendedahkan butiran peribadi mereka yang mengutuk YDP Agong dan Sultan, kena kaji kenapa ini berlaku. Seperti juga kebanyakan adiwira seperti Batman dan The Punisher, vigilantism akan muncul bila tahap konfiden terhadap penguasa keamanan kian luntur dan dilihat tidak dapat melindungi kebajikan rakyat.

Dalam kes ini, ada pihak cuba bina persepsi bahawa pasukan keselamatan lewat atau gagal bertindak bila ada kes yang membabitkan pesalah bukan Melayu. Walaupun perception builder ini bernawaitukan politik, aku agak gusar sebab TIADA LANGSUNG sebarang rectifications atau rebuttal dilakukan oleh pihak berkuasa untuk elak persepsi salah ini dari terus berkembang. Mana Unit Komunikasi Korporat korang? Takkan infografik simple pun tak boleh buat?
BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

Mengenai kes individu yang dikutip PDRM kerana mengutuk hamun YDP Agong, aku cuma boleh katakan "padan muka hangpa". They asked for it, sampai ke tahap provokasi. Aku perhati saja tweets mereka pada malam tersebut. Tiada sebarang rasa gusar atau hormat malah seolah olah 'menjemput' pihak berkuasa mengambil tindakan. Berani buat berani tanggunglah. Lain kali kalau baru seminggu dua kahwin, duduklah elok elok bersuka ria senda gurau bak pasangan pengantin baharu yang lain... bukannya memaki hamun YDP Agong di media sosial.

Dalam masa sama, harap ambil maklum bahawa mendedahkan butiran peribadi individu di media sosial adalah salah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, yang mendedahkan boleh jatuh hukum dipenjara sehingga satu tahun atau denda RM50,000.00 atau kedua duanya. Jika ada yang mendapati butiran peribadi mereka seperti nama, nombor MyKad, alamat, tempat pekerjaan dan seumpamanya didedahkan, bolehlah laporkan pada Jabatan Perlindungan Data Peribadi, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam kedua dua kes ini - baik yang memaki hamun YDP Agong di media sosial dan yang mendedahkan butiran peribadi individu di media sosial - berani buat berani tanggunglah kan?

p.s. (tak berkaitan) Ex-JASA hanya mengirim borang memohon menyertai BERSATU, bukannya mereka otomatik diterima. Kalau nanti keahlian mereka diluluskan, hah, baru kita bangkang tahap Thanos (2019)