Wednesday, February 24, 2016

156 profesor yang ditamatkan bukan keputusan kerajaan


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh 

PUTRAJAYA – Khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri dan bukannya kerajaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua pihak harus tahu yang had umur bagi khidmat penjawat awam  hanya sehingga 60 tahun.

Menurutnya, sekiranya perkhidmatan penjawat awam hanya akan disambung secara kontrak selepas umur seseorang itu menginjak ke 61 tahun.

“Umur 60 tahun (bagi penjawat awam) adalah umur persaraan wajib yang telah diputuskan oleh kerajaan selama ini.

“Itu adalah peraturan. Penyambungan khidmat profesor (berumur lebih daripada 61 tahun) di universiti tempatan bukan tanggungjawab kerajaan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab pihak univerisiti,” katanya  dalam sidang media ‎Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa MyBrain di lobi Kementerian Pengajian Tinggi‎, di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.

Bagaimanapun, Idris dalam sidang media hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, hanya pihak universiti yang layak memilih dan menyambung kontrak tenaga profesor di institut pengajian masing-masing.

Thursday, February 18, 2016

Melonjak UiTM dipersada Global - Amanat Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM.

Empat fokus utama yang menjadi tindakan utama Dato' Naib Canselor, iaitu memperkukuhkan

(a) Jaringan Alumni dan industri
(b) Kebolehpasaran graduan UiTM dan tamat pengajian mengikut tempoh pengajian.
(c) Membudayakan Pengurusan Kewangan Lestari
(d) Melonjakan Kedudukan UiTM dalam penarafan universiti dunia.



Thursday, February 4, 2016

Makluman Staf UiTM Meninggal Dunia.


Dukacita dimaklumkan bahawa seorang staf Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah meninggal dunia pada 4 hb Feb 2016. 
Allahyarham Muhamad Yazid Bin Osman, saya banyak berurusan dengan beliau semasa saya menjadi penyelaras Program Pentauliah Profesional (3P) pada tahun 2008 kerana menggunakan makmal komputer dibawah seliaan beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.


Majlis Memperkenalkan Pemain & Jersi Pasukan UiTM FC 2016


Dato Prof Emiratus Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM pada 2 hb Februari 2016 diperkenalkan kepada pasukan bolasepak UiTM FC dan seterusnya melancarkan jersi baru Pasukan UiTM FC 2016. Dalam ucapannya beliau mencabar pasukan UiTM FC menjadi juara Piala Malaysia musim 2016.

Wednesday, February 3, 2016

Ucapan Sulung YBhg Prof Emeritus Dr Hassan Said Naib Canselor Baharu UiTM

"Di Malaysia kita sangat bagus dalam membuat "masterplan", "blueprint" dan pelbagai "print" tetapi yang menjadi masalah ialah perlaksanaan. Jika kita mempunyai "blueprint" yang melibatkan perancangan, dimana kita tahu bagaimana mahu melaksanakannya, kita tahu bagaimana memantau perjalanannya, kita tahu cara mengukur keberkesanannya, saya fikir kita boleh berjaya. Jangan pandang rendah kepada UiTM kerana kita memiliki pelbagai bakat, persoalannya bagaimana kita mengilap bakat-bakat ini supaya bakat-bakat ini bergermelapan diperingkat lokal dan global."

- Pendapat Prof Dr Hassan Said mengenai Trans4UiTM.