Thursday, October 9, 2014

Letupan di Sun Kompleks Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


9 Oktober 2014. Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Polis masih menyiasat punca kejadian.



Polis sedang menjalankan penyiasatan


Sun Kompleks lokasi letupan berlaku


Akta Hasutan 1948 oleh Peguambela/Peguamcara Sdr Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz



1. Akta Hasutan 1948 adalah di gubal berdasarkan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan had kepada kebebasan bersuara.

2. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen meminda Akta Hasutan pada tahun 1970 dengan menambah subsekyen (f) kepada seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948 dengan tujuan pencegahan agar tragedi berdarah 13 Mei 1969 berkenaan tidak akan berulang lagi.

3. Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan melarang mana-mana pihak untuk menghasut mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan atau kedaulatan perkara-perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:-
i) Bahagian III Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan Kewarganegaraan;
ii) Perkara 152 Perlembagaan iaitu berkaitan Bahasa Kebangsaan;
iii) Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan Perizaban kuota berkenaan perkhidmatan, permit, dsb bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak;
iiii) Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan Kecualian bagi kedaulatan dsb, Raja-Raja

4. Akta Hasutan wajib di pertahankan kerana di bawah Perkara 63(4) PerlembagaanPersekutuan, Ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan atas kenyataan mereka ketika menyertai perbahasan di Parlimen kecuali jika kenyataan mereka itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.Kes Mark Koding adalah satu contoh kes di mana seorang Ahli Parlimen di dapati bersalahdi bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan mencadangkan pindaan kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan kerana menurut beliau selagi Perkara 152 Perlembagaan berkenaan tidak di pinda maka kedudukan sekolah vernacular di Malaysia boleh di cabar keabsahan penubuhannya mengikut Perlembagaan.

5. Jika Akta Hasutan di mansuhkan, Ahli Parlimen boleh membahaskan dan membawa usul untuk menghapuskan isu-isu teras negara seperti kewarganegaraan, Raja-raja, Hak istimewa Melayu dan Bahasa Melayu.

6. Kita wajib mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan memperbaiki dan memperkemaskan aspek penguatkuasaannya dan membuang terus persepsi negatif masyarakat berkaitan isu pendakwaan terpilih terhadap pemimpin pembangkang serta isu penguatkuasaan Akta Hasutan berkenaan.

7. Terdapat beberapa cadangan untuk menambahbaik dengan meminda Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa untuk pertimbangan pihak Kerajaan dan memasukkan perlindungan-perlindungan seperti cadangan berikut sebagai termasuk juga dalam perkara-perkara yang jika di persoalkan akan di anggap berkecenderungan menghasut iaitu:-
i) Memasukkan perlindungan terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu peruntukan berkaitan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.
ii) Memasukkan Perkara 8(5)(c) iaitu berkaitan dengan perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang Asli Semenanjung Tanah Melayu.
iii) Memasukkan Perkara 8(5)(f) Perlembagaan Persekutuan iaitu perkara berkaitan Rejimen Askar Melayu DiRaja;
iiii) Memasukkan perkara 89 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan Tanah Rezab Melayu
v) Memasukkan perkara-perkara yang terkandung di dalam BahagianXIIA Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan PerlindunganTambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

8. Selanjutnya, adalah di cadangkan juga agar Parlimen meminda seksyen 3(1)(a) AktaHasutan 1948 dengan tidak menjadikan hasutan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap Kerajaan itu sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Pindaan ini akan membawa maksud Kerajaan adalah terbuka terhadap kritikan dan sebarang proses berkaitan hal tersebut hendaklah di lakukan dalam ruang lingkup undang-undang. Kami percaya bahawa banyak undang-undang lain selain Akta Hasutan ini adalah memadai untuk mengawal dan mencegah sekiranya proses kebencian terhadap kerajaan itu di lakukan tidak menurut lunas undang-undang danPerlembagaan Persekutuan.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara