Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Makna Modeniti Menurut Barat dan Islam

Dari segi bahasa modernity dari perkataan Latin, modernus yang bermaksud  pada masa ini. Modeniti adalah satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui  pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan. Modeniti dicirikan dengan industrialisme,kapitalisme,sekularisasi,dan negara-bangsa.

Habermas, seorang filosof kontemporari yang mewakili modeniti,  terpaksa mengakui kelemahan yang ada pada modeniti, khususnya dalam  wacana kesadaran manusia (consciousness) sehingga banyak menimbulkan penyelewengan akliah, tetapi beliau cuba mempertahankan modeniti daripada kritikan golongan pascamoden. Zaman modern bagi Habermas berkait rapat dengan proses rasionalisasi (rationalization). 

Rasionalisasi diperkenalkan oleh  Max Weber untuk menjadi asas kepada kapitalisme. Dalam hal ini Habermas (1985) mengatakan: 

What Weber depicted was not only the secularization of Western culture, but also and especially the development of modern societies from the viewpoint of rationalization. The new structures of society were marked by the differentiation of the two functionally intermeshing systems that had taken shape around the organizational cores of the capitalist enterprise and the bureaucratic state apparatus. Weber understood this process as the institutionalization of purposive-rational economic and administrative action. To the degree that everyday life was affected by this cultural and societal rationalization, traditional forms of life - which in the early modern period were differentiated primarily according to one’s trade - were dissolved.

Modeniti dikenali sebagai the age of reason (zaman akal). Hegel seorang yang dianggap salah seorang nabi modeniti (the prophet of modernity) mengatakan bahawa pada zaman moden agama yang akan bertahan adalah  agama akal. Bahkan baginya agama adalah “the power to act upon and to establish the rights which reason has bestowed”. 

Modeniti kata salah seorang pemikir Barat adalah “meant to inaugurate a new age of human freedom and  self determination as contrasted with previous eras of political, clerical and intellectual tautelage”(Dallamyr 2008). Modeniti lahir di Barat setelah falsafah Barat berjaya meminggirkan agama dan tradisi daripada menguasai masyarakat. Modeniti telah menolak pandangan alam yang berdasarkan kepada agama. 

Ia  telah membangun worldview baru dan menolak metafizik. Kerana itu, menurut  Delanty (2007), modeniti juga dicirikan dengan tiadanya sesuatu yang pasti: “the loss of certainty and the realization that certainty can never be established once and for all”. Penting untuk dicatat bahawa modeniti dengan perangkat epistemologinya adalah alat dominasi tamadun Barat. 

Beberapa pemikir Barat, seperti Adorno, Heidegger dan Vattimo (1973), menghubungkan keangkuhan manusia moden  yang cenderung kepada penguasaan, totalizing dan obsesi mencipta (making) kepada dualisme Cartesian (Vattimo 1988). 

Bagi Adorno dengan konsep cogitonya Descartes bukan sahaja menegaskan keutamaan akal tetapi juga memisahkan antara manusia dengan alam. Maka kebebasan manusia moden juga menegaskan kekuasaan manusia atas alam. Alam digambarkan sebagai benda semata-mata yang wujudnya hanya untuk dikuasai oleh manusia. 

Di samping itu, Heidegger pula melahirkan istilah baru yang disebut machenschaft bagi menggambarkan obsesi manusia moden dengan making (membuat, mencipta) dan domineering fabrication (penciptaan yang menindas). Machenschaft katanya adalah satu bentuk machination di mana amalan kreatif digantikan dengan usaha yang teratur dan kontrol pengurusan. Machenschaft ini menurutnya didukung oleh kemutlakan sains dan teknologi yang menjadikan segalanya dapat dibuat atau “makeable” (machbar) (Dallamyr 2008). 

Seiring dengan berkembangnya falsafah empirisisme, positivisme dan liberalisme di zaman moden, maka kemajuan di Barat menekankan sains dan teknologi dan kemajuan material. Kerana itu modeniti akan mengagungkan sains dan teknologi (the exaltation of science and technology) dan secara tidak langsung menekan disiplin ilmu yang tidak sejajar dengan arus tersebut. Tidak hanya itu, penekanan pada sains dan teknologi ini juga mengakibatkan  krisis kemanusiaan berlaku. 

Beberapa pemikir Barat seperti Heidegger dan Husserl mengakui bahawa teknologi menyebabkan manusia mengalami dehumanisasi. Maka berlakulah apa yang mereka sebut sebagai krisis humanisme (Vattimo 1988).  

Adorno, seorang filsuf Jerman yang sangat membenci fasisme, menyerlahkan  kelemahan modeniti: 

The dilemma that faced us in our work proved to be the first phenomenon for investigation: the self-destruction of the Enlightenment. We are wholly convinced –and therein lies our petitio principii- that social freedom is inseparable from enlightened thought. Nevertheless, we believe that we have just as clearly recognized that the notion of this very way of thinking, no less than the actual historic forms- the social institutions- with which it is interwoven, already contains the seed of the reversal universally apparent today. If enlightenment does not accommodate reflection on this regressive element, it seals its own fate. 

Beberapa perkara digariskan oleh Horkheimer et al. (1973) untuk menunjukkan kelemahan-kelemahan tersebut sehingga menyebabkan dehumanisasi: 

In the enigmatic readiness of the technologically educated masses to fall under the sway of any despotism, in its self-destructive affinity to popular paranoia, and in all uncomprehended absurdity, the weakness of the modern theoretical faculty is apparent…the fallen nature of modern man cannot be separated from social progress. On the one hand the growth of economic productivity furnishes the conditions for a world of greater justice; on the other hand it allows the technical apparatus and the social groups which administer it a disproportionate superiority to the rest of the population. The individual is wholly devalued in relation to the economic powers. 

Kepincangan modeniti (keterbatasan, ketidakcukupan, kedangkalannya) telah banyak disentuh oleh sarjana Muslim kontemporari. Setelah mengutip pernyataan Bauman (1991) dan Habermas (1985), Hoffman (2001) menegaskan bahawa selagi manusia dianggap penentu segala sesuatu (measure of all things), pembawa dan sumber segala hak, maka selamanya krisis makna dan nilai-nilai moral akan terus menghantui manusia. Baik modeniti mahupun pascamodeniti, baginya hanya akan menambahkan bencana kemanusiaan (Hoffman 2001). 

Bagi majoriti sarjana Muslim, jelas bahawa pascamodenisme tidak memberikan jawapan terhadap krisis kemanusiaan, ia malah berpotensi menambah lagi krisis tersebut (Khalif Muammar 2009). Pembangunan mengikut perspektif Islam adalah pembangunan yang menyeluruh. Perbezaan yang mendasar terdapat dalam pembangunan Islami berbanding konsep pembangunan yang dibangunkan oleh peradaban Barat. 

Dalam pembangunan Islami ini agama memainkan peranan yang dominan dalam segala aspek pembangunan. Pembangunan sekular, yang umumnya direka dan dilaksanakan oleh para teknokrat, terlalu menumpukan kepada hardware (infrastruktur dan hal-hal yang berbentuk fizikal) yang bersifat tangible (ketara) dan kurang kepada software (moral, pendidikan, pemikiran, nilai-nilai murni) yang bersifat intangible (tidak ketara) dalam pembangunan (al-Attas 1969). 

Penumpuan kepada aspek hardware inilah yang akhirnya menyebabkan lebih ramai orang terjebak dalam kerusakan moral, rasuah (corruption), jenayah dalam pelbagai bentuknya. Sebaliknya jika pembangunan itu diatur dan direka sesuai dengan pandangan alam Islam maka kekeliruan dan kerusakan dalam segala bidang, moral (moral judgment), pemikiran, politik, pendidikan dan  sebagainya. akan dapat diatasi sehingga kehidupan masyarakat lebih bahagia. Kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia, kesejahteraan dan kebahagiaannya, tidak merendahkan martabat manusia dan menjadikannya sebagai alat bagi industri dan negara. Kerana itu perubahan perlu dilakukan daripada penumpuan terhadap industri dan negara kepada individu dan institusi pendidikan. Penekanan terhadap pembangunan insan dan pemerkasaan institusi pendidikan perlu diutamakan daripada pembangunan material dan pertumbuhan ekonomi. 

Hal ini telah dihuraikan oleh Wan Mohd Nor (2005b) dalam bukunya Pembangunan di Malaysia. Beliau (2004) juga menyatakan dengan tegas dalam sebuah puisinya:

Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur: 
Pada betapa panjangnya umur 
Pada berapa keping ijazah dirangkul 
Pada banyak pendapatan terkumpul. 
 
Negara juga dianggap maju bukan:- 
Pada bangunan gagah tinggi menombak awan 
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung 
Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung. 
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman 
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan 
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi 
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti? 

Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa 
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita? 
Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan 
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan 
Dan selamat datang pada kehaiwanan.

Dalam Islam kemajuan material bukan esensi, ia hanya sampingan (complementary). Justeru kesilapan memahami makna kemajuan menyebabkan ramai orang menganggap yang sampingan itulah esensi kemajuan. Oleh kerananya dalam Islam kemajuan material tidak dapat dijadikan ukuran kemajuan dan pembangunan. Kemajuan material yang tidak disertakan dengan kemajuan yang menyeluruh termasuk aspek mental, emosional, moraliti dan spiritual akan menyebabkan manusia semakin menderita.

Walaupun bukan esensi bukan bererti kemajuan material tidak penting atau tidak perlu. Kita tidak menafikan keperluan pembangunan material, pertumbuhan ekonomi, kemajuan sains dan teknologi, semua itu perlu. 

Tetapi jika kita hanya melihat aspek ini sahaja dan menafikan atau mengetepikan aspek lain yang lebih fundamental maka yang akan berlaku bukan kemajuan dan pembangunan sebenar tetapi adalah sebenarnya kehancuran dan kemunduran. Untuk lebih mudah boleh kita kiaskan dengan seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita. Seorang lelaki biasanya akan mencari wanita yang cantik rupawan, namun apabila kecantikan fizikal yang menjadi ukuran dan keutamaan maka rumahtangga yang ia bina tidak akan bahagia.

Monday, July 15, 2013

Islam Dalam Pembentukan Jati Diri Melayu

Sejarah menyatakan bahawa sebelum kedatangan penjajah Barat, masyarakat alam Melayu telah mempunyai tamadun dan intelektual yang tinggi dan cemerlang (Zainal 2005). Namun begitu, tahap kecemerlangan dan ketinggian ini sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai asas perpaduan dan jati diri yang dapat membezakannya dengan rumpun bangsa yang lain. Kemudian, setelah kedatangan Islam ke rantau ini, rumpun Melayu telah menemui asas jati diri yang sebenar iaitu agama Islam yang kekal sehingga kini. 

Malah, penetapan asas jati diri Islam ini telah diakui dalam kalangan akademia yang membahagikan ras bangsa masyarakat dunia kepada lima jenis; Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam), Mangolian (kulit kuning),  Red Indian (kulit merah), dan Melayu Polynesia (kulit sawo matang). Dalam kerangka pembahagian ini, ras Melayu telah digunakan dengan merujuk kepada tiga elemen utama, iaitu pertama, beragama Islam, kedua, mendiami kawasan Nusantara, dan ketiganya, mengamalkan sosio-budaya dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya (Muhammad Yusoff 1992).

Punca utama yang menyebabkan masyarakat Melayu memilih Islam sebagai asas jati diri kemelayuan telah dilihat oleh kebanyakan sarjana moden antara lainnya adalah kerana kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang boleh dijelaskan dengan beberapa penerangan (Rahimin Affandi 2005: 
20-21):

1. Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentaliti masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal (menghormati keharmonian alam).

2. Sifat ajaran Islam yang mudah difahami, rasional dan sesuai dengan fitrah manusiawi berbanding dengan agama lain.

3. Cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwah). 

Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islamlah yang telah memperkenalkan dunia Melayu kepada budaya ilmu dan pemikiran rasional yang menolak fahaman tahyul dan mitos. Islam jugalah yang memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia luar, baik Timur mahupun Barat, sehingga memungkinkan bangsa Melayu mengadun, menempa dan membina sebuah kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah. Islamlah juga yang telah menyempurnakan fahaman keperibadian sendiri, mengemaskinikan Faham Kebangsaan Melayu dan menjadi faktor pemersatu (the unifying force) orang-orang Melayu di rantau ini. 

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada peneguhan jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu adalah kerana sifat kesucian dan kesyumulan Islam itu sendiri yang penuh dengan pelbagai sumber dan prinsip bagi menjana perkembangan hidup manusia ke arah yang lebih baik. 

Agama Islam mempunyai ciri asas yang sangat unggul dan sangat istimewa. Keunggulan dan keistimewaan ciri tersebut, sebagaimana yang dinukil oleh Khurshid Ahmad (1981), merangkumi tujuh perkara iaitu:

i.    Cara hidup yang sempurna
ii.   Kesejagatan dan kemanusiaan
iii.  Mudah, rasional dan praktikal
iv.  Perpaduan antara kebendaan dan kerohanian
v.   Keseimbangan antara individu dan masyarakat
vi.  Mengandungi unsur tetap dan berubah
vii.  Ajaran yang terpelihara

Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di dunia.  Tanpa agama, seseorang individu tidak mempunyai hala tuju yang benar dan jelas dalam menikmati kehidupan (Abdul Ghafar & Zaleha 2008). Islam juga merupakan agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Dalam konteks ini, pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat Melayu. Ini adalah kerana semangat perpaduan dalam kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, ummah dan ukhuwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu  semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi (Rahimin Affandi 2000).

Thursday, August 30, 2012

Senarai 50 Muslimin Yang Berpengaruh Di Dunia


1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa'id al Sa'id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of  Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma'a, Grand Mufti of the Arab  Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood

13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu'minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa'adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa'id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement

32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
42. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah 'Aa Gym' Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization

(Sumber - http://www.yale.edu)


Monday, March 19, 2012

Pemikiran Politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Mengenai Konsep Pembinaan Peradaban Ummah

Pengenalan.

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani merupakan seorang tokoh pembaharuan yang hidup pada abad ke-19M. Pemikirannya tertumpu kepada usaha untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam yang ketika itu berada di bawah cengkaman penjajah. Sumbangannya banyak, antaranya dalam bidang politik, apabila beliau menganjurkan pembentukan konsep Pan-Islam kepada masyarakat. Menurut Nikki R.Keddie, al-Afghani telah menghabiskan banyak usianya dalam aktiviti politik berbanding dengan aktiviti lain seperti pembaharuan dalam hal keagamaan yang turut mendapat tempat dalam pemikiran beliau. Ini membawa maksud, pembaharuan dalam bidang politik seperti mewujudkan kesatuan politik dan pembentukan serta pengukuhan kekuatan dalam dunia Muslim dan menamatkan penjajahan Barat merupakan satu keutamaan kepada al-Afghani (Keddie 1983: 39).

Riwayat Hidup.

Nama penuhnya adalah Muhamamad Jamal al-Din bin Safdar yang mempunyai pertalian kekeluargaan hingga kepada al-Husain bin Ali r.a. Tempat kelahirannya menjadi topik perbincangan ilmuan sama ada dilahirkan di Asad Abad berdekatan Bandar Kanz di Afghanistan ataupun di Asad Abad yang berdekatan dengan Hamadan di Parsi (Eeman Mohamed Abbas 2002). Menurut Abdul Naim Husnain (1986), pada hakikatnya al-Afghani merupakan warganegara Iran dan beliau dinisbahkan kepada perkataan ‘Afghani’ kerana dua faktor. Pertama adalah untuk memudahkan beliau menonjolkan diri sebagai seorang yang berfahaman Sunni dan bukannya berfahaman Syiah. Keduanya adalah untuk membolehkannya melepaskan diri daripada kezaliman dan kawalan pemerintah Iran ketika berada di luar negara.

Pendidikan Jamal al-din al-Afghani bermula dengan sekolah tempatan ketika berumur antara lima hingga sepuluh tahun. Apabila umurnya mencapai usia lapan belas tahun, beliau telahpun habis belajar secara praktikal keseluruhan tahap pendidikan Islam yang merangkumi ilmu-ilmu seperti nahu Arab, falsafah retorika, sufi, logik, fizik, metafizik, matematik, astronomi, perubatan, anatomi dan pelbagai subjek lagi (Kaloti 1974). Selain itu al-Afghani juga didapati telahpun berjaya menguasai bahasa Afghan, Parsi, Turki, Arab, Perancis, Inggeris dan juga Rusia (al-Makhzumi 1965).

Al-Afghani merupakan seorang pengembara yang hebat dan banyak pengalaman. Sepanjang kehidupannya, beliau telah membuat penjelajahan dan pengembaraan hampir ke seluruh pelusuk dunia. Di dalam ekspidisinya itu, beliau banyak membuat lawatan ke beberapa buah negara Islam di Asia dan Afrika serta pernah sampai ke benua Eropah untuk mencari pengalaman hidup disamping menyampaikan buah fikirannya (Landau 1990). Dalam pengembaraannya itu, Al-Afghani dikatakan telah mencetuskan satu kontroversi hebat yang diperdebatkan oleh ramai ilmuan tentang perjuangan sebenar beliau iaitu penglibatannya di dalam aktiviti Freemason yang mempunyai kaitan dengan gerakanYahudi.

Namun begitu ada di kalangan ilmuan seperti Muhsin Abd al-Hamid,Muhammad Imarah dan Ali Abd al-Halim Mahmud yang mengatakan bahawa al-Afghani sebenarnya tidak mengetahui matlamat sebenar kumpulan Freemason tersebut. Walaupun begitu bagi bagi Eeman Mohamed Abbas (2002), al-Afghani sebenarnya mengetahui tentang matlamat dan perancangan pihak Freemason dan mempersoalkan penglibatan al-Afghani dalam aktiviti kumpulan tersebut. Bagi Eeman, penglibatan al-Afghani dengan gerakan Freemason boleh menyebabkan keikhlasannya memperjuangkan pembinaan Pan-Islam dipersoalkan.

Perjuangan dan pengembaraan al-Afghani akhirnya terhenti apabila beliau menghembuskan nafsnya yang terakhir pada 9 Mac 1897M (al-Makhzumi 1965). Beliau telah disemadikan di Makam Nishantah di Istanbul dan pada tahun 1945M, jenazahnya telah dipindahkan ke Afghanistan dan di makamkan berdekatan dengan Ali Abad diKabul (Bearman 1993).

Idea Pembentukan Pan-Islam.

Projek Pan-Islam dikatakan salah satu idea al-Afghani yang paling popular. Kenyataan ini disokong oleh Haim yang menegaskan bahawa keutamaan dalam rancangan politik yang dicetuskan oleh al-Afghani tertumpu kepada Pan-Islam (Haim 1976: 3-5). Perkataan Pan-Islam di dalam bahasa Arab bermaksud ‘al- Wihdah al-Islamiyyah’ yang bererti satu ideologi yang bertujuan menumpukan usaha kepada penyatuan seluruh masyarakat Muslim di dalam satu entiti Islam. Kesatuan Ummah atau Pan-Islam yang terbentuk berdasarkan elemen keagamaan ini sebenarnya sudahpun wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi tetapi pada abad ke-19M ia digunakan oleh pergerakan Islam untuk tujuan politik(Bearman 1993:248).

Memandangkan penglibatan al-Afghani yang banyak dalam Pan-Islam, maka beliau telah diberikan penghargaan kerana dianggap sebagai tokoh terawal dan terkenal yang mengasas dan memimpin pergerakan ini. Dengan menggunakan kelebihan berpidato serta usaha yang tidak pernah jemu untuk menyedarkan masyarakat Muslim supaya bangkit untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik, al-Afghani dikatakan tokoh yang paling sinonim dengan idea-idea Pan-Islam (Goldziher 1913;1008).

Penglibatan al-Afghani dalam Pan- Islam ini bermula di Mesir apabila beliau melibatkan diri untuk menyedarkan masyarakat di sana. Ketika di Mesir, al-Afghani bebas menyampaikan pandangannya yang berkaitan dengan persoalan politik di dalam dewan-dewan kuliah. Aktiviti yang dipimpin oleh al-Afghani ini telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Pandangan-pandangan beliau yang kritis ini telah berjaya mempengaruhi para pelajarnya untuk menjadi para pejuang dalam mempertahankan negara(Goldziher 1913:1009).

Sebenarnya idea Pan-Islam ini berada di kemuncaknya apabila al-Afghani sampai di Istanbul pada tahun 1890-an. Ketika di Istanbul, al-Afghani cuba untuk berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II (pemerintah Empayar Uthmaniyyah). Al-Afghani cuba memujuk Sultan agar menerima cadangannya mengenai urusan hubungan antarabangsa dan akhirnya beliau telah dibenarkan oleh Sultan tinggal di Istanbul. Sultan memberikan kebenaran kepada al-Afghani menetap di Istanbul kerana baginda tertarik dengan idea Pan-Islam yang dibawa oleh beliau. Ketika di Istanbul, al-Afghani tidak sahaja melibatkan dirinya dalam program Pan-Islam yang diketuai oleh Sultan malah beliau dapat meneruskan ideanya itu dengan lebih baik apabila dilantik sebagai pengerusi biro propaganda Pan-Islam(Stoddard 1966:61).

Antara intipati yang boleh difahami daripada projek Pan-Islam yang dicetuskan oleh al-Afghani ialah hanya Islam yang mampu menjadi ikatan kepada kesatuan Muslim. Jika ikatan ini berjaya dipertahan dan diperkukuhkan, maka ia akan menjadi satu penggerak kepada keharmonian kehidupan umat Islam, manakala penekanan kepada perasaan bangga dan kagum kepada kesatuan Muslim itu pula akan membentuk dan mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara Islam (Al-Afghani &Abduh 1958:49).

Ketika beliau berada di Paris, al- Afghani telah menerbitkan sebuah majalah yang diberi nama ‘al-Urwah al- Wuthqa’ dengan bantuan anak muridnya yang terkenal iaitu Muhammad 'Abduh. Melalui majalah ini, al-Afghani telah menyuburkan idea-idea beliau yang banyak berkisar mengenai masa depan politik umat Islam di seluruh dunia. Dalam satu artikelnya yang bertajuk ‘al-Wihdah al-Islamiyyah’, al- Afghani telah menekankan mengenai keperluan setiap Muslim untuk bersatupadu dan bekerjasama sesama mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih sempurna dan juga bagi menghadapi pencerobohan pihak luar.

Di dalam artikel ini juga, al-Afghani memberi contoh kepada kekuatan yang pernah tercatat dalam sejarah Islam dimana kerajaan yang ditadbir oleh umat Islam pada masa dahulu pernah menguasai dunia.Mereka telah mentadbir sebuah kerajaan yang besar bermula dari Andalusia di barat hingga ke China di timur. Tidak ada kuasa pada masa itu yang mampu menandingi kekuatan mereka.

Pemerintah kerajaan Muslim pada masa itu telah membawa kemakmuran yang banyak dalam bidang ekonomi terutama di beberapa buah pusat pemerintahan Islam di seluruh dunia yang turut menjadi pusat peradaban dunia ketika itu seperti Mekah, Madinah, Baghdad, Damsyik, Sepanyol (Andalusia) dan lain-lain (Al-Rafie 1967:86).

Selain daripada seruannya supaya umat Islam dapat bersatu-padu dalam satu kesatuan ummah, perjuangan al-Afghani juga banyak tertumpu kepada usaha menentang penjajahan yang berlaku di dalam negara mereka. Sebenarnya idea Pan-Islam di atas mempunyai hubungan yang rapat dengan seruan al-Afghani kepada umat Islam supaya menentang kolonialisme Barat. Bagi beliau, umat Islam perlu bersatu padu dan bekerja sama sesama mereka jika mahu mengusir penjajah (Al-Afghani &Abduh 1958:75).

Banyak artikel yang ditulis al-Afghani menjurus kepada sikapnya yang begitu anti penjajahan terutamanya yang dilakukan oleh Inggeris dan Perancis. Sebagai contoh, dalam satu artikelnya yang bertajuk ‘al-Wihdah al- Siyadah’, al-Afghani berpendapat bahawa menjadi satu kewajipan kepada seluruh Muslim untuk bangun menentang campur-tangan pihak asing. Selagi mereka bersatu padu di bawah tali persaudaraan yang bertunjangkan kepercayaan penuh kepada Islam, mereka akan dapat mengenepikan semua perbezaan dan perpecahan. Untuk menjayakan misi ini, semua Muslim sepatutnya lebih bertimbang-rasa dalam konteks persaudaraan sesama Islam (Al-Afghani&Abduh 1958:76).

Oleh itu, al-Afghani telah meminta supaya segala perselisihan faham dan pendapat dalam masyarakat Islam dapat dihapuskan. Ini memandangkan ianya membawa kepada perpecahan, perbalahan dan permusuhan antara satu sama lain. Al-Afghani mempunyai keinginan untuk melihat beberapa kumpulan mazhab dalam masyarakat Islam hidup bersatu-padu. Mazhab-mazhab tersebut antaranya ialah Sunni dan Shi’ah. Perselisihan antara kedua-duanya telah berlarutan sejak sekian lama bermula dari zaman para sahabat sampailah sekarang. Dan melalui akhbar al-Urwah al-Wuthqa, al-Afghani cuba untuk mendamaikan kedua-dua kumpulan ini yang kuat bertapak di Afghanistan dan Iran pada waktu itu (Landau 1990:16).

Pan-Islam yang diperjuangkan oleh al-Afghani ini boleh difahami dengan lebih baik apabila beberapa petikan ucapan yang disampaikan oleh beliau terutama ketika berada di Mesir dapat dikutip dan dibaca. Pada waktu itu, Mesir sedang dijajah oleh pihak Inggeris. Antaranya beliau menjelaskan:

"Dunia Nasrani (Barat) walaupun mereka berbeza dari segi keturunan dan kebangsaan tetapi ketika menghadapi masyarakat Timur khususnya Islam mereka bersatupadu menghancurkannya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap dendam dan sakit hati terhadap Islam ketika mereka bertemu di dalam Perang Salib dahulu. Masyarakat Barat mempertahankan serangan-serangan dan hinaan-hinaan yang dilemparkan kepada negara Islam dengan mengatakan bahawa Islam itu terkebelakang dan mempunyai akhlak yang biadap (kurang ajar).

Kebencian kepada Islam menyelusup ke dalam setiap sanubari orang Barat terutamanya Kristian dan pertentangan mereka terhadap Islam dilakukan sama ada secara sembunyi ataupun terbuka. Setiap perasaan dan aspirasi Muslim itu diejek dan difitnah oleh mereka. Apa yang disebut di Eropah sebagai nasionalisme dan patriotisme, di Timur dianggapnya sebagai fanatisme.

Dan apa yang di Barat disebut sebagai harga diri dan kehormatan dan kemulian bangsa, di Timur dianggap oleh mereka sebagai chauvinisme. Dan apa yang disebut di Barat sebagai sentimen kebangsaan, di Timur dipandangnya sebagai penyakit benci kepada orang asing. Dari semuanya itu, jelaslah bahawa seluruh dunia Islam harus bersatu terutamanya dalam membina kerjasama pertahanan yang kukuh bagimempertahankan diri dari keruntuhan.” (Landau 1990:62)

Daripada ucapan yang disampaikan oleh al-Afghani tersebut menjelaskan bahawa Barat sebenarnya terlebih dahulu menyakiti hati umat Islam lanjutan daripada sikap dendam mereka kerana terpaksa menanggung kekalahan dalam Perang Salib. Oleh itu, apabila mereka mempunyai peluang yang baik untuk memalukan umat Islam, maka peluang itu tidak dilepaskan.

Mereka melakukan pelbagai cara seperti menfitnah, menghina dan yang lebih buruk menceroboh kedaulatan negara umat Islam. Bagi menangkis serangan dari pihak luar tersebut, al-Afghani telah menyarankan agarMuslim bersatupadu sebagai satu sistem pertahanan yang berkesan untuk menghadapi dasar imperialisme Barat pada waktu itu. Pada masa yang sama, al-Afghani juga turut menyokong idea mewujudkan semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cintakan tanah air yang merdeka (wataniyyah) di kalangan umat Islam.

Melalui idea ini, al-Afghani melihat bahawa untuk memupuk satu kesatuan di kalangan umat Islam dalam sesebuah negara maka semangat kebangsaan perlu ditanam dalam jiwa walaupun mereka hidup dalam komuniti yang dikuasai oleh agama dan bangsa lain. Sebagai contoh, untuk mewujudkan satu kerjasama erat dalam masyarakat India yang berbilang agama dan bangsa, al-Afghani menekankan kepada kepentingan kesatuan bahasa dan penggunaan bahasa tempatan dan menolak secara lembut kepentingan kesatuan berteraskan agama (Keddie 1983:57).

Ini bermakna dalam sesetengah keadaan dan tempat, semangat kebangsaan melalui penggunaan bahasa ibunda lebih menampakkan hasil daripada menggunakan kaedah penyatuan melalui agama dalam usaha untuk membentuk kekuatan di dalam sesebuah negara.

Kontroversi Perlaksanaan Idea Pan-Islam.

Sebenarnya, idea Pan-Islam yang telah diperkenalkan oleh al-Afghani dan diperkembangkan oleh Sultan Abdul Hamid II tadi telah mengundang kontroversi di kalangan para ilmuan dan umat Islam. Kontroversi itu berlegar di sekitar isu sama ada Pan-Islam itu membawa maksud satu bentuk pemerintahan yang bersifat universal atau sejagat di bawah satu pemerintahan khalifah atau sebaliknya.

Sati’al-Husri, seorang pemikir dan nasionalis Arab sebagai contoh, telah menegaskan bahawa al-Afghani tidak pernah mencadangkan sebarang idea mengenai masyarakat Muslim sepatutnya hidup dan diperintah oleh seorang pemerintah tunggal. Manakala pendapat yang kedua pula, mendakwa bahawa al-Afghani merupakan seorang bapa yang mencetus semangat kepada pembentukan pemerintahan universal dan diketuai oleh seorang khalifah (Tibi 1981:38-43).

Bagi diri al-Afghani sendiri, beliau kelihatan tidak pernah melahirkan arahan supaya masyarakat Muslim mesti menubuhkan satu bentuk pemerintahan universal. Di dalam satu artikelnya, al-Afghani telah menyindir keseluruhan rangka atau bentuk sistem politik Muslim. Beliau kemudian menyatakan bahawa masyarakat Muslim yang telahpun dibentuk sebagai satu hubungan persaudaraan oleh Tuhan, sepatutnya bersatu-padu bagi membina sebuah benteng kukuh untuk mempertahankan mereka daripada sebarang ancaman luar. Beliau menjelaskan:

“Tetapi saya tidak bermaksud untuk mendesak semua umat Islam mempunyai satu bentuk pemerintahan di bawah satu pemerintah tunggal kerana ini mugkin sukar untuk dicapai. Walaupun begitu, saya cuma meminta agar kuasa tertinggi sekali ialah al-Quran dan Islam sepatutnya menjadi asas kepada penyatuan mereka.” (A-Afghani &Abduh 1958:345)

Justeru itu, kontroversi yang bermain difikiran para ilmuan mengenai idea Pan-Islam al-Afghani ini berterusan sehinggalah Keddie membuat satu penilaian yang agak relevan dengannya. Menurut beliau, idea Pan-Islam tersebut hendaklah difahami dalam konteks perasaan pragmatik dalam diri al- Afghani terhadap dasar imperialisme dan anti penjajahan. Melalui Pan-Islam ini, al-Afghani telah menggunakan Islam sebagai satu ideologi untuk menguatkan posisi kesetiaan dan identiti umat Islam bagi menentang Barat (Keddie1983:58-59).

Peranan Pihak Pemerintah.

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani turut menekankan kepentingan yang perlu dimainkan oleh pemerintah dalam sesebuah negara dalam usahanya menjayakan pembaharuan dalam sistem politik mereka. Al-Afghani menaruh harapan yang tinggi kepada mereka supaya menjadi lebih progresif dan berdaya maju untuk membawa masyarakat ke arah pembentukan bangsa Muslim yang bersatu.

Beliau membenci dan mengeji golongan pemerintah yang melampau pada abad ke-19M. Golongan ini menurut al-Afghani membiarkan diri mereka terpengaruh dengan taqlid buta yang dipimpin oleh Barat. Mereka berkeyakinan bahawa tidak ada sesuatupun yang baik dalam dunia Islam dan Timur, begitu juga dengan budaya dan tamadun mereka (Islam). Mereka inilah yang memperkenalkan institusi Barat tanpa sebarang batasan kepada masyarakat. Sesetengah daripada mereka telah meniru Barat dengan sepenuhnya apabila menukar gaya hidup seperti makanan, pakaian, peralatan rumah dan sebagainya (Keddie 1983 93).

Pemerintah menurut Sayyid Jamal al-Din al-Afghani sebenarnya mempunyai peranan yang amat besar dalam sesebuah negara. Selain daripada menjadi ketua kepada masyarakat, pemerintah juga merupakan lambang perpaduan di kalangan rakyat.

Melalui mereka, rakyat akan bersatu-padu mempertahankan tanahairnya. Namun begitu keadaan seperti itu tidak begitu wujud di kebanyakan negara Islampada ketika itu. Tradisi politik di kebanyakan negara Timur adalah berdasarkan konsep kuasa mutlak di mana anak akan menggantikan bapa apabila berlaku pertukaran takhta. Tradisi ini sebenarnya menindas rakyat kerana kebanyakan pemerintah yang menaiki takhta kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk memerintah dan selalu melakukan kezaliman terhadap rakyat (Hamka 1970:147).

Oleh itu, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani merasakan ianya perlu diubah demi kesejahteraan ummah. Pemerintah perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memerlukan rakyat untuk menyokong tampuk pemerintahan dan bukannya memecah-belahkan rakyat. Dalam hal ini menurut al-Afghani, seorang pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menganggap rakyatnya sebagai sahabat dan bukannya musuh yang menunggu kesempatan untuk menggulingkannya dan meruntuhkan kerajaannya. Malah al-Afghani menegaskan bahawa kerajaan yang kuat itu sebenarnya mendapat sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyatnya.

Konsep Dewan Perwakilan atau Parlimen adalah satu konsep terbaik yang perlu diwujudkan oleh pemerintah untuk kesejahteraan rakyat yang akan mendapat jaminan dari segi kebebasan bersuara dan berpendapat (Hamka 1970:148).

Justeru itu, daripada kesemua penjelasan yang berkisar mengenai idea Pan-Islam dan peranan pemerintah tadi menunjukkan bahawa penekanan yang dibuat oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ialah seluruh umat Islam di dunia harus bersatu-padu membentuk perjuangan untuk mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara. Dan Pan-Islam merupakan satu bentuk perjuangan melalui jihad yang sesuai kepada masyarakat Islam. Pan-Islam dalam pengertiannya yang luas membawa maksud satu ikatan persaudaraan antara seluruh Mukmin. Ia merupakan lambang perpaduan Islam di dunia ini untuk mengalahkan sebarang bentuk penjajahan oleh negara luar. Melalui Pan-Islam ini negara-negara Islam serta masyarakat didalamnya akan bersatu-padu di bawah satu moral dan nilai (Mohd Kamil Abdul Majid 1993:54).

Reaksi Masyarakat Terhadap Pemikiran Islah Al-Afghani.

Bagi diri Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, fenomena yang menimpa nasib umat Islam di seluruh dunia ketika itu hanya mampu diubati dengan melaksanakan beberapa pembaharuan terutamanya dalam aspek politik. Umat Islam sebenarnya perlu sedar bahawa melalui proses pembaharuan, mereka akan dapat membina kekuatan sendiri untuk menentang sebarang pencerobohan dan kerosakan terutamanya dari pihakBarat.

Justeru itu, penulis ingin memuatkan reaksi masyarakat terhadap gagasan yang dicetuskan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani yang menuntut mereka melakukan sesuatu yang baru yang berbeza dari amalan harian mereka. Apakah gagasan yang dicetuskan oleh beliau itu mendapat perhatian daripada masyarakat atau sebaliknya?Apakah mereka menerima atau menolak cetusan idea yang dikemukakan oleh al-Afghani? Antara yang akan diberi perhatian ialah reaksi yang ditunjukkan oleh penjajah, pemerintah, golongan pertengahan terutama anak muridnya dan juga rakyat bawahan.

(a) Reaksi Pemerintah.

Kajian yang dibuat terhadap kehidupan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menunjukkan bahawa hubungannya dengan para pemerintah kerajaan Muslim yang pernah dilawatinya berlangsung dalam suasana yang kurang mesra. Kebanyakan pemerintah tidak menggemari diri al-Afghani kerana sikap beliau yang begitu kritikal terhadap mereka. Meskipun al-Afghani dikatakan pernah bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam seperti kerajaan Uthmaniyyah Turki, kerajaan Iran, Mesir dan sebagainya, ia sebenarnya perlu dilihat dan diakui bahawa kemunculannya itu lebih membentuk dan mewujudkan perasaan kemarahan di kalangan pemerintah-pemerintah kerajaan tadi (Azyu mardi Azra 1998:12).

Akibat kritikan yang bertalu-talu daripada al-Afghani, para pemerintah tadi memberikan reaksi yang kurang mesra kepada usaha-usaha pembaharuan yang cuba diterapkan kepada mereka terutamanya yang berkaitan dengan pembaharuan dalam bidang politik dan sistem pemerintahan. Segala nasihat dan teguran yang dibuat oleh al-Afghani dianggap sebagai cubaan untuk menjatuhkan mereka dan akhirnya telah mewujudkan jurang pemisah di antara al-Afghani dengan para pemerintah tadi.

Reaksi yang berbentuk negatif ini boleh dilihat ketika Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menjalinkan hubungan kerjasama dengan pemerintah kerajaan Uthmaniyyah Turki iaitu Sultan Abdul Hamid II. Ketika ini, al-Afghani sedang mempromosikan gagasannya yang berkaitan dengan pembentukan satu kesatuan ummah di kalangan negara umat Islam ataupun lebih dikenali sebagai projek Pan-Islam. Keinginan al-Afghani untuk melaksanakan idea Pan-Islam dengan caranya sendiri dilihat oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai bercanggah dengan hasrat baginda sama-sama mahu membentuk Pan-Islam.

Sebenarnya Sultan Abdul Hamid II dikenali sebagai pemerintah yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menguasai keseluruhan dunia Islam agar berada di bawah kekuasaannya. Beliau berusaha mendapatkan sokongan dari seluruh negara umat Islam (Stoddart 1966:64).

Cita-cita Sultan ini menjadi semakin mudah apabila al-Afghani telah menghantar sepucuk surat kepada beliau pada tahun 1892M. Di dalam surat ini, al-Afghani telah menasihati Sultan supaya menerima dan mengikuti cadangannya yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa. Melalui surat inilah Sultan kemudiannya telah menjemput al-Afghani datang ke Istanbul untuk merealisasikan cita-citanya (Mohammad Redzuan Othman 1998:4).

Di ibu kota Turki ini, Sultan telah menjalinkan satu hubungan baik dengan al-Afghani dengan harapan cita-cita politiknya itu tercapai tanpa pengetahuan sesiapapun. Walaupun begitu, al-Afghani akhirnya menyedari bahawa Sultan mempunyai kaedah yang berbeza dan berlawanan dengan hasrat murni beliau untuk melihat umat Islam yang bersatu-padu yang bebas daripada unsur kepentingan peribadi seseorang pemimpin. Keadaan ini menyebabkan hubungan antara Sultan dan al-Afghani menjadi renggang (Keddie 1983).

Sikap permusuhan terhadap diri Sayyid Jamal al-Din al-Afghani oleh para pemerintah berterusan apabila beliau berada di bumi Iran dan bertembung dengan Shah Iran iaitu Sultan Nasiruddin. Pada peringkat awal kedatangannya, al-Afghani telah diberi layanan yang baik dan dilantik sebagai penasihat Sultan. Namun suasana ini tidak bertahan lama apabila mereka mula berselisih pendapat mengenai hak asasi manusia iaitu perlaksanaan sistem demokrasi di Iran.

Al-Afghani mahukan sistem itu dilaksanakan secara menyeluruh manakala Sultan pula sebaliknya. Perbezaan pendapat ini menyebabkan al-Afghani mula dibenci oleh Nasiruddin Shah dan beliau telah dihalau keluar dari Iran (Mahmood Zuhdi AbMajid 1997:31).

Ketika Sayyid Jamal al-Din al-Afghani berada di negara Jerman, beliau sekali lagi bertemu dengan Shah Iran dan baginda menjemput al-Afghani buat kali kedua untuk datang ke negara Iran. Perlawaan Shah ini dipersetujui oleh al- Afghani dan ketika berada di Iran, beliau telah menerima sambutan yang cukup hebat daripada rakyat negara tersebut. Di Iran pada waktu itu, berlaku peristiwa dimana rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan pemerintah yang memberikan kuasa monopoli perusahaan tembakau negara kepada warga asing iaitu British. Al-Afghani yang menyedari situasi demikian, telah memimpin rakyat tempatan menentang sistem monopoli tersebut (Keddie 1983:29).

Kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan. Akhirnya, al-Afghani telah meninggalkan Tehran dan menuju ke sebuah penempatan bernama MasyadAb 'Azim Shah yang tidak berapa jauh dari bandar tersebut.

Manakala Sultan pula apabila menyedari tindakan al-Afghani tersebut telah mengutuskan tentera untuk membawa pulang beliau keTehran. Ketika dalam perjalanan pulang itu, al-Afghani telah diperlakukan seperti binatang. Beliau telah diseret dalam keadaan dirinya mengidap demam serta tangannya bergari. Beliau juga telah disamun oleh tentera yang diperintahkan membawanya pulang. Akhirnya Sultan yang mendapat sokongan pihak British telah menyingkirkan al-Afghani daripada bumi Iran pada musim sejuk tahun 1891M(Keddie 1983:30).

Selain daripada kedua-dua pemimpin tadi, pemerintah Mesir iaitu Khediv Tawfiq Pasha turut membenci Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Kebencian ini berasaskan kepada kritikan yang ditujukan oleh al-Afghani kepada beliau yang terlalu mempercayai Inggeris dan menghormati pemimpin mereka iaitu Lord North brook secara berlebihan. Kritikan-kritikan ini boleh dilihat dalam artikel yang ditulis oleh al-Afghani yang bertajuk Ta’zim Tawfiq Basha Lord North brook (Al-Raf’e 1961:116).

Walaupun pada awalnya Sayyid Jamal al-Din al-Afghani mempunyai hubungan yang mesra dengan Khediv Tawfik iaitu semasa baginda menjadi Tengku Mahkota Mesir tetapi perubahan sikap mula kelihatan apabila baginda mula mengambil alih jawatan daripada bapanya Ismail. Tawfik pada mulanya mempunyai pendirian yang sama dengan al-Afghani mengenai perlunya perlaksanaan sistem demokrasi di Mesir tetapi telah mengabaikannya apabila baginda mula berkuasa. Keadaan ini telah menghairankan al-Afghani kerana perubahan sikap Tawfik tersebut. Ini menyebabkan al-Afghani mula mengkritik corak pentadbiran Tawfik (Mahmood Zuhdi AbMajid 1997:24).

Khediv Tawfik yang tidak menyenangi tindakan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani tersebut mula membuat perancangan dengan menfitnah beliau. Selepas pertemuan antara kedua-dua tokoh tadi, muncul khabar-khabar angin yang menuduh al-Afghani sebenarnya adalah seorang kafir, zindiq dan mulhid. Fitnah-fitnah ini telah disertakan dengan pelbagai dalil dan hujah. Malah antara yang menjadi saksi kepada tuduhan tersebut ialah golongan ulama yang dipergunakan oleh Khediv Tawfik. Nama Jamal al-Din al-Afghani telah bertukar kepada Dhalal al-Din al-Afghani atau penyesat agama dan merebak dengan pantas di kalangan masyarakat. Akhirnya satu kata sepakat diambil oleh kerajaan Mesir untuk mengusir al-Afghani dari negara tersebut (Mahmood Zuhdi Ab Majid1997:25).

(b) Reaksi Penjajah.

Selain daripada pemerintah yang mengenakan hukuman fizikal dan mental kepada Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, penjajah juga memainkan peranan mereka dengan mengharamkan beberapa aktivitinya seperti penulisan dan penerbitan majalah al-Urwah al-Wusthqa. Sebagai contoh pemerintah British di India dan kerajaan Mesir telah mengharamkan kemasukan majalah tersebut dengan alasan untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan dalam negara. Pengaruh majalah ini sangat besar apabila seorang ulama di Syria al-Shaikh Hussain al- Jasr menyebut, “tidak siapa ragu kalau sekiranya majalah al-Urawah al-Wusthqa boleh hidup lama, suatu perubahan besar akan berlaku di dunia Islam”.

Justeru itu, memandangkan betapa berpengaruhnya majalah tersebut kerajaan telah melaksanakan hukuman denda di mana sesiapa sahaja yang didapati memiliki majalah tersebut akan didenda sebanyak lima hingga dua puluh ribu paun Mesir manakala di India, mereka yang memiliki majalah tersebut boleh dituduh melakukan kesalahan politik (Mahmood ZuhdiAbMajid 1997:28-29).

(c) Reaksi Anak Murid

Pembinaan peradaban ummah melalui proses islah yang dicipta oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani telah berjaya menarik minat ramai pelajarnya untuk sama-sama berjuang menentang kezaliman penjajah dan pemerintah yang hanya menjadi boneka mereka (penjajah) sahaja. Antara mereka yang memberikan sokongan jitu kepada al-Afghani ialah Muhammad ‘Abduh dan Rashid Ridha; kedua-duanya terkenal sebagai tokoh islah dalam pemikiran Islam moden.

Selain mereka beberapa tokoh lain turut berjuang bersama-sama al-Afghani dalam perjuangannya seperti Sa’ad Zaghlul dan Sa’ad Ahmad Lutfi al-Sayyid yang bergiat cergas dalam pertubuhan politik dan merupakan dua orang pemimpin peringkat kebangsaan yang berfahaman sekular.

Mereka juga bergerak cergas dalam pergerakan modenisasi. Manakala tokoh bukan Islam yang berjaya menonjolkan diri pula ialah Ya’cob Sanu, Adib Ishaq, Salim al-Naqqash dan Salim ‘Anhuri. Kesemua mereka bergiat aktif dalam bidang penulisan dan kewartawanan kerana menyahut seruan al-Afghani untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai perkara sebenar yang perlu dimainkan oleh mereka (Fathi Osman1998:2).

Melalui bidang penulisan ini, mereka telah menulis dan menyiarkan artikel-artikel anti penjajahan melalui penerbitan akhbar-akhbar terutamanya di Mesir. Selain mengkritk penjajah, mereka juga telah menyelar sikap pemerintah yang sering mengikut telunjuk kuasa asing. Melalui aktiviti ini, rakyat semakin semangat untuk mengambil bahagian dalam perjuangan yang diasaskan oleh al-Afghani itu.Kebanyakan anak murid al-Afghani ini menulis di dalam majalah yang diberi nama Abu Nadarah dan objektif utamanya adalah mengkritik terhadap pemerintahan Khediv Ismail dan sistem politiknya pada zaman tersebut (Mahmmod Zuhdi Ab Majid 1997:19).

Antara beberapa cebis tulisan yang berjaya menaikkan semangat rakyat ketika itu ialah tulisan Muhammad 'Abduh dan Adib Ishak yang berbunyi:

“Pemerintah itu walaupun wajib dipatuhi arahannya namun ia adalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan dan tergoda dengan hawa nafsu sendiri. Kesilapan dan kegelojohan nafsu mereka tidak boleh diperbaiki kecuali melalui nasihat daripada masyarakat sama ada secara katakata ataupun perbuatan”.

“…telah menjadi suratan takdir bahawa timur menjadi rendah sesudah sebelum itu berkedudukan tinggi, hina sesudah mulia, menjadi sasaran tindak-tanduk yang tamak haloba dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa asing dari segenap penjuru."(Mahmood Zuhdi AbMajid1997:19)

(d) Reaksi Tokoh Pemikir.

Selain daripada tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang penulisan tadi, pemikiran Sayyid Jamal al-Din al-Afghani juga telah mendapat tempat dan reaksi yang baik dalam diri beberapa orang tokoh pemikir Islam selepas kematiannya seperti Muhammad Iqbal di India, Sayyid Qutb di Mesir dan ‘Ali Shari’ati di Iran.

Walaupun tidak pernah bertemu dengan al-Afghani, mereka telah memperolehi maklumat mengenai dirinya melalui pelbagai sumber seperti daripada anak murid al-Afghani sendiri iaitu Muhammad ‘Abduh dan Muhammad, Rashid Rida dan lain-lain serta daripada beberapa buah buku yang masyhur seperti sebuah kitab yang bernama Tafsir al-Manar dan juga jurnal al-Manar (Fathi Osman 1998:5).

Meskipun wujud beberapa perbezaan pendapat di antara tokoh-tokoh pemikir tersebut dengan al-Aghani, namun ia hanyalah tertumpu kepada persoalan pendekatan untuk mencapai sesuatu perkara sedangkan tujuan dan matlamat utama mereka tidak pernah berbeza. Pemikiran dan pendekatan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani sentiasa disebut dan diiktiraf dalam tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan mereka sebagai rujukan ataupun perbandingan.

Sebagai contoh, Muhammad Iqbal di dalam bukunya The Reconstruction of Religious Thougth in Islam telah menyatakan bahawa tokoh yang menyedari mengenai kepentingan dan keperluan untuk bersikap bertanggungjawab dan memiliki kefahaman yang mendalam mengenai sejarah kehidupan dan pemikiran orang Islam serta digabungkannya pula dengan visi luas yang diperolehi daripada pengalamannya, dan membolehkannya menghubungkan kehidupan ini dengan masa lampau, sekarang dan akan datang ialah Sayyid Jamal al-Din al-Afghani (Iqbal 1984:97).

Seterusnya, Muhammad Iqbal menambah, “jika kekuatan yang ada pada Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ini boleh disalurkan kepada umat Islam seluruhnya sebagai satu sistem kehidupan kemanusiaan, dunia Islam sudah tentu menjadi lebih kuat sekarang. Keutamaan yang perlu dilakukan oleh kita ialah mendekatkan diri dengan ilmu pengetahuan moden tanpa mengubah sikap asal dan menghargai pengajaran yang dibawa oleh Islam walaupun kita mungkin berbeza fahaman dengan ilmuan yang terdahulu” (Iqbal 1984:97-98).

PandanganMuhammad Iqbal yang lebih mengutamakan pendekatan pembelajaran ilmu pengetahuan ini, telah berbeza dengan pendekatan yang dibawa oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani sendiri. Walaupun beliau pernah memperjuangkan pendekatan yang disarankan oleh Muhammad Iqbal tersebut, namun al-Afghani percaya bahawa pembebasan daripada pencerobohan pihak luar melalui penyatuan di kalangan orang Islam mesti didahulukan daripada
sebarang bentuk pembaharuan yang hendak dilakukan (Fathi Osman 1998:8).

Seperti juga dengan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani,Muhammad Iqbal juga bersetuju bahawa Islam adalah satu cara kehidupan. Sebagai satu pergerakan budaya, Islam menolak pandangan-pandangan beku mengenai fungsi alam universal ini tetapi menerima pandangan-pandangan yang dinamik. Islam menolak semangat individu dan lebih mengutamakan semangat bersatu-padu.

Islam tidak memandang hubungan darah sesama manusia tetapi menekankan konsep persaudaraan sebagai dasar penyatuan kemanusiaan. Penyatuan dunia Islam pula hanya terbentuk melalui prinsip asas iaitu Tawhid kepada Allah. Semua kehidupan di dunia ini mesti menyerahkan kepatuhan mereka kepada Allah semata-mata dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya (Fathi Osman 1998:9).

Pemikiran islah Sayyid Jamal al-Din al-Afghani terutamanya dalam bidang politik juga menjalar dalam pemikiran Sayyid Qutb. Situasi ini dapat dilihat melalui tulisan-tulisan beliau yang meneruskan kesinambungan penentangan al-Afghani terhadap penjajahan Barat. Beliau juga turut mengkritik pemerintah-pemerintah kerajaan Islam yang menerima budaya dan peraturan Barat serta mengabaikan panduan moral dan undang-undang Allah.

Mereka yang mengamalkan cara hidup sedemikian yang terdiri daripada kalangan pemerintah dan rakyat dianggap hidup di dalam kejahilan dan kegelapan di mana Tuhan telah mendedahkan sebelumnya kepada bangsa Arab sebagai golongan Jahiliyyah. Kecaman dan kritikan Sayyid Qutb ini boleh dilihat dalam buku-buku tulisan beliau seperti Ma’lim fi al-Tariq, Fi Zilal al-Quran dan sebagainya (Fathi Osman :16).

Begitu juga ‘Ali Shari’ati yang boleh dibuat perbandingan dengan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Shari’ati sering kali mencari dan melihat sesuatu yang baru dan asli dalam Islam untuk diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Dalam usaha mencapai matlamatnya ini, Shari’ati sering berbeza pendapat dengan golongan ulama tradisi dan cara pemikiran mereka. Beliau juga bersikap menolak kepada aliran Marxist dan Materialist dalam agama.

Sikap beliau ini ditonjolkan apabila beliau memberi penekanan kepada kesungguhan terhadap konsep beragama untuk membebaskan manusia dari penindasan dan kembali hidup dalam kebebasan, harmoni dan kesejahteraan melalui perlaksanaan cara hidup yang betul (Burke& Lapidus 1988:288-296).

‘Ali Shari’ati juga menganggap sikap imperialisme Barat ke atas dunia Islam bertujuan mengubah cara hidup masyarakat Islam kepada sistem perhambaan. Oleh itu, Islam merupakan jawapan terbaik kepada sikap Barat tadi dan ijtihad adalah satu tanggungjawab ke atas setiap individu Muslim bergantung kepada tahap kemampuan mereka.

Masyarakat Muslim tidak sepatutnya meniru konsep-konsep yang ditonjolkan oleh Barat seperti Kapitalis, Marxist, Sosialis dan sebagainya. Shari’ati juga menyalahkan golongan ulama yang gagal meneruskan kesinambungan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh pembaharuan abad ke-19M seperti Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Menurut Shari’ati lagi, golongan ulama ini hanya bersikap diam diri daripada melihat sesuatu yang terkehadapan yang berpotensi untuk membentuk kemajuan serta malu untuk menoleh ke belakang melihat kemunduran yang sedang melanda umat Islam (Burke&Lapidus 1988)

(e) Reaksi Rakyat

Ketika di Iran, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dikatakan menjadi inspirasi kepada pergerakan massa rakyatnya di sana yang menentang sistem monopoli perusahaan tembakau negara. Sistem monopoli ini sebenarnya didalangi oleh pemerintah Iran sendiri iaitu Sultan Nasiruddin yang bekerjasama dengan syarikat British pada tahun 1890M. Al-Afghani telah mencipta sejarah dalam negara Iran kerana berjaya membentuk satu pakatan yang menggabungkan ulama, ahli perniagaan dan penduduk bandar menentang sistem tersebut. Gabungan ini telah mengejutkan kerajaan Iran kerana rakyat telah bersatupadu meninggalkan penghisapan tembakau yang membawa kepada kerugian kepada pihak yang menjualnya dan pemerintah pula digesa supaya meletakkan jawatan (Aroian &Mitchell 1991:119).

Penekanan yang dibuat oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani mengenai keburukan sistem pemerintahan kuku besi dan pencerobohan bangsa asing ditanah air sendiri telah disambut dengan beberapa tindakan daripada penduduk tempatan terutamanya di Mesir. Pada masa itu Mesir sedang diperintah oleh Khediv Tawfik yang mengamalkan pemerintahan diktator. Akibat daripada ceramah-ceramah yang disampaikan oleh al-Afghani beberapa orang murid beliau telah melakukan beberapa tindakan untuk menyemarakkan semangat penentangan terhadap pemerintah dan bangsa asing di kalangan penduduk tempatan.

Salah seorang daripada mereka, ‘Abdullah al-Nadim telahmenerbitkan sebuah surat khabar yang memperjuangkan demokrasi, perlembagaan dan revolusi. Muhammad ‘Abduh pula sentiasa memberi ucapan kepada orang ramai menanam semangat revolusi manakala Sa’ad Zaghlul dan Ahmad Urabi pula telah muncul sebagai pemimpin gerakan revolusi pada tahun 1881M(Mahmood ZuhdiAbMajid 1997:26).

Rakyat telah memberi sokongan padu kepada mereka apabila menyertai bantahan dan revolusi yang berakhir dengan pertumpahan darah. Ini menunjukkan rakyat telah sedar dan sanggup mengorbankan jiwa mereka demi mempertahankan tanah air sendiri. Pergerakan dan Pertubuhan Pemikiran Sayyid Jamal al-Din al-Afghani juga dapat dikesan dalam“Pergerakan Khilafat” yang bergerak cergas di India.

Pergerakan ini telah didokong oleh Abu al-Kalam Azad yang mempunyai banyak persamaan dengan al-Afghani. Sebagai contoh Azad turut bersetuju dengan pembentukan Kesatuan Hindu-Muslim di India yang mirip kepada seruan yang dibuat oleh al-Afghani di dalam majalah al-Urwah al-Wusthqanya. Pembentukan kesatuan ini bertujuan untuk menentang penjajahan British di India dan mengembalikan kuasa penduduk tempatan.

Selain itu, Azad turut memberikan penekanan kepada pengajian semula al-Quran dan menggunakan cara penyelidikan moden dalam ilmu pengetahuan. Metodologi ini mempunyai persamaan dengan corak yang ditekankan oleh al-Afghani dalam menggerakkan keyakinan masyarakat Islam dizamannya (Vall 1982:225-226).

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani turut melibatkan diri dalamPergerakan Mahdi di Sudan yang dipimpin oleh Muhammad Ahmad Ibnu Abdullah. Pergerakan ini yang bermula pada tahun 1881M, telah dibantu oleh al-Afghani dengan memberikan sokongan moral melalui majalah al-Urwah al-Wusthqa. Al-Afghani juga turut memberi sokongan kepada pergerakan itu melalui penglibatan beliau bersama-sama dengan seorang ahli politik British yang kelihatan bersimpati dengan bangsa Arab danMuslim iaitu Wilfred Blunt. Mereka telah merangka beberapa rancangan pada tahun 1884-85M untuk membantu pergerakan tersebut (Fathi Osman 1998:3).

Melalui majalah al-Urwah al-Wusthqa juga, pengaruh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dikatakan menyusup masuk ke dalam Pergerakan Sanusi di Libya yang diasaskan pada tahun 1842M. Pergerakan ini ditubuhkan untuk menentang pencerobohan bangsa Eropah di Libya dan pada penghujung abad ke-19M ia telahpun bertembung dengan bangsa Perancis dan sekali lagi dengan orang Itali pada tahun 1911M.

Selain itu, pembentukan Kesatuan Hindu-Muslim di India turut mendapat galakan daripada al-Afghani. Melalui majalah ini juga dan di bawah tajuk “Nation” dan “People of the East or the Easterners” al-Afghani menujukan tulisan ini kepada penduduk India terutamanya yang beragama Islam agar bersatu-padu menentang kezaliman British (Fathi Osman 1998:3).

Di Indonesia pula, beberapa buah pertubuhan diasas dan dibentuk hasil daripada idea Pan-Islamyang dikemukakan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, antaranya ialah Sarekat Islam yang dimulakan pada tahun 1912M. Tujuan Sarekat Islam ini ditubuhkan pada awalnya adalah untuk mempertahankan kepentingan ekonomi orang Islam di Indonesia ketika itu tetapi lama-kelamaan ia mula bertukar kepada satu pergerakan massa yang menentang penyalahgunaan kuasa pentadbir-pentadbir Belanda dan pemimpin tempatan. Sarekat ini kemudian telah menganjurkan pembaharuan di dalam bidang sosial dan moral (Fathi Osman 1998 :4).

Selain daripada Sarekat Islam, satu pertubuhan yang diberi nama Muhammadiyyah turut ditubuhkan pada tahun yang sama. Pertubuhan ini mendapat inspirasi melalui konsep Salafi dan terpengaruh dengan pemikiran Muhammad Abduh dari Tanah Arab. Pertubuhan ini bergerak cergas untuk membentuk kekuatan kebangsaan di Indonesia dengan menggunakan platfom agama untuk merealisasikan cita-cita mereka. Walaupun al-Afghani jelas kelihatan tidak terlibat secara langsung dengan pergerakan kedua-dua pertubuhan ini namun pengaruhnya boleh dikaitkan dengan penerimaan masyarakat Islam di Indonesia terhadap anak murid beliau iaituMuhammad 'Abduh (Fathi Osman 1998:4)