Friday, September 9, 2011

Bukit Kepong: Mat Sabu pandai sandiwara, kata Kay Kim

September 09 2011 IPOH — Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan mana-mana pemimpin politik yang menyokong gerakan komunis pada masa sekarang sebagai pihak “cukup bodoh".

Dengan nada menyindir pakar sejarah ini menasihatkan semua pihak agar tidak menyalahkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Tapi dia Mohamad tidak bodoh, dia pandai bersandiwara. Jangan salahkan orang macam Mat Sabu, rakyat sendiri mesti guna akal jangan cepat percaya ” katanya pada “Wacana Peristiwa Bukit Kepong Siapa Wira Sebenar ” di Ipoh, Perak,

Mohamad mencetuskan kontroversi apabila mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan walaupun beliau bersekongkol dengan Komunis melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 dimana 25 orang terbunuh semasa pemberontakan tersebut.

Tegas Khoo sejarah kemerdekaan negara tidak boleh ditulis semula kerana ia berasaskan fakta dan peristiwa yang benar-benar berlaku.

“Sejarah mesti berasaskan fakta dan sejarah tidak boleh diubah, sejarah adalah perkara yang telah wujud atau yang sudah berlaku, sejarah adalah perkara yang sudah berlaku ” katanya di hadapan kira-kira 500 orang yang menghadiran seminar tersebut.

“Orang yang tidak faham sejarah Malaysia kerana mereka baca buku yang ditulis oleh mereka yang tidak faham, kalau tidak faham macam mana nak tulis sejarah ”

Tambahnya jelas beliau, mana-mana pihak termasuk PAS yang berniat mahu menulis semula sejarah Malaysia perlu tahu tentang sejarah.

“Kalau nak tulis pasal sejarah kita mesti tahu siapa yang nak tulis semula sejarah Malaysia,orang itu perlu tahu tentang masyarakat, sejarah orang Melayu, sejarah orang Cina dan sejarah orang. saya hendak beritahu BAHAWA British tidak pernah menjajah negara kita mereka hanya mengadakan perjanjian untuk jalankan pentadbiran tapi kedaulatan tetap ada pada raja-raja Melayu sebab itu selepas 1957 Tanah Melayu ada sembilan orang raja saya tahu ramai yang tidak tahu mengapa ” katanya.

Menyentuh soal Ahmad Indera yang disanjung pemimpin nombor dua PAS itu Khoo berkata pemimpin komunis Melayu itu tidak layak untuk digelar pejuang kemerdekaan kerana tindakannya dalam tragedi Bukit Kepong bertentangan dengan undang-undang negara “Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara ini tidak boleh diubah negara kita mahu orang yang patuh pada undang-undang atau tidak Orang yang melanggar undang-undang negara tidak boleh dianggap sebagai wira ” katanya.