Showing posts with label Mahasiswa NR UiTM. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa NR UiTM. Show all posts

Friday, October 17, 2008

Membantu Seorang Mahasiswa Yang Terdampar Kesakitan Diserang Migrain Kronik....

Baru sebentar tadi, sekitar jam 12.15 am, saya menerima panggilan telefon daripada Jawatankuasa Penduduk Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam bahawa terdapat seorang mahasiswa UiTM dalam keadaan yang lemah dan duduk tidak bermaya dibawah blok tersebut dalam keadaan kesakitan akibat diserang migrain kronik, saya dan En. Ariffin Md. Yusof bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mahasiswa tersebut, secara kebetulan, saya dan En. Ariffin Md. Yusof sedang membuat diskusi mengenai strategi untuk merapatkan perhubungan diantara mahasiswa NR dan Pegawai Pembangunan Pelajar NR di Khalifah seksyen 3, Shah Alam. Kami sampai ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Setelah sampai dilokasi yang dimaksudkan, mahasiswa tersebut, sudah mula beransur pulih setelah beliau memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ubat tersebut dibawa oleh rakan serumah beliau yang telah sampai lebih awal daripada kami dilokasi kejadian, difahamkan mahasiswa tersebut sering diserang migrain kronik dan beliau perlu memakan ubat yang diberikan oleh doktor untuk pulih seperti biasa semula, apabila mahasiswa tersebut sudah mula berupaya berdiri, boleh bertutur dan kembali normal saya mengambil maklumat mahasiswa tersebut dan maklumat rakan serumah beliau.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah sikap tolong menolong dan ukuhuwah yang ditunjukan oleh semua rakan serumah mahasiswa yang mengidap penyakit migrain tersebut, mereka seperti adik beradik, macam aur dengan tebing, jalinan ukuhuwah yang ditunjukan oleh mereka wajar dicontohi oleh semua mahasiswa UiTM.

Pada tengah hari semalam (16 Okt. 2008) selepas solat zohor saya bersama En. Ariffin dan Ustaz Johari pergi kerumah En. Fais di Klang untuk meraikan majlis usia 7 hari anak sulung beliau, pada majlis tersebut kami berselawat, membaca doa selamat dan bertahmit. Secara kebetulan, pada masa yang sama berlaku kematian berhampiran rumah En. Fais.

Thursday, October 9, 2008

Tetamu Syawal - Mahasiswa UiTM Beraya di Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Delima 3



Malam tadi, sekumpulan anak murid isteri saya yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang menginap di kolej dan Non-Resident dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi menziarahi kami sekeluarga di kolej delima 3 untuk berhari raya. Saya mengambil peluang itu untuk mempromosikan program Gegar NR yang akan diadakan pada 11 Okt. 2008 bertempat di Padang Rekreasi SS 7 Shah Alam kepada semua tetamu yang hadir untuk berhari raya di rumah saya (bukan rumah saya, rumah UiTM).

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident - Penyelarasan Projek Gegar NR 2008



Pada 6 hb. Oktober 2008 pada jam 9.00 malam di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur saya menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR untuk membincangkan aktiviti Gegar NR yang akan diadakan di seksyen 7, Shah Alam berhampiran dengan Padang Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam.

Objektif utama program ini ialah untuk merapatkan perhubungan mahasiswa NR UiTM dengan masyarakat setempat di seksyen 7. Program ini akan dilaksanakan pada 11 Okt. 2008. Semoga program ini mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan dan semua mahasiswa NR sekelian.

Tuesday, October 7, 2008

PROGRAM UNTUK MAHASISWA NON-RESIDENT UiTM MALAYSIA SEPANJANG OKTOBER 2008

PROGRAM UNTUK MAHASISWA NON-RESIDENT UiTM MALAYSIA SEPANJANG OKTOBER 2008

BIL
NAMA AKTIVITI
TARIKH
MASA
TEMPAT
1. KARNIVAL GEGAR NR DAN KARNIVAL PERMOTORAN 11 OKT 2008 8.00 PAGI – 7.00 PTG Tapak Pasar Malam Sek. 7 Dan Padang Bola Sepak (Belakang S.J.K Tamil Sek. 7)
2. PROGRAM NON-RESIDENT IMARAHKAN SURAU
TAZKIRAH: IBADAT PASCA RAMADHAN- HALATUJU DAN PENGHAYATAN
14 Okt 2008 7.30 mlm – 8.30 mlm
(Selepas solat Maghrib)
Surau Al Mawaddah Jalan Platinum Sek 7 (Hadapan Apartment Danau Mas)
3. MUNAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN
(Bacaan Yaasin dan Solat Hajat)
23 Okt 2008 7.00 mlm – 9.00 mlm
(Selepas solat Maghrib)
Surau Al Mustaqimah Jalan Plumbum Sek 7
(Bersebelahan tapak pasar malam Sek 7)

Di keluarkan oleh Unit Pengurusan Non-Resident, Bhg. HEP UiTM

Saturday, September 13, 2008

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk , Pangsapuri Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia.




Pada hari ini (13/9/2008) saya dan keluarga berbuka puasa di Pangsapuri Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan mahasiswa/i UiTM yang menyewa di apartment tersebut, menurut Pengerusi JPP Pangsapuri Baiduri, En. Hanafi, hampir 85% populasi yang menginap di Pangsapuri Baiduri ialah mahasiswa/i dari UiTM. Saya kerap dihubungi oleh mereka bila ada masalah yang berkaitan dengan mahasiswa/i UiTM disini.

Saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada JPP Baiduri kerana menganjurkan majlis seperti ini untuk mengeratkan perhubungan antara penduduk dan mahasiswa/i UiTM yang menginap disini.

Tuesday, July 22, 2008

Siswa dan Siswi NR : UiTM Memandang Serius Kebajikan Anda Sepanjang Menjadi Mahasiswa UiTM.

Kesimpulan Bengkel Pengurusan NR semalam dan hari ini ialah UiTM komited membantu mahasiswa nr melalui pelbagai pendekatan baru. Unit Pengurusan NR komited membantu mahasiswa nr dalam aspek kebajikan semasa anda diperantauan dan berada dicelah-celah masyarakat shah alam untuk menuntut ilmu disini.

Monday, July 21, 2008

Bengkel Pengurusan Mahasiswa Non-Resident, 21-22 Julai 2008 di Kolej Mawar UiTM Malaysia

Pada hari ini dan esok saya menghadir bengkel pengurusan mahasiswa NR yang dihadiri oleh pengurus asrama, penolong pengurus asrama, pegawai pembangunan pelajar non-resident dan ramai lagi dari seluruh negara termasuk UiTM Kampus Cawangan Sabah dan Sarawak.

Saya dilantik menjadi fasilitator kumpulan dua yang dianggotai oleh En. Ibrahim pengetua Kolej Puncak perdana, Dr. Zana, pengetua kolej mawar dan melati, en. kamal dari UiTM perak, En. Rosdi, En. Faizal, En. Fazley dari UiTM Cawangan Sabah dan Hajah Junaidah daripada UiTM Cawangan Trengganu.

Pokok perbincangan kami ialah mengenalpasti mekanisme yang sewajarnya yang perlu dilakukan UiTM untuk merancakkan dan menyemarakkan aktiviti yang melibatkan mahasiswa NR. Umum mengetahui bahawa tahap penglibatan mahasiswa nr terhadap aktiviti yang dianjurkan kurang mendapat sambutan daripada pelajar nr. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi diantaranya program yang tidak memenuhi kehendak pelajar nr, masa dan waktu program yang tidak sesuai, kurang publisiti dan sikap mahasiswa sendiri yang merasakan mereka lepas bebas bila menjadi mahasiswa nr dan tidak mahu beraktiviti dan melaksanakan program.

Kami semua ahli kumpulan dua bersetuju supaya UiTM mewujudkan Jawatankuasa Bersama antara UiTM dan masyarakat setempat dimana mahasiswa nr menginap bagi mengeratkan perhubungan diantara mahasiswa nr dengan penduduk setempat disamping menangani masalah semasa yang ditimbulkan oleh mahasiswa nr. Disamping itu, Jawatankuasa diperingkat ad-hoc diwujudkan semua kawasan dimana terdapat mahasiswa UiTM menyewa disitu, melalui mekanisme ini secara tidak langsung kita dapat mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan kepada mahasiswa NR. Program-program yang melibatkan mahasiswa nr dan masyarakat setempat wajar dilaksanakan.

Pn. Azida Azmi, Ketua Timbalan Pendaftar, HEP & A, semasa sesi perasmian bengkel tersebut menyatakan bahawa UiTM serius dalam menangani hal ehwal kebajikan mahasiswa NR. Semua sistem HEP diseluruh negara mempunyai pegawai pembangunan pelajar NR dan unit pengurusan NRnya yang tersendiri. Demikian lah kata Pn. Azida bahawa pengurusan universiti serius menjaga kebajikan mahasiswa NR.

Monday, July 7, 2008

Mahasiswi UiTM Menjadi Mangsa Ragut di 'Round-About' Seksyen 16

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Hanafi, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Apartment Baiduri, Seksyen 7, sekitar jam 7.15 petang semalam. ' student you kena ragut, sekarang saya bersama mereka on the way ke balai polis seksyen 11 untuk buat laporan' kata beliau, 'lepas magrib saya akan ke sana' jawab saya melalui telefon bimbit.

Sebaik sahaja saya sampai di Balai Polis Seksyen 11, saya bertanya kepada anggota polis wanita yang sedang bertugas dikaunter 'tadi ada tak student UiTM buat laporan polis tentang kes ragut?', 'ada', jawab beliau 'budak-budak tu ada di tingkat 1 untuk sesi penyiasatan' tambahnya. Saya terus ke tingkat satu di bahagian penyiasatan jenayah.

Dari jauh saya nampak seorang gadis bertudung sedang menjawab telefon bimbit sambil menangis, saya yakin beliau adalah mangsa kes ragut berkenaan. Saya memperkenalkan diri saya kepada gadis tersebut dan dia mengesahkan bahawa beliau adalah mahasiswi UiTM dan beliau diragut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Liza'. Liza adalah pelajar tahun akhir FSSR.

Mengikut cerita Liza, sekitar jam 6.30 petang dia dan seorang lagi rakannya bernama Hidayah dalam perjalanan ke Mydin seksyen 18 untuk membeli barang-barang keperluan kuliah sebagai persiapan untuk menghadapi semester baru. Hidayah menunggang motosikal manakala Liza duduk dibelakang sambil memegang erat beg tangan beliau, dalam perjalanan hati kecil Liza rasa tidak selesa, rasa macam ada yang tidak kena. Sebaik sahaja mereka sampai di round-about seksyen 16, sebuah motosikal RXZ yang ditungang oleh seorang lelaki kurus mencapai beg yang dipegang oleh Liza dan terus merentap beg tersebut menyebabkan tali beg tangan Liza terputus, nyaris Hidayah terbabas, mujurlah beliau dapat mengawal motorsikal dan mereka tidak terjatuh daripada motosikal. Mengikut cerita Liza lagi, terdapat kad pengenalan, handphone, kad ATM, kad matrik UiTM, kunci rumah dan sedikit wang dalam beg tersebut.

Sebaik sahaja sesi penyiasatan tersebut selesai saya membawa mereka ke Kompleks Sukan UiTM untuk bersama-sama ke majlis taklimat pelajar baru nr, selepas 30 minit di Kompleks Sukan saya menghantar mereka ke Apartment Baiduri, Seksyen 7.

Berbalik kepada kesah ragut tadi, semua yang berlaku ada hikmahnya, nasihat saya kepada Liza dan Hidayah, kita perlu mencari hikmah disebalik peristiwa ini, mungkin kita telah melakukan kesalahan tanpa kita sedari, itu sebagai balasan terhadap kealpaan kita, kita juga perlu proaktif memandang kehadapan, yang hilang akan pergi, yang tumbuh akan berganti. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada En. Hanafi kerana membantu kami dalam hal ehwal kebajikan mahasiswa di apartment baiduri.