Wednesday, January 21, 2015

Pertempuran dan Peperangan Yang Tidak Diperlukan - Diadaptasi daripada status mukabuku Tun Maharezza (TMX)

1.  Kini umum mengetahui bahawa pertempuran diantara Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk penyokong beliau dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sedang menuju ke sebuah peperangan yang mungkin menjadi  besar dan bakal memusnahkan kesinambungan UMNO dan survival Barisan Nasional.

2. Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan tahun ini menjadi pemangkin penentuan nasib kepada masa depan BN diperingkat Pilihanraya Umum ke-14 kelak .

3. Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad  dan penyokong Dato Seri Najib Razak kelihatan bertegas dengan pendirian masing-masing dan enggan mengendur pertempuran ini apabila Tun Dr Mahadthir secara berterusan dan aggresif terus memberikan tekanan terhadap pentadbiran Dato Seri Najib Razak secara melampau dan diluar kebiasaan.

Tusukan serangan Tun Dr Mahadthir sudah melebihi had dan amat perlu distabilkan agar perkara ini dapat diselesaikan dimeja rundingan secara tertutup. Kepincangan dan kelemahan dalam pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang wujud kini perlu juga diperbaiki segera.

4. Kedua-dua kumpulan penyokong ini tidak perlu menegakan benang yang basah dan tidak perlu menafikan kesilapan masing-masing dan tidak perlu menolak hakikat bahawa malapetaka yang telah mereka berikan kepada UMNO BN dan negara. Kedua-duanya ada kelemahan dan kebaikan masing,

5. Kita sebagai rakyat malaysia yang budiman menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua penyokongnya dalam masa yang sama kita juga menghormati kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib  Razak.

Kita menyokong dan mempertahankan kedua-dua mereka. Kita telah berikan mandat dan amanah kepada kedua-dua tokoh ini melalui Pilihanraya dan undi. Kita rakyat jelata amat kesal  dan kecewa dengan peperangan yang tidak diperlukan ini. Kesinambungan UMNO lebih penting dan lebih mutlak untuk dipelihara dan dihormati serta dibela daripada menjaga kepentingan politik dan selera peribadi kedua-dua mereka.

6. Kedua-dua tokoh ini dan penyokong kumpulan ini perlu meletakan kepentingan negara sebagai agenda utama dan wajib memelihara dan membela kesinambungan UMNO dan survival BN. Kedua-dua mereka perlu mengendurkan keadaan. Pihak Tun Dr Mahadhir harus menggunakan saluran dalaman dan tertutup manakala pihak Perdana Menteri Najib Tun Razak  harus terbuka dan bersedia mencuci kotoran yang ditunjukan dengan bersungguh-sungguh.

7. Satu pihak membuat teguran selektif dan agak melampau manakala satu pihak lagi terlalu rakus mempertahankan Perdana Menteri seolah-olah tiada langsung kelemahan pentadbiran beliau. Kedua-dua pihak diseru melaksanakan genjatan penyerangan dan tenangkan diri demi kepentingan UMNO  survival BN dan kesinambungannya.

8. Kita rakyat Malaysia sudah bosan dan jelak serta meluat dengan kedua-dua paksi ini, kita hormati kedua-duanya tetapi masalahnya ialah kedua-dua paksi ini telah  jauh  menyimpang dan melebihi had batasan.

Lion vs Tiger , the crocodile win !

TMX