Tuesday, March 26, 2019

Program Ziarah Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli di Sg Tiang dan Sg Kejar,Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak.

Taman Negeri Royal Belum telah berusia lebih 130 juta tahun, ia kaya dengan sumber semulajadi flora dan fauna dan diantara terkaya di dunia. Kawasan ini kaya dengan pelbagai khazanah biodiversiti yang telah diiktiraf sebagai Kawasan Sensitif Alam sekitar Tahap 1 dalam Pelan Fizikal Negara. Kedudukanya di Utara Negeri Perak Darul Ridzuan, dan bersempadan dengan Halabala National Park Thailand di bahagian utara, bersempadan dengan hutan Kelantan di Timur dan di bahagian Barat bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Muda Kedah. Kawasan ini juga merupakan kawasan ketiga terbesar selepas Selangor Heritage Park dan Taman Negara Pahang.

Hutan ini menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar seperti Malayan Tiger, Seladang, Sambar Deer, serow, Tapir, Malayan sun Bear, babi hutan, pelbagai spesis monyet. Hutan simpan Belum Temengor juga merupakan satu-satunya hutan di Malaysia yang didiami oleh 10 spesis hornbill, sementara reflesia – bunga terbesar di dunia adalah tumbuhan yang hidup subur di sini . Taman Royal Belum turut dihubungkan dengan Tasik Temengor yang merupakan tasik buatan terbesar dengan keluasan 15,200 hektar, dan mempunyai 20 buah pulau buatan yang pada asalnya adalah puncak bukit.

Pokok balak yang masih teguh berdiri walaupun telah kering

Di samping kekayaan flora dan fauna yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, kawasan ini turut dihuni oleh masyarakat Orang Asli dari suku Jahai dan Temiar. Kawasan Belum Temenggor merupakan kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal sejak tahun 1990-an. Jahai (Senoi) dan Temiar (Negrito) merupakan kumpulan etnik Orang Asli yang utama di kawasan ini.Terdapat 19 buah kampung di kawasan ini dan jumlah penduduknya adalah lebih kurang 2,309 orang.

Masyarakat Orang Asli etnik Jahai

Kampung Sugai Kejar dan Kampung Sungai Tiang adalah dua buah kawasan perkampungan Orang Asli yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum dan pemilihan kampung ini dilakukan disebabkan kedudukkan geografinya. Kedua-dua kawasan ini terletak di Hulu Sungai Kejar dan Sungai Tiang, untuk sampai ke sini pelancong perlu menaiki bot dan mengambil masa selama tiga hingga empat jam perjalanan. Sepanjang perjalanan pelancong akan menikmati keindahan hutan hujan tropika yang terpelihara. Selain itu kedua-dua kampung ini mempunyai kemudahan jeti untuk pendaratan bot seterusnya pelancong dapat terus sampai ke kawasan penempatan masyarakat Orang Asli di sana

Pada 22-24 Mac 2019 lalu, Kolej Kediaman Delima dengan kerjasama Malaysia Relief Agency (MRA) Perak, Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melaksanakan program kemanusiaan bersama masyarakat Orang Asli di Sungai Tiang dan Sungai Kejar, Taman Negeri Royal Belum, Grik, Perak. Seramai 49 orang peserta terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdul Karim Russ Hassan Pengerusi Malaysia Relief Agency (MRA) Negeri Perak, turut menjadi peserta ialah Prof. Madya Dr. Kushsairy Abdul Kadir, Dekan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute. Pengarah Program Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli merangkap Yang Dipertua Jawatankuasa (YDP) Perwakilan Pelajar Kolej Delima, saudara Mohd. Fitri Azizan berkata objektif utama program ini ialah untuk memperkasa komuniti orang asli di Sungai Tiang dan Sungai Kejar yang jauh ketinggalan dari aspek infra struktur, kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

Para Peserta Program Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli di Taman Negeri Royal Belum, Grik, Perak.

Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu pasukan perubatan yang diterajui oleh Prof. Dr. Abdul Karim Russ Hassan, pasukan tenaga solar yang diketuai Prof. Madya Dr. Kushsairy Abdul Kadir dan pasukan mahabbah yang diketuai En. Dasuki Wahab Setiausaha MRA Perak dan dibantu oleh pengarah program sdr Mohd Fitri Azizan. Disepanjang 2 malam 3 hari semua peserta bermalam di atas rumah bot. Diantara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan teknikal untuk memasang sistem tenaga solar di perkampungan Orang Asli Sungai Kejar dan menjalankan audit untuk membaik pulih sistem tenaga solar sediada yang telah dipasang di perkampungan Orang Asli Sungai Tiang.

Pemeriksaan kesihatan juga dilaksanakan di kedua-dua perkampungan tersebut. Diantara isu kesihatan yang dikenalpasti ialah kekurangan vitamin, penyakit kulit, kutu dan cacing. Ubat yang bersesuai dengan penyakit yang mereka alami juga turut diedarkan kepada semua masyarakat Orang Asli yang memerlukan. Program kesedaran kesihatan juga turut dilaksanakan.

Aktiviti mahabbah bersama masyarakat Orang Asli dilaksanakan di perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, diantaranya ialah kenduri rakyat, dimana makanan dan minuman percuma disediakan kepada lebih kurang 400 orang masyarakat Orang Asli dikampung tersebut, sukaneka bersama anak-anak Orang Asli, mengajar anak-anak orang asli menggunakan kaedah problem base learning supaya mereka berminat untuk belajar dan meminati subjek bahasa inggeris dan sains, ziarah rumah ke rumah dan pelbagai lagi.

Kenduri Rakyat dimana semua Orang Asli hadir untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan kepada mereka secara percuma.

Program Pendidikan - Fun learning English dan Sains

Secara keseluruhannya program ini amat berjaya dan ia akan dijadikan program tahunan kolej kediaman delima supaya berlaku kesinambungan dan kemajuan orang-orang asli disini dapat dipantau. Antara isu yang masih membelenggu orang asli disini ialah keciciran pelajaran kerana tahap kesedaran ibubapa kepada pendidikan anak-anak sangat rendah. 

Di Taman Negeri Royal Belum perkampungan Orang Asli merupakan salah satu eset yang cukup penting disini. Taman Negeri Royal Belum termasuk masyarakat Jahai dan Temiar yang merupakan penduduk asal di kawasan ini semenjak sekian lama, dan masih mengekalkan budaya dan cara hidup setempat dapat diketengahkan. Walaupun pembangunan berlaku namun ianya tidak begitu mempengaruhi corak ekonomi dan budaya mereka. Justeru itu,kawasan penempatan Orang Asli di persekitaran semulajadi ini wajar dipromosikan sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan.

Para Peserta Program Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli di Taman Negeri Royal Belum, Grik, Perak.

Program Pendidikan - Fun learning English dan Sains
Fakta Taman Negeri Rayal Belum

Taman Negeri Royal Belum telah berusia lebih 130 juta tahun, ia kaya dengan sumber semulajadi flora dan fauna dan diantara terkaya di dunia. Kawasan ini kaya dengan pelbagai khazanah biodiversiti yang telah diiktiraf sebagai Kawasan Sensitif Alam sekitar Tahap 1 dalam Pelan Fizikal Negara. Kedudukanya di Utara Negeri Perak Darul Ridzuan, dan bersempadan dengan Halabala National Park Thailand di bahagian utara, bersempadan dengan hutan Kelantan di Timur dan di bahagian Barat bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Muda Kedah. Kawasan ini juga merupakan kawasan ketiga terbesar selepas Selangor Heritage Park dan Taman Negara Pahang.

Hutan ini menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar seperti Malayan Tiger, Seladang, Sambar Deer, serow, Tapir, Malayan sun Bear, babi hutan, pelbagai spesis monyet. Hutan simpan Belum Temengor juga merupakan satu-satunya hutan di Malaysia yang didiami oleh 10 spesis hornbill, sementara reflesia – bunga terbesar di dunia adalah tumbuhan yang hidup subur di sini . Taman Royal Belum turut dihubungkan dengan Tasik Temengor yang merupakan tasik buatan terbesar dengan keluasan 15,200 hektar, dan mempunyai 20 buah pulau buatan yang pada asalnya adalah puncak bukit.

Pokok balak yang masih teguh berdiri walaupun telah kering
Di samping kekayaan flora dan fauna yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, kawasan ini turut dihuni oleh masyarakat Orang Asli dari suku Jahai dan Temiar. Kawasan Belum Temenggor merupakan kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal sejak tahun 1990-an. Jahai (Senoi) dan Temiar (Negrito) merupakan kumpulan etnik Orang Asli yang utama di kawasan ini.Terdapat 19 buah kampung di kawasan ini dan jumlah penduduknya adalah lebih kurang 2,309 orang.

Masyarakat Orang Asli etnik Jahai

Kesimpulan