Showing posts with label MDAB. Show all posts
Showing posts with label MDAB. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Apa Itu Program Mengubah Anak Bangsa?


APA ITU MDAB?

Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan*.

Antara tujuan utama program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah untuk mengubah landskap masa depan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang miskin dengan memberikan :

  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan pembangunan diri dan motivasi
  • Lain-lain bantuan atau sokongan sama seperti pelajar UiTM yang lain

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti pengajian di peringkat Pra-Diploma (Pra Sains ataupun Pra Perdagangan) di bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). 


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM MDAB

1. Bumiputera sahaja
2. Pelajar dari golongan kurang berkemampuan atau miskin ;
Tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kemiskinan
Pelajar kategori kurang kemampuan dan tidak dapat meneruskan pengajian ke diploma (SPM kurang daripada 5 Kepujian)
Pendapatan kasar keluarga kurang dari RM2000 sebulan

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

1. Bumiputera warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
2. Lulus SPM (dalam tempoh 5 tahun terkini) dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
3. Syarat bagi Program Pra Diploma Perdagangan
Lulus Matematik
Lulus Bahasa Inggeris
4. Syarat bagi Program Pra Diploma Sains
Kepujian Matematik
Lulus Bahasa Inggeris
Dan lulus satu dari subjek Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan
Syarat Tambahan : sihat tubuh badan, tidak menghadapi penyakit mental dan berupaya mengikuti program yang dirangka oleh UiTM

ANTARA KEISTIMEWAAN YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR PROGRAM MDAB :
1. Kolej disediakan
2. Pengecualian yuran pengajian

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar yang berjaya pada program Pra Diploma akan dibenarkan menyambung pengajian ke peringkat Diploma UiTM

Wednesday, February 8, 2012

UiTM Melaka terima RM3 juta


Ali Rustam (dua dari kanan) menyaksikan Musa Hitam (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Sahol Hamid Abu Bakar di Universiti Teknologi Mara Cawangan Alor Gajah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 19 Jan. - Yayasan Sime Darby (YSD) memberikan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka bagi membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke universiti itu menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan pengajian 1,764 pelajar yang terpilih ke UiTM menerusi program MDAB tahun ini.

Menurutnya, pelajar terbabit terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan memperoleh merit yang tidak mencukupi untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

"Penajaan ini merupakan dua teras utama YSD iaitu pendidikan dan pembangunan komuniti khususnya bagi mereka yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian akademik dan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di UiTM Cawangan Alor Gajah, di sini kelmarin.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Sementara itu, Sahol berkata melalui program MDAB, pelajar akan diberi pengecualian yuran pengajian, disediakan tempat penginapan, diberi elaun makan dan sara diri serta dibiayai tambang perjalanan ke pusat pengajian.

Menurutnya, UiTM bersedia menawarkan 5,000 tempat kepada pelajar di bawah program MDAB setiap semester bagi membantu golongan berkenaan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Melalui program MDAB, pelajar ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat pra diploma sains dan pra diploma perdagangan dan sehingga kini terdapat 11,000 pelajar di bawah program berkenaan," katanya.

(Sumber - http://www.utusan.com.my)