Thursday, January 28, 2016

Naib Canselor Universiti Taylor’s, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu


 Prof Emeritus Dato'  Dr Hassan Said

SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Taylor’s, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari 2016.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini melahirkan keyakinan bahawa pelantikan Hassan itu akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap lebih tinggi berdasarkan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan Hassan sebelum ini.

Kenyataan itu juga menyampaikan penghargaan kepada Naib Canselor UiTM ke-8, Tan Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai naib canselor pada 31 Disember ini.
“Beliau mula berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM pada 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Hassan juga merupakan bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga daripada Brunel University (1984)

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian

Memahami Minda Bakal Naib Canselor Baru UiTM

Autonomi universiti mesti didasari oleh akauntabiliti, Tanpa sistem kerja yang betul dan tanpa proses kerja yang betul dan sistematik serta mantap dan selari dengan halutuju universiti, autonomi akan menyebabkan konflik dalaman dan luaran antara universiti dan stakeholder. Autonomi juga sewajarnya mempercepatkan proses membuat keputusan dan tindakan universiti.