Showing posts with label UMNO Selangor. Show all posts
Showing posts with label UMNO Selangor. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Ir Bushro dedah amalan tidak sihat UMNO Selangor.

Bekas YB N38 Paya Jaras ini ialah Dato Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor

SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

“Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

“Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

“Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

“Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” katanya.

Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

“Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

“Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,” katanya.

(Sumber - http://www.sinarharian.com.my/politik/ir-bushro-dedah-amalan-tidak-sihat-umno-1.331539)

Saturday, November 8, 2014

Ke Arah UMNO Selangor Yang Moden dan Lebih Professional. - -oleh BLUEE OOCEAN-

Bluee Oocean

UMNO Selangor memang nak BERUBAH macam yang PM cadangkan. Masalah nya, dia orang tak tahu kat MANA nak mula? SIAPA nak buat? BILA dan berapa lama? dan yang paling memeningkan BAGAIMANA cara nya nak berubah ? APA gerak kerjanya? BERAPA kos dan hasil nya?
'So to start the ball rolling'...BO nak bagi sikit idea lah. Idea kecil dari orang kecil.

Bagi BO lah, UMNO Selangor sepatutnya sejak 2008, dah ada 'nerve centre' di Bangunan Umno Shah Alam dengan sekurang kurang nya 10 kakitangan professional dan 10 kakitangan sokongan yang bekerja sepenuh masa.

Nerve Centre yang antara tugasnya adalah;

1. Menyediakan data, statistik dan profil, demografi pengundi di setiap dun, kampung dan taman perumahan.

2. Mengenal pasti golongan sasar di setiap saluran mengundi.

3. Membantu bahagian untuk menjalankan kaji selidik dan pemantauan berterusan pergerakan dan perubahan mood, sikap, kehendak dan aspirasi semasa golongan sasar dan masyarakat setempat.

4. Memikirkan dan mencari mekanisma gerak kerja dengan memberi keutamaan kepada golongan sasar.

5. Menyediakan profil lengkap pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Selangor termasuk mengumpulkan paper cutting setiap pemimpin.

6. Mendalami setiap isu semasa di Selangor dan menyalurkan maklumat dan maklumbalas kepada pemimpin Umno bahagian dan negeri tentang isu isu semasa.

7. Mengumpul maklumat pergerakan dan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat dari segi menyediakan prasarana, kesejahteraan rakyat etc. Memantau setiap isi kandungan ceramah pemimpin Pakatan Rakyat dengan mengkaji sebarang dan setiap percanggahan.

8. Menyediakan buletin berkala dan pamplet yang menjelaskan program UMNO Selangor, dasar dan polisi kerajaan, menjawab tohmahan dan highlight kelemahan dan kecurangan Pakatan Rakyat. Pamplet yang akan di edar kepada setiap pengundi melalui peti surat.

9. Menyediakan profil lengkap, prestasi serta maklumbalas tentang calon calon ADUN dan MP yang berpotensi. Maklumbalas dari ahli bahagian dan ketua masyarakat seperti imam masjid, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk.

10. Menyediakan talian BEBAS TOL untuk menerima aduan rakyat di Selangor. Aduan yang akan di layan dan di jawab dalam masa 14 hari. Aduan yang berkaitan dengan kerajaan Pakayan Rakyat akan di rujuk kepada Majlis Perbandaran dan Agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan.

(Sumber - https://www.facebook.com/bluee.oocean?fref=nf&pnref=story)