Thursday, May 5, 2011

MEMARTABATKAN EKOSISTEM KEGEMILANGAN ILMU - oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

1. Menjadikan rakyat Malaysia sebagai modal insan untuk negara.

- Menentukan usaha melahirkan modal insan (graduan) yang berkualiti.

- Melahirkan graduan yang menguasai 4 C iaitu Critical thinking and problem solving, effective Communication, Collaboration and team bulding dan Creativity and innovation)

- Melahirkan graduan yang seimbang.

2. Penyelidikan untuk negara bukan universiti semata-mata.

- Tujuan dan matlamat penyelidikan mesti melampaui kepentingan di universiti iaitu untuk kepentingan negara dan rakyatnya.

3. Hubungan baharu universiti dan masyarakat.

- Universiti tidak boleh lagi bersifat ‘menara gading’ iaitu terasing daripada masyarakat, tetapi menjadi satu daripada ekosistem masyarakat.

- Mengkebangsaankan ahli akademik iaitu menggalakkan mobiliti ahli akademik.

- Universiti mesti menggalakkan mobiliti para akademiknya dan dalam masa yang sama, mengiktirat sumbangan mereka di luar.

4. Mengurus bakat di universiti dengan baik.

- Pengurusan bakat di universiti untuk keperluan pelapisan kepimpinan dan peralihan kuasa.

5. Autonomi memacu kecemerlangan universiti.

- Menggalakkan kecemerlangan akademik menjadi lebih inovatif dan kreatif.

6. Persekitaran yang menyuburkan percambahan idea.

- Universiti harus menyediakan ruang yang pelbagai untuk membolehkan warga termasuk mahasiswa menyuarakan pandangan.

- Namun perlu diingatkan, bukan semua perkara boleh dirasionalisasikan tanpa berpijak dan berpegang kepada nilai-nilai utama.

7. Peranan UKM khusus dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

- Mendukung jati diri kebangsaan negara.

- Institusi mercu tanda bagi pendidikan kebangsaan.