Wednesday, February 24, 2016

156 profesor yang ditamatkan bukan keputusan kerajaan


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh 

PUTRAJAYA – Khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri dan bukannya kerajaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua pihak harus tahu yang had umur bagi khidmat penjawat awam  hanya sehingga 60 tahun.

Menurutnya, sekiranya perkhidmatan penjawat awam hanya akan disambung secara kontrak selepas umur seseorang itu menginjak ke 61 tahun.

“Umur 60 tahun (bagi penjawat awam) adalah umur persaraan wajib yang telah diputuskan oleh kerajaan selama ini.

“Itu adalah peraturan. Penyambungan khidmat profesor (berumur lebih daripada 61 tahun) di universiti tempatan bukan tanggungjawab kerajaan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab pihak univerisiti,” katanya  dalam sidang media ‎Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa MyBrain di lobi Kementerian Pengajian Tinggi‎, di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.

Bagaimanapun, Idris dalam sidang media hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, hanya pihak universiti yang layak memilih dan menyambung kontrak tenaga profesor di institut pengajian masing-masing.

Thursday, February 18, 2016

Melonjak UiTM dipersada Global - Amanat Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM.

Empat fokus utama yang menjadi tindakan utama Dato' Naib Canselor, iaitu memperkukuhkan

(a) Jaringan Alumni dan industri
(b) Kebolehpasaran graduan UiTM dan tamat pengajian mengikut tempoh pengajian.
(c) Membudayakan Pengurusan Kewangan Lestari
(d) Melonjakan Kedudukan UiTM dalam penarafan universiti dunia.



Thursday, February 4, 2016

Makluman Staf UiTM Meninggal Dunia.


Dukacita dimaklumkan bahawa seorang staf Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah meninggal dunia pada 4 hb Feb 2016. 
Allahyarham Muhamad Yazid Bin Osman, saya banyak berurusan dengan beliau semasa saya menjadi penyelaras Program Pentauliah Profesional (3P) pada tahun 2008 kerana menggunakan makmal komputer dibawah seliaan beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.


Majlis Memperkenalkan Pemain & Jersi Pasukan UiTM FC 2016


Dato Prof Emiratus Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM pada 2 hb Februari 2016 diperkenalkan kepada pasukan bolasepak UiTM FC dan seterusnya melancarkan jersi baru Pasukan UiTM FC 2016. Dalam ucapannya beliau mencabar pasukan UiTM FC menjadi juara Piala Malaysia musim 2016.

Wednesday, February 3, 2016

Ucapan Sulung YBhg Prof Emeritus Dr Hassan Said Naib Canselor Baharu UiTM

"Di Malaysia kita sangat bagus dalam membuat "masterplan", "blueprint" dan pelbagai "print" tetapi yang menjadi masalah ialah perlaksanaan. Jika kita mempunyai "blueprint" yang melibatkan perancangan, dimana kita tahu bagaimana mahu melaksanakannya, kita tahu bagaimana memantau perjalanannya, kita tahu cara mengukur keberkesanannya, saya fikir kita boleh berjaya. Jangan pandang rendah kepada UiTM kerana kita memiliki pelbagai bakat, persoalannya bagaimana kita mengilap bakat-bakat ini supaya bakat-bakat ini bergermelapan diperingkat lokal dan global."

- Pendapat Prof Dr Hassan Said mengenai Trans4UiTM.



Thursday, January 28, 2016

Naib Canselor Universiti Taylor’s, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu


 Prof Emeritus Dato'  Dr Hassan Said

SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Taylor’s, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari 2016.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini melahirkan keyakinan bahawa pelantikan Hassan itu akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap lebih tinggi berdasarkan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan Hassan sebelum ini.

Kenyataan itu juga menyampaikan penghargaan kepada Naib Canselor UiTM ke-8, Tan Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai naib canselor pada 31 Disember ini.
“Beliau mula berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM pada 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Hassan juga merupakan bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga daripada Brunel University (1984)

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian

Memahami Minda Bakal Naib Canselor Baru UiTM

Autonomi universiti mesti didasari oleh akauntabiliti, Tanpa sistem kerja yang betul dan tanpa proses kerja yang betul dan sistematik serta mantap dan selari dengan halutuju universiti, autonomi akan menyebabkan konflik dalaman dan luaran antara universiti dan stakeholder. Autonomi juga sewajarnya mempercepatkan proses membuat keputusan dan tindakan universiti.



Friday, January 1, 2016

Transformasi tadbir Urus Pejabat pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT, UiTM, Shah Alam.

Pada 28 Disember 2015 yang lalu, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, Naib Canselor UiTM telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Transformasi Pejabat Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT.

Datin Prof. Dr. Ir Zainab Mohamed, Penolong Naib Canselor Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur)

Selaras dengan pelancaran tersebut, berkuatkuasa 1 JANUARI 2016, nama Penolong Naib Canselor (Pejabat pembangunan, Pejabat Pengurusan Fasiliti (ppf) dan ICT) ditukar kepada Penolong Naib Canselor (Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur). Objektif utama transformasi ini ialah untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dan ia selaras dengan agenda autonomi UiTM.

Justeru, bermula 1 Jan 2016, semua urusan kepada pejabat Induk / Penolong Naib Canselor hendaklah dialamatkan:
Penolong Naib Canselor (Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur)
Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Manakala Hal-Ehwal Pengurusan Fasiliti dan ICT, UiTM Negeri Selangor hendaklah di alamatkan kepada:
Rektor
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
SELANGOR

Begitu juga Hal-Ehwal Pengurusan Fasiliti dan ICT UiTM Negeri adalah di bawah kawalan dan seliaan Rektor UiTM Negeri masing-masing.