Afdal
• Afdal ibadah ialah menyebut mati.
• Afdal zuhud pada yang 'alim.
• Afdal tafakkur itu menyebutkan mati.
• Afdal amal itu berkasih-kasih kerana Allah.
Barang siapa
• Barang siapa diam nescaya ia sejahtera.
• Barang siapa sabar nescaya ia menawan.
• Barang siapa mengambil i'tibar nescaya melihat.
• Barang siapa melihat nescaya faham.
• Barang siapa faham nescaya mengetahui.
• Barang siapa menanam kebajikan nescaya mengetahui.
Barangsiapa
Barangsiapa tinggi hemahnya nescaya banyak harganya.
* Barang siapa jahat perangainya nescaya kurang rezekinya.
* Barang siapa benar perkataannya nescaya bertambah eloknya.
* Barang siapa memurahkan hartanya nescaya besar martabatnya.
* Barang siapa memudahkan kemaluannya nescaya hina kelakuannya.
Kepala
* Kepala iman itu sidiq (benar).
* Kepala munafiq itu khianat.
* Kepala taqwa itu meninggalkan syahwatnya.
* Kepala tawakkal itu sabar.
* Kepala hikmah itu zuhud di dalam dunia.
* Kepala hikmah itu menahankan marah.
Sebaik-baik
* Sebaik-baik ilmu itu ialah barang yang membaikkan dirinya.
* Sebaik-baik amal itu barang yang menyertakan ikhlas.
Tiap-tiap.
* Tiap-tiap arif itu takut.
* Tiap-tiap qani' itu kaya.
* Tiap-tiap loba itu faqir.
* Tiap-tiap yang fana' itu sedikit.
* Tiap-tiap yang redha kesenangan.
* Tiap-tiap dihimpunkan kepada bercerai-berai.
* Tiap-tiap penyakit diubatkan melainkan jahat perangai.
* Tiap-tiap suatu mengikut melainkan mengubahkan tabi'at.
Sejahat-jahat
* Sejahat-jahat manusia itu mereka yang tiada kebajikannya dan tiada sentosa daripada kejahatannya.
* Sejahat-jahat sahabat itu, ia segera berbantah-bantah.
* Sejahat-jahat harta barang yang diambil daripada haram dan diberikan kepada yang berdosa.