Wednesday, June 3, 2026

Wasiat Abrar, Peringatan Akhyar - Syeikh Daud Abdulah Al Fathani.


Afdal
• ​Afdal ibadah ialah menyebut mati.
• ​Afdal zuhud pada yang 'alim.
• ​Afdal tafakkur itu menyebutkan mati.
• ​Afdal amal itu berkasih-kasih kerana Allah.

Barang siapa 
• ​Barang siapa diam nescaya ia sejahtera.
• ​Barang siapa sabar nescaya ia menawan.
• ​Barang siapa mengambil i'tibar nescaya melihat.
• ​Barang siapa melihat nescaya faham.
• ​Barang siapa faham nescaya mengetahui.
• ​Barang siapa menanam kebajikan nescaya mengetahui. 

Barangsiapa 
Barangsiapa tinggi hemahnya nescaya banyak harganya.
 * Barang siapa jahat perangainya nescaya kurang rezekinya.
 * Barang siapa benar perkataannya nescaya bertambah eloknya.
 * Barang siapa memurahkan hartanya nescaya besar martabatnya.
 * Barang siapa memudahkan kemaluannya nescaya hina kelakuannya.

Kepala
 * Kepala iman itu sidiq (benar).
 * Kepala munafiq itu khianat.
 * Kepala taqwa itu meninggalkan syahwatnya.
 * Kepala tawakkal itu sabar.
 * Kepala hikmah itu zuhud di dalam dunia.
 * Kepala hikmah itu menahankan marah.

Sebaik-baik
 * Sebaik-baik ilmu itu ialah barang yang membaikkan dirinya.
 * Sebaik-baik amal itu barang yang menyertakan ikhlas.

Tiap-tiap.
 * Tiap-tiap arif itu takut.
 * Tiap-tiap qani' itu kaya.
 * Tiap-tiap loba itu faqir.
 * Tiap-tiap yang fana' itu sedikit.
 * Tiap-tiap yang redha kesenangan.
 * Tiap-tiap dihimpunkan kepada bercerai-berai.
 * Tiap-tiap penyakit diubatkan melainkan jahat perangai.
 * Tiap-tiap suatu mengikut melainkan mengubahkan tabi'at.

Sejahat-jahat
 * Sejahat-jahat manusia itu mereka yang tiada kebajikannya dan tiada sentosa daripada kejahatannya.
 * Sejahat-jahat sahabat itu, ia segera berbantah-bantah.
 * Sejahat-jahat harta barang yang diambil daripada haram dan diberikan kepada yang berdosa.

No comments: