Thursday, April 12, 2012

Pemahaman Tentang Budaya Politik Melayu

Budaya politik Melayu pada hari ini sedang mengalami suatu proses tranformasi. Budaya politik Melayu dahulunya adalah bersifat feudal dengan ciri-ciri yang jelas seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah (Gullick 1978).

Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata. Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988).

Oleh yang demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Sejarah Melayu, meletakkan raja-raja Melayu sebagai ‘pengganti Allah” di muka bumi ini. Baginda diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993:89-102).

Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (Raja/Sultan) dan struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin). Di dalam masyarakat Melayu, pemimpin politik biasanya terdiri daripada mereka yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat biasa. Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih berdasarkan kepada jasa dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui perkahwinan (Mahadzir 1989).

Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan rakyat biasa yang dilantik menjadi pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan Bendahara Melaka dari serangan orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau cermin budaya politik Melayu yang berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan (Jamaie et al. 2005: 75).

Selepas kedatangan kolonial, budaya politik Melayu dikatakan telah memasuki tranformasi baru iaitu timbulnya beberapa ideologi dan pemikiran politik yang dikatakan boleh menggugat budaya politik yang sedia ada. Antaranya wujud aliran ideologi sosialis, komunis, keagamaan dan juga nasionalisme. Aliran ideologi komunis di Tanah Melayu ini dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh beberapa perjuangan komunis Melayu seperti Musa Ahmad, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD3.

Rashid Maidin merupakan orang Melayu yang berjuang bersama komunis dari awal tercetusnya perjuangan gerakan anti-British sehinggalah melalui beberapa zaman seperti di zaman penjajahan hingga Tanah Melayu merdeka. Perjuangan PKM ini adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu namum gagal (Ishak Saat 2007: 63-67).

Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu, sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan sejak zaman Melayu tradisional. Tahap ini merupakan permulaan gerakan perjuangan politik yang mengubah landskap budaya politik Melayu yang selama ini berasaskan kepada konsep daulat iaitu taat setia kepada raja atau pemerintah secara melulu.

Pelopor golongan ini kebanyakannya mendapat pendidikan dari aliran Melayu seperti dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) antara tokoh yang terlibat ialah Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj. Mohammad yang telah menggunakan pendudukan Jepun sebagai asas perjuangan mereka untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu (Ramlah Adam, 1998).

Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu (Jamaie, 2005: 81).

Kesedaran ini diperkuatkan lagi apabila ada di kalangan orang Melayu yang menerima pendidikan agama di Timur Tengah (Amaluddin 1998 : 124-128) dan pendidikan sekular di insititut pengajian tinggi di luar negara yang pulang ke Tanah Melayu. Mereka kemudiannya tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan idea kepada masyarakat dan kebanyakan mereka menjadi orang penting dalam menggerakkan beberapa gerakan dan organisasi politik (Fauziah dan Ruslan 2000: 323-324).

Gerakan politik mereka ini digolongkan sebagai nasionalisme haluan kiri yang dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) (Rustam, 2004).

Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan wadah sosio-politik pertama yang muncul di Tanah Melayu sebelum Perang dunia Kedua. Kewujudan KMM adalah rentetan daripada perjuangan Ikatan Pemuda Pelajar yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh Ibrahim Yaakub di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. KMM ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dengan idea untuk bergabung dengan Indonesia dalam membentuk Melayu Raya atau Indonesia Raya (Cheah Boon Kheng 1983: 101).

Pada asasnya, gagasan Melayu Raya itu berteraskan kepada suatu konsep sesuatu bangsa itu ditentukan oleh persamaan kebudayaan serta keterunan. Idea ini menunjukkan Tanah Melayu serta kepulauan Indonesia merupakan satu rumpun dan keturunan yang sama iaitu Melayu yang dipisahkan oleh kolonial barat iaitu Inggeris dan Belanda. Melayu Raya merupakan suatu rancangan pembentukan sebuah negara-bangsa Melayu yang merangkumi seluruh wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulaun Indonesia (Rustam A. Sani, 1975)

KMM dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako). Tetapi KMM hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja kerana masalah kepimpinan berikutan pemimpinnya ditangkap oleh Jepun maka KMM dibubarkan. Setelah KMM dibubarkan, pada 17 Oktober 1945, PKMM ditubuhkan di Ipoh, Perak. Beberapa orang bekas ahli PKM turut menjadi ahli PKMM bersama-sama dengan tokoh – tokoh KMM. Antara mereka yang terlibat dalam pembentukan PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman dan Khatijah Ali.

Matlamat penubuhan PKMM ialah mempersatukan bangsa Melayu, menaikan semangat kebangsaan di kalangan bangsa Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya ataupun Melayu Raya. Walaupun PKMM ini berhaluan kiri, namum PKMM juga memainkan peranan menentang Malayan Union dengan membentuk PUTERA (Mohd Fo’ad Sakdan, 1999: 121).

Konsep Melayu Raya ini telah meresap ke dalam budaya politik Melayu yang bersedia untuk menubuhkan sebuah republik. Golongan ini dipelopori oleh golongan radikal yang menyatakan konsep ini dibina hasil daripada latar belakang masyarakat Melayu yang mempunyai kesamaan kebudayaan serta rumpun bangsa Melayu. Ini seperti yang dinyatakan oleh konsep Melayu di atas. Tetapi usaha golongan ini untuk menubuhkan Melayu Raya gagal, walaubagaimana pun, golongan ini tetap dianggap sebagai pelopor dalam memperkenalkan semangat nasionalisme Melayu kepada orang Melayu di Tanah Melayu.

Dengan kelahiran golongan radikal seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia telah membuka ruang lingkup masyarakat Melayu untuk mengubah budaya politik Melayu. Golongan ini yang dianggap radikal akhirnya dilabelkan sebagai sosialis dan berhaluan kiri.

Pada tahap ini perkembangan nasionalisme dalam budaya politik Melayu semakin meningkat apabila tindakan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union pada 10 Oktober 1945. Buat pertama kalinya, kesemua pemimpin gerakan nasionalisme Melayu telah mengenepikan sengketa dan perbezaan ideologi masing-masing untuk bersatu menentang Malayan Union.

Rentetan itu seorang bangsawan daripada Johor iaitu Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan UMNO pada 1946. Senario ini telah membawa evolusi baru dalam budaya politik Melayu. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada satu kongres se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur dengan disertai oleh 41 persatuan Melayu termaksud wataniah (Jamaie, 2005).

Usaha mengegalkan kesatuan Malaya mengambarkan semangat cinta dan sayang kepada Malaya tersemat di hati orang Melayu ketika itu. Melalui isu nasional yang berkait dengan hak ketuanan dan kedaulatan raja-raja Melayu maka perjuangan UMNO mendapat sokongan menyeluruh daripada orang Melayu. Kewujudan UMNO ini telah menyatupadukan seluruh persatuan dan kesatuan Melayu di Tanah Melayu di bawah satu payung. Dengan terbentuknya UMNO maka bermulalah perjuangan nasionalisme yang berhaluan kanan, pertama untuk menolak gagasan Malayan Union dan kedua untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah dan sekaligus mengubah sosio budaya politik Melayu.

UMNO lahir dari kesedaran perpaduan dalam diri orang Melayu bahawa untung nasib bangsa Melayu terletak di atas semangat perpaduan politik kebangsaan untuk bersama-sama berjuang di bawah slogan ‘Hidup Melayu’ bagi mempertahankan hak dan kepentingan bangsa yang terancam akibat gagasan Malayan Union. Ini dapat diselami daripada ucapan dasar Dato’Onn Jaafar sebagai pengerusi kongres yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 Mac 1946 yang menyatakan bahawa:

“...sebagaimana yang berkumpul disini dan atas kemahuan dan keazaman dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama didiami itu iaitu persatuan di antara kita sendiri...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang kepada kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian...” (Ibrahim Mahmood, 80: 1971)

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi ‘tulang belakang’ dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu.

Ini menunjukkan bahawa budaya politik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu. Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.

Tahap Ketiga : Krisis UMNO 1987

Tinjauan pada tahap ini, cuba melihat bagaimana ideologi nasionalisme menjadi persoalan kerana wujud perpecahan dalam asas nasionalisme Melayu yang telah mengubah landskap dan budaya politik Melayu. Ini dapat ketika dalam krisis kepimpinan UMNO 1987 apabila berlaku krisis yang berpunca daripada pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO.

Dalam budaya politik Malaysia, Presiden UMNO merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan juga Perdana Menteri Malaysia. Krisis dan perebutan jawatan Presiden UMNO antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh pada awalnya dilihat sebagai pertembungan peribadi tetapi kemudian bertukar menjadi krisis kepimpinan yang rumit apabila ada usaha untuk menjatuhkan serta menggulingkan kepimpinan Dr. Mahathir.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada 24 April 1987 berlaku pertandingan antara Dr. Mahathir yang mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan pencabarnya Tengku Razaleigh yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO. Dalam pertandingan tersebut, Dr. Mahathir telah menang dengan majoriti 43 undi setelah memperolehi 761 undi, manakala Tengku Razaleigh memperolehi 718 undi. Berdasarkan daripada jumlah undi yang diperolehi oleh Dr. Mahathir ini membuktikan hampir separuh perwakilan menolak kepimpinan beliau. Undi perwakilan adalah lambang suara ahli-ahli UMNO di semua peringkat iaitu bahagian dan cawangan.

Natijah dari analisa undi ini ialah sebahagian besar dari ahli-ahli UMNO cuba menolak Presiden mereka melalui saluran demokrasi iaitu situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini. Walaupun di era Hussein Onn pernah berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO yang dicabar oleh Sulaiman Palestin tetapi kedudukan Presiden dan UMNO langsung tidak tergugat kerana hampir semua perwakilan masih menyokong kuat Hussein Onn.

Berbeza dengan Mahathir, beliau boleh tumbang jika tidak diselamatkan oleh 43 undi majoriti yang kecil itu. Konflik yang berlaku dalam UMNO ini, turut mewarnai nasionalisme dalam budaya politik Melayu. Nasionalisme Melayu ini telah berpecah kepada dua bentuk acuan iaitu nasionalisme acuan Dr. Mahathir dan nasionalisme acuan Tengku Razaleigh. Walaupun kedua-duanya sama memperjuangkan nasionalisme Melayu tetapi disebabkan krisis personaliti antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh ini budaya politik Melayu turut berubah.

Senario ini dapat diperjelaskan dengan wujud dua team dalam UMNO. Team A dipimpin oleh Dr. Mahathir yang mencerminkan kumpulan yang mendukung nasionalisme Melayu liberal manakala team B pula dipimpin oleh Tengku Razaleigh yang mendukong nasionalisme Melayu konservatif.

Rentetan dari krisis perebutan jawatan itu, pada 4 Februari 1988 pendaftaran UMNO sebagai sebuah parti politik diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pengharaman tersebut berpunca daripada tindakan sekumpulan penyokong Team B, lebih dikenali sebagai Kumpulan 11, membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Perhimpuanan Agong UMNO pada 24 April 1987 itu diistiharkan tidak sah dan batal kerana mendakwa terdapat 78 perwakilan tidak sah yang turut hadir dan mengundi dalam perhimpunan tersebut dan juga mendakwa terdapat 30 cawangan UMNO tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (Ahmad Atory Hussain,1997:128).

Setelah UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah menyaksikan perlumbaan untuk menjadi penerus perjuangan nasionalisme Melayu yang sah dari aspek perundangan di Malaysia (Shahbudin, 1997).

Persaingan ini penting kerana mereka bakal mewarisi kuasa dan aset UMNO yang dibatalkan pendaftarannya, bahkan juga kerajaan negara yang sah dari segi perundangan. Team A telah mengemukan permohonan untuk menubuhkan UMNO (Baru) manakala Team B menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Parti Semangat 46 telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1988 oleh sepuluh orang ahli perniagaan Melayu. Parti ini asalnya didaftarkan atas nama UMNO 46 pada 30 September 1988 tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana menggunakan nama yang sama dengan UMNO (Baru) yang telah berdaftar.

Oleh itu, nama UMNO 46 telah ditukar kepada Parti Semangat 46 pada 25 Febuari 1989 untuk membolehkan ia didaftarkan. Pendaftaran parti ini diluluskan pada 5 Mei 1989. Walaubagaimana pun, kedua-dua parti ini masih lagi memperjuangkan dan mempertahankan nilai-nilai nasionalisme Melayu dalam sistem politik negara seperti kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan.

Cuma yang membezakan kedua-dua parti ini ialah nasionalisme Melayu UMNO (Baru) lebih bersifat liberal, manakala Parti Melayu Semangat 4610 lebih bersifat konservatif (Ahmad Atory Hussain 1993). Ia bersifat liberal kerana mempertahankan perjuangannya untuk meneruskan agenda Melayu berasaskan perlembagaan parti yang sedia ada sesuai dengan keperluan semasa. Manakala sifat konservatif kerana untuk mempertahankan kepentingan Melayu untuk Melayu semata-mata. Ia dikatakan bersesuaian dengan semangat perjuangan orang-orang Melayu pada tahun 1946 kerana perjuangan Melayu tulin dan nasionalisme ketika itu adalah Tanah Melayu hak orang Melayu.

Salah satu sebab Tengku Razaleigh memilih perkataan ‘Semangat 46’ adalah untuk meningkatkan kembali semangat orang-orang Melayu untuk terus menyokong beliau. Dengan kewujudan dua aliran nasionalisme Melayu ini ia telah mengubah landskap serta variasi budaya politik Melayu. Tambahan pula, kedua-dua parti ini turut terlibat dalam beberapa pilihan raya umum. Dengan kehadiran Parti Melayu Semangat 46 ia lebih memeriahkan suasana politik di Malaysia.

Parti pimpinan Tengku Razaleigh ini telah membuat pakatan dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum 1990 dengan menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Walaupun, parti ini hanya mendapat tempat di negeri kelahiran Tengku Razaleigh sahaja iaitu di Kelantan, namun ia tetap menunjukkan bahawa kehadiran Semangat 46 ini turut mengubah budaya politik Melayu. Jika sebelum pilihan raya umum 1990, rakyat Kelantan memilih parti aliran nasionalisme sebagai tunjang untuk memerintah Kelantan.

Dengan kehadiran Semangat 46 dalam suasana politik di Kelantan ia lebih menguntungkan PAS. Ini menunjukkan secara tidak langsung Semangat 46 telah membantu Parti Islam memulakan tapak kembali di negeri Kelantan. Kehadiran Semangat 46 ini sebenarnya bukan untuk menyatakan siapakah yang lebih nasionalis antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Ia lebih kepada perjuangan dan masalah peribadi dua pemimpin ini. Konflik yang berlaku antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.

José Rizal - Philippine's Hero

José Rizal. (born June 19, 1861, Calamba, Phil.—died Dec. 30, 1896, Manila) patriot, physician, and man of letters who was an inspiration to the Philippine nationalist movement. The son of a prosperous landowner, Rizal was educated in Manila and at the University of Madrid.

A brilliant medical student, he soon committed himself to the reform of Spanish rule in his home country, though he never advocated Philippine independence. Most of his writing was done in Europe, where he resided between 1882 and 1892.

In 1886 Rizal published his first novel, Noli me tangere (The Social Cancer), a passionate exposure of the evils of Spanish rule in the Philippines. A sequel, El filibusterismo (1891; The Reign of Greed), established his reputation as the leading spokesman of the Philippine reform movement. He published an annotated edition (1890; reprinted 1958) of Antonio Morga's Sucesos de las Islas Filipinas, hoping to show that the native people of the Philippines had a long history before the coming of the Spaniards.

He became the leader of the Propaganda Movement, contributing numerous articles to its newspaper, La Solidaridad, published in Barcelona. Rizal's political program included integration of the Philippines as a province of Spain, representation in the Cortes (the Spanish parliament), the replacement of Spanish friars by Filipino priests, freedom of assembly and expression, and equality of Filipinos and Spaniards before the law.

Rizal returned to the Philippines in 1892. He founded a nonviolent-reform society, the Liga Filipina, in Manila, and was deported to Dapitan in northwest Mindanao. He remained in exile for the next four years. In 1896 the Katipunan, a Filipino nationalist secret society, revolted against Spain. Although he had no connections with that organization and he had had no part in the insurrection, Rizal was arrested and tried for sedition by the military.

Found guilty, he was publicly executed by a firing squad in Manila. His martyrdom convinced Filipinos that there was no alternative to independence from Spain. On the eve of his execution, while confined in Fort Santiago, Rizal wrote “Último adiós” (“Last Farewell”), a masterpiece of 19th-century Spanish verse.