Showing posts with label Hutang. Show all posts
Showing posts with label Hutang. Show all posts

Wednesday, January 16, 2019

Bayar Hutang tulisan Norizan Sharif

BAYAR HUTANG

1. Berhenti berhutang. Terima hakikat anda berhutang.

2. Tulis semua hutang anda, dari yang kecil sampailah sebesar-besar hutang.

3. Pecahkan hutang-hutang tersebut kepada tiga kategori.

4. Kategori pertama, hutang yang kita boleh bayar sekaligus saja. Contoh hutang RM50 dengan kawan.

5. Kategori kedua, hutang yang kita mampu bayar beberapa kali, dalam jangka masa singkat. Contoh hutang RM200 dengan abang yang kita boleh bayar RM50 sebulan.

6. Kategori ketiga, hutang yang kita kena bayar untuk jangka masa panjang. Contoh, baki kereta RM50,000.

7. Selepas itu buatkan plan pembayaran.

8. Mulakan bayar hutang kategori pertama. Kita akan berasa seronok apabila sudah tidak ada hutang-hutang kecil.

9. Buat bajet untuk bayar hutang kategori kedua satu persatu. Anda mungkin tak mampu bayar semua sekaligus. Susun ikut prioriti.

10. Pastikan hutang kategori ketiga yang dibuat dengan institusi kewangan dibayar setiap bulan sebelum sampai tempoh. Usah membazir dengan bayar faedah atau denda lambat bayar.

11. Apabila kita berjaya selesaikan satu demi satu hutang, hidup kita akan lebih tenang dan seronok. Cubalah.

Monday, June 17, 2013

Rakyat Malaysia Sebanyak 89.2 Peratus Daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan baru-baru membuat kenyataan bahawa hutang isi rumah di Malaysia kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Difahamkan diantara faktor-faktor yang menyebabkan fenomena itu berlaku ialah Pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, penggunaan kad kredit dan galakan peminjaman tunai oleh Institusi Kewangan seperti bank dan koperasi. Golongan yang paling banyak berhutang ialah penjawat awam dan kumpulan rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000. 

Tambah Datuk Ahmad Maslan lagi "Walaupun belum sampai ke tahap kritikal, usaha sedang dilakukan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kesedaran dan pendidikan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang diusahakan Bank Negara"

"Amalan gaya hidup mewah bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi negara lain, namun kerajaan melakukan pencegahan sebelum bertambah parah kerana ramai berbuat demikian walaupun mengetahui kemampuan kewangan mereka terbatas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, Kaunter Bergerak BNMLINK yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahya dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, trend gaya hidup mewah membimbangkan kerana ramai sanggup berhutang bagi mendapatkan sesuatu yang diminati seperti telefon bimbit, beg tangan, pakaian berjenama dan kenderaan mewah.

"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak 2007 dengan 89,450 kes dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka boleh mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup," katanya.

Dalam perkembangan lain, isu harga rumah yang tinggi akan dibangkitkan dalam perbincangan Bajet 2014 pada minggu hadapan melibatkan beberapa perkara seperti kos bahan binaan dan infrastruktur yang ditanggung oleh pemaju sehingga mendakwa tidak mendapat banyak keuntungan.