Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan baru-baru membuat kenyataan bahawa hutang isi 
rumah di Malaysia kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada 
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Difahamkan diantara faktor-faktor yang menyebabkan fenomena itu berlaku ialah Pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, penggunaan 
kad kredit dan galakan peminjaman tunai oleh Institusi Kewangan seperti bank dan koperasi. Golongan yang paling banyak berhutang ialah penjawat awam dan kumpulan rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000. 
Tambah Datuk Ahmad Maslan lagi "Walaupun belum sampai ke tahap kritikal, usaha sedang dilakukan bagi
 membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui 
kesedaran dan pendidikan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang
 diusahakan Bank Negara"
"Amalan gaya hidup mewah bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi 
negara lain, namun kerajaan melakukan pencegahan sebelum bertambah parah
 kerana ramai berbuat demikian walaupun mengetahui kemampuan kewangan 
mereka terbatas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program 
Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, Kaunter Bergerak BNMLINK yang 
diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Dewan Serbaguna 
Benut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahya dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, trend gaya hidup mewah
 membimbangkan kerana ramai sanggup berhutang bagi mendapatkan sesuatu 
yang diminati seperti telefon bimbit, beg tangan, pakaian berjenama dan 
kenderaan mewah.
"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan 
khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak 2007 dengan 89,450 kes 
dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka boleh 
mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup," katanya.
Dalam perkembangan lain, isu harga rumah yang tinggi akan 
dibangkitkan dalam perbincangan Bajet 2014 pada minggu hadapan 
melibatkan beberapa perkara seperti kos bahan binaan dan infrastruktur 
yang ditanggung oleh pemaju sehingga mendakwa tidak mendapat banyak 
keuntungan.
No comments:
Post a Comment