Showing posts with label YBK. Show all posts
Showing posts with label YBK. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Mahkamah Tinggi Tolak Saman YBK Terhadap MB Selangor, Bekas Exco

SHAH ALAM, 4 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas exco kerajaan negeri Yaakob Sapari, yang didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu sidang media, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas mendapati pengataan Abdul Khalid dan Yaakob merupakan komen berpatutan atau adil yang dibuat berasaskan maklumat serta rekod atau dokumen rasmi kerajaan.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat pembelaan defendan pertama bahawa beliau, selaku Menteri Besar Selangor, dan defendan kedua, selaku exco kerajaan negeri, mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang, sosial dan moral bagi memastikan tanah yang diberi milikan kepada YBK atau PYBK diurus dengan baik, adalah berasas dan dibuat bagi kepentingan awam," katanya.

Beliau berkata justeru, mahkamah mendapati Abdul Khalid dan Yaakob berjaya membuktikan, di atas beban imbangan kebarangkalian, bahawa kenyataan mereka dilindungi pembelaan komen berpatutan berdasarkan kepentingan masyarakat atau umum dan perlindungan bersyarat yang didasarkan kepada asas fakta.

Mahkamah turut memerintahkan YBK serta dua lagi plaintif, Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom, masing-masing membayar RM30,000 kepada Abdul Khalid dan RM10,000 kepada Yaakob sebagai kos.

Dalam penghakiman setebal 98 muka surat, Yaacob menolak hujah ketiga-tiga plaintif yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican bahawa YBK, sebagai satu badan amanah, serta PYBK, sebagai sebuah entiti syarikat yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan negeri Selangor, tidak mempunyai sebarang tanggungan untuk melaporkan kepada kerajaan negeri atau untuk kerajaan Selangor mencampuri urusan YBK.

Beliau juga mendapati plaintif gagal membuktikan Abdul Khalid, yang diwakili peguam Edmund Bon, dan Yaakob, diwakili peguam Yusof Rahmat, berniat jahat ketika membuat pengataan yang didakwa memfitnah mereka.

Menyentuh tuntutan balas oleh Abdul Khalid untuk membatalkan saman itu, Yaacob berkata mahkamah mendapati terdapat klausa tindakan yang munasabah oleh plaintif dan perbicaraan penuh telah dijalankan.

"Di atas fakta tersebut, mahkamah ini berpendapat tindakan oleh plaintif di bawah guaman ini bukan dimulakan dengan motif jahat, atau bertujuan hanya untuk mengganggu defendan pertama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menolak tuntutan balas Abdul Khalid dengan kos RM5,000 kepada setiap plaintif.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Abdul Khalid, pada 24 Feb 2010, telah membuat satu kenyataan media bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' dan ia disiar oleh akhbar Suara Keadilan di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Plaintif juga mendakwa Yaakob kemudian membuat kenyataan menyifatkan tindakan Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank bagi memenuhi keinginan peribadi beliau dan teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat, ia juga dicetak serta diterbitkan akhbar sama di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Mereka juga mendakwa pada 5 April 2010, laman sesawang http://tvselangor.com menerbitkan satu artikel bertajuk 'Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu' yang melaporkan kenyataan Abdul Khalid.

Plaintif berkata kesemua dakwaan adalah tidak berasas, tidak benar dan satu fitnah yang teruk serta merosakkan reputasi dan nama baik plaintif dalam kalangan masyarakat umum.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terhadap plaintif.

-- BERNAMA

Thursday, January 23, 2014

Yayasan Basmi Kemiskinan : Kami mahu berdiri diatas jatidiri kami sendiri - Datuk Zainal Abidin Sakom

Pengerusi Yayasan Membasmi Kemiskinan


Pagi tadi pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom, dalam ucapan alu-aluan semasa majlis pemeriksanaan bersama bangunan di UiTM Kampus Jasin Melaka yang diadakan bermula pada 22 hb. Jan sehingga 25 Jan 2014 menyatakan bahawa melalui YBKUsaha Sdn. Bhd. Yayasan Basmi Kemiskinan akan berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan seratus peratus sumbangan orang ramai untuk menderma bagi meneruskan kelangsungan peranan YBK bagi meneruskan kerja-kerja amal membantu orang-orang yang kurang bernasib baik kerana kemiskinan. Semua keuntungan yang dihasilkan oleh YBKU akan disalurkan kepada YBK . "Agenda membantu orang-orang yang miskin akan berlangsung selagi ada bulan dan bintang" katanya.

YBKUsahasama adalah konsesi yang diberikan amanah oleh kerajaan untuk membina Kampus UiTM Jasin secara PFI. Sesuatu yang menarik tentang Melaka dan UiTM ialah Melaka terdiri daripada 3 daerah utama, iaitu Jasin, Alor Gajah dan Melaka tengah dan UiTM ada disemua daerah tersebut. UiTM Lendu di Alor Gajah, UiTM Bandar Melaka di Melaka Tengah dan UiTM Jasin di Jasin. Tahniah kerajaan negeri Melaka.