Thursday, August 14, 2008

Selesai Tapi Ia Adalah Suatu Permulaan Perjalanan.....

Lega, jam 4.00 petang tadi satu sesi taklimat untuk mendapatkan maklumat mengenai Total Healthcare Information System(THIS) daripada vendor yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut telah berjalan dengan jayanya. Lebih 10 vendor mengambil bahagian dalam taklimat tersebut yang disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Khalid Yusof, dekan FoM, saya bertindak sebagai penyelaras bagi pihak PSMB dan Fakulti Perubatan.

Aplikasi THIS akan digunakan oleh Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UiTM sebagai suatu usaha untuk meningkatkan produktiviti warga fakulti secara berpasukan atau individu, ia juga menggalakkan perkongsian maklumat (knowledge-sharing) dan membentuk budaya kerja baru dalam fakulti dimana maklumat boleh diakses pada bila-bila masa walaupun berada di IMMB Sungai Buluh, CTC di Selayang, FoM di Shah Alam atau dimana-mana sahaja. Aplikasi THIS juga berperanan sebagai catalyst untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang perubatan disamping ia digunakan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua fakulti tersebut.

Saya rasa lega kerana langkah pertama telah bermula tetapi langkah-langkah seterusnya saya rasakan akan lebih mencabar setelah semua vendor memberikan maklumat THIS kepada UiTM. Saya perlu melengkapkan diri saya dengan sebanyak maklumat dan pengetahuan mengenai aplikasi THIS. Ia memberikan saya satu cabaran baru......