Wednesday, November 3, 2010

Kemana Halatuju ICT UiTM Menempuh Alaf Digital Baru 2010?

Pada Jun 2010, IEEE telah meluluskan standard 802.3ba (40/100 Gigabit Ethernet standards) untuk teknologi ethernet berkelajuan tinggi, ia membolehkan data dihantar melalui copper, fiber optic (single mode) dan fiber optic (multi mode) pada kadar kelajuan 40Gbit/s dan 100Gbit/s. Pada hari ini UiTM masih menggunakan IEEE Std 802.3ae-2002(10GE) yang diluluskan oleh IEEE pada tahun 2002. Dalam masa yang sama UiTM masih lagi mengamalkan pengurusan sistem telekomunikasi secara tradisional dimana sistem telefon diuruselia oleh Unit Telekomunikasi, Pejabat Pengurusan Fasiliti manakala sistem rangkaian data (network) diuruselia oleh Unit Rangkaian, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu menyebabkan sistem telefon (PABX) terpisah dengan sistem data (rangkaian).

Sistem data (rangkaian) semua kampus cawangan UiTM diseluruh negara disambung diantara satu sama lain ke Kampus Induk Shah Alam menggunakan IPVPN Over Metro-Ethernet yang disewa daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Dalam masa yang sama, sistem telefon (PABX) semua kampus UiTM diseluruh negara dihubungkan diantara satu sama lain melalui public switched telephone network (PSTN), kesan UiTM mengurus sistem ICT cara tradisional menyebabkan UiTM tidak dapat menikmati kemudahan unified communication yang telah diumumkan oleh Unified Communications Interoperability Forum (UCIF) pada Mei 2010.

Tahun 2010 menuntut UiTM untuk menilai semula sistem pengurusan dan amalan ICT sediada supaya ia diurus selaras dengan perkembangan teknologi semasa masa kini supaya teknologi ICT digunapakai sepenuhnya untuk menambahbaik sistem penyampaian di UiTM. UiTM sewajarnya menggunakan menggunakan teknologi unified communication kerana ia terbukti membawa banyak manfaat kepada organisasi yang menggunakannya diseluruh dunia. Perubahan yang drastik perlu dilakukan oleh pengurusan universiti supaya perlaksanaan dan penggunaan teknologi unified communication dapat dilaksanakan dengan mengabungkan unit-unit yang terlibat dengan pengurusan telefon dan data diletakan dibawah satu pengurusan.